Bab 17 💦

6K 774 10
                                    

Kak Nara bagi aku cuti seminggu. Jadi untuk hari ini sampai ke hujung minggu, aku duduk dekat rumah. Jimin masih bekerja. Untuk hari pertama kami duduk bersama satu rumah, aku agak kekok nak sediakan semua untuk dia. Aku masih belajar, aku masih muda dan jiwa aku masih lagi mahu duduk atas tembok, goyang-goyang kaki, ambil gambar macam orang bujang. 

Tapi sekarang dah tak boleh dah. Nak bergambar je mesti Jimin nak selit sekali. Maklumlah, rumah dia dekat bangunan kondo yang agak tinggi. Jadi permandangan, panahan cahaya memang menampakkan aku macam model. Cehh.. tapi itulah, setiap kali kau nak seorang, mesti dia ada selit. Tabah betul aku.

Aku bangun dari sofa ruang tamu. Ingin ke bilik untuk mengejutkan Jimin yang tak bangun-bangun. Dah pukul 6 setengah ni. 

Ketika aku buka pintu bilik, dia sedang berdiri di balkoni. Menghadap bandar yang sibuk. Aku tersenyum. Dengan langkah yang perlahan aku mendekatinya. Setapak demi setapak sehinggalah tiba di belakang Jimin. Baru tangan aku ingin merangkul pinggang, mata aku terpandang sesuatu. 

Jimin memeluk tubuh, tangannya memegang telefon bimbit dan secara tak langsung aku terpandang skrinnya yang menyala. 

Gambar seorang perempuan yang macam.. muka aku. Ini ke Yaera? 

Spontan kaki aku terundur ke belakang. Aku pandang skrin tu tanpa beralih. Jimin masih tak boleh move on dengan bekas isteri dia walaupun aku dah ada dekat depan mata. Terkilan? Kecewa? Tipulah kalau tak. 

Aku pusingkan tubuh. Ingin beredar. 

"Eh, bila masa awak masuk?" Aku kaku. Aku pejamkan mata dan cuba senyum.

"Tadi. Ingat nak kejutkan awak. Tapi awak dah bangun." Semanis habis aku senyum. Jimin cepat-cepat tutup telefon dan sorok belakang kocek seluar. Aku nampak. 

"Ohh.. saya dah bangun awallah." Katanya, dia senyum. Serba salah aku. 

Dia datang dekat dengan aku. Kedua belah pipi aku dipegang sebelum dahi aku menjadi mangsa ciumannya. Entahlah, aku rasa macam tak segembira biasa. 

"Awak..." aku menyeru. 

"Hmm?" 

"Boleh saya nak tengok gambar bekas isteri awak?" 

Jimin terus berubah wajah. Wajahnya terus nampak sugul. 

"Untuk apa?" Aku ketap bibir. Awal-awal lagi aku dah rasa kecewa, macam mana kalau esok lusa? Aku mengeluh.

"Macam mana saya nak buat awak berpaling dari dia kalau awak masih letak gambar dia dekat skrin?" Soal aku. Mood aku memang tak menentu. Hal-hal macam ni pun aku rasa nak menangis. Padahal aku patut sedar, yang aku tak berada di dalam hatinya. 

"Awak nampak?" Soalnya. Tanpa segan aku angguk. Aku pegang tangan Jimin.

"Saya tak suka pendam, Jimin. Jujur, saya tak suka awak macam ni. Please..." bisik aku. Aku peluk dia. Erat. Jimin diam. Dia balas pelukan aku, tapi dia diam je. 

"Tolong beri saya masa." Katanya. Aku dongak dan angguk.

"Saya akan sentiasa beri awak masa." Kata aku. Jimin mengoyakkan sengihan. Dahi aku dicium lagi.

"Terima kasih, sayang." Aku tersenyum lebar. Sebutan sayang tu... mengusik jiwa aku.

"Cuba sebut sekali lagi." Pinta aku. Jimin tunduk. Mukanya berkerut.

"Sebut apa?"

"Sayang." Kata aku. Aku rasa malu, cepat-cepat aku tunduk semula dan diam. Jimin ketawa halus. Makin kuat dia peluk aku.

"Sayang, sayang, sayang, sayang."

"Auwww..." aku buat muka terharu. Jimin ketawa. Aku nampak wajahnya sedang terhibur dengan sikap aku. Aih.. kalau inilah caranya untuk buat dia ketawa, aku akan sentiasa jadi badut untuk dia. Walaupun muka aku buruk, aku sanggup. Asalkan dia lupa pasal Yaera. 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now