Bab 34 💦

6.6K 764 72
                                    

Seperti apa yang aku rancang hari tu, aku akan buat. Jimin di dalam tandas, mahumencukur wajahnya yang mula ditumbuhi roma-roma halus. Aku menarik nafas panjang. Aku bukannya tak ada pakaian yang mendedahkan tubuh, tapi aku takut tak berjaya. Jadi aku cuma pakai pakaian yang biasa-biasa sahaja, tapi agak jarang. 

Haerin, kau gila. 

"Jimin..." aku berdiri di muka pintu tandas. Aku pandang Jimin dari belakang. Susuk tubuhnya sasa. Dia tidak berbaju.

"Apa?" Sahut Jimin. Tapi dia tak mempedulikan aku. Aku melangkah ke dalam. Aku terus berdiri di hadapannya dan krim pelembut aku ambil dari tangan Jimin.

"Kenapa ni?" Aku buat tak tahu. Aku picit sikit krim gel itu dan sapukan pada wajah Jimin. Jimin hanya tadahkan mukanya sahaja. Suasana menjadi janggal apabila dia mengurung tubuh aku pada sinki.

"Kenapa tiba-tiba pakai baju macam ni?" Soal Jimin. Aku terus terkaku buat beberapa saat. Malu bila Jimin perasan perubahan mendadak aku.

"Saja. Panas." 

"Sure?" Aku angguk. Perlahan-lahan aku mencukur wajahnya. Jimin pejamkan mata. Haih.. aku nak goda dia, tapi aku rasa dia yang goda aku. Walaupun suaranya rendah, garau dan mendatar, tapi entahlah... aku cepat sangat jatuh cinta. 

"Awak suka baby, Jimin?" Aku bertanya. Saja mengambil kesempatan untuk mengumpan.

"Suka."

"Awak nak baby?"

"Nak."

"Hanya ada satu cara je untuk awak dapatkan baby." Kata aku. Aku menarik nafas panjang. Wajahnya sudah bersih. Aku cuci sikit dan selesai. 

"Apa dia?"

"Sentuh saya." Kata aku. Aku bawakan kedua belah tangannya memegang pinggang aku. Tapi apa yang aku terima hanya dengusan kecil. Kepalanya tergeleng-geleng.

"Saya tak akan sentuh perempuan lain selain dari isteri saya. Saya dah agak dah, awak buat macam ni sebab nak goda saya. Kan?" Aku terus terdiam. Menunduk. Aku pejamkan mata dan menyusun nafas dengan berhati-hati.

"Jimin, sumpah. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk awak lupakan Yaera." Kata aku. Aku sedar, suara aku bergetar. Jimin masih tegak berdiri. Dia memandang aku.

"Nak tahu sesuatu tak, Haerin?" Aku angkat kepala.

"Apa dia?"

"Saya rasa perkahwinan kita ni satu kesilapan."

"A... apa?" Aku tergagap-gagap. Satu kesilapan?

"Kalau saya tahu, lepas kahwin kita tak akan bahagia, tak payah kahwin." Katanya. Sungguh, aku sangat tergamam dengan pernyataan Jimin. Rasa nak menangis, tapi air mata aku tak keluar. Rasa nak menjerit, tapi aku tahu ianya tak akan berkesan.

"Kenapa ajak saya kahwin dulu?"

"Kenapa awak terima?" Dia balikkan aku soalan. Aku mula tak betah. Niat aku tadi hilang bila Jimin berlagak tenang macam ni. Padahal aku dah nampak dia macam tak tenang. Dia ego.

"Saya terima awak, sebab saya nak tolong awak, Jimin. Saya nak tolong awak lupakan Yaera, dan buat awak cintakan saya."

"Tapi sekarang saya tak cintakan awak. Apa yang patut saya buat? Awak tak berjaya, Haerin." Kata Jimin lagi. Aku sentuh dada. Mata aku mulai kabur. Sakit hati aku. Jiwa aku merana. 

Jimin melepaskan nafas panjang dan berat. Aku menunduk dan menyeka hujung mata dengan jari. Gagal. Gagal untuk menarik perhatian Jimin. Dia lebih selesa buat aku rasa sakit hati. 

"Baik kita bercerailah kalau macam ni." Kata aku. Aku terus melangkah keluar dari tandas dan bergerak keluar. Aku tak nak tidur dengan Jimin. Aku rasa sangat hina pada matanya. 

Perkara yang paling aku takut dalam perhubungan adalah perpisahan. Kalau Jimin curang pun aku tak kisah. Tapi asalkan dia lupa tentang Yaera dan dia mencintai orang lain. Kalau tak cintakan aku pun tak apa, asalkan dia move on.

Lupakanlah niat kau untuk rasa bahagia tu, Haerin. Sebab yang kau rasa sekarang adalah derita.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now