"Sayang.. nak minta tolong boleh?" Soal Jimin sambil menyarungkan baju T ke tubuh. Aku yang berada di atas katil mengangkat kepala merenungnya.
"Tolong apa?"
"Belikan strawberry." Kata Jimin sambil tersengih. Kemudian dia berjalan mendapatkan aku, tangan aku ditarik supaya duduk.
"Awak memang suka makan strawberry ke?" Soal aku. Aku tenung anak matanya dalam-dalam.
"Dah tahu, kenapa tanya? Please, mummy. Daddy nak strawberry ni. Mya pun lapar." Kata Jimin. Siap menggunakan Mya untuk menghasut aku. Aku sabar je dengan dia ni.
"Saya nak teddy bear awak tak bagi. Tapi kalau awak, minta belikan strawberry pulak. Tahu tak saya nak sangat teddy bear tu. Kalau ikutkan hati tadi, nak je saya pergi sendiri. Tapi itulah.. saya fikir kesian kat awak. Sekarang ni pun, saya rasa tak nak belikan strawberry selagi awak tak bagi saya beli teddy bear tu. Kan dah alang-alang dekat sini, boleh beli tanda kenangan. Awaklah ni."
Panjang lebar aku membebel sambil bangun dari katil, berjalan ke meja solek, ikat rambut dan capai purse. Apa yang aku terima hanyalah gelakan kecil sahaja.
"Puas dah protes?" Tanya Jimin. Aku kecilkan mata dan genggam tangan.
"Benci!" Aku terus keluar, meninggalkan Jimin yang seronok mengekek ketawakan aku. Apa, dia ingat aku main-main ke? Dahlah anak patung tu lawa. Warna putih merah jambu. Aku suka! Nampak lembut je kalau dipegang. Argh!
Aku tiba di satu kedai yang berdekatan di resort ini. Mujur dekat dan mudah dilihat. Aku terus capai empat kotak strawberry. Balas dendam. Nanti masa serahkan dekat dia, aku nak cakap macam ni, 'Makan sampai jadi strawberry!'
"Ini saja?" Aku mengangguk. Aku keluarkan beberapa not wang dan serah kepada jurujual. Ketika aku hendak keluar, tiba-tiba kaki aku dipeluk seseorang. Kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia satu tahun lebih. Terkejut aku.
"Eh, sayang? Kenapa ni?"
"Mummehh.. mummeh..." aku boleh cam dia cuma menyebut perkataan mummy.
"Auntie bukan mummy awak. Sini, jom." Aku mendukung tubuhnya dan keluar dari kedai. Aku mencari-cari kelibat seseorang, manalah tahu ibu kepada kanak-kanak lelaki ini.
"Mummeh.. mummeh.."
"Sekejap, auntie cari." Aku menggosok-gosok belakang tubuh si kecil lelaki ini perlahan-lahan. Kesian dia. Menangis dan merengek kerana kehilangan ibu.
"Daehyun! Daehyun sayang!" Aku memandang kanan. Aku terperasan ada sepasang suami isteri kelam-kabut berlari ke sini. Dan aku syak, merekalah orang tua kanak-kanak ini.
"Puan! Encik!"
Aku lambai-lambai sambil menunjukkan si kecil yang merengek ini. Laju mereka mendapatkan aku.
"Oh my God, Daehyun! Kenapa boleh terlepas dari tangan mummy?" Kanak-kanak yang bernama Daehyun itu pantas diambil dari wanita ini. Agak kasar sehingga tertarik rambut aku sekali. Tapi aku tahu, dia terlalu cemas.
"Sayang anak daddy. Terima kasih sebab tolong jaga anak saya." Kata si lelaki. Aku senyum dan angguk. Tetapi wanita itu menjeling aku. Aku mengecilkan mata. Lain macam je.
"Err.. this is my wife, Daelia. Saya, Yoongi." Aku angguk dan hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Daelia, tapi tak disambut. Dia semakin menjauhkan diri. Ternaik kening aku.
Yoongi menundukkan kepala. Macam ada sesuatu yang tak kena.
"Saya minta maaf. Isteri saya agak sensitif dengan orang. Dia ada masalah sikit." Aku ingin tahu lebih, tapi aku terfikirkan Jimin yang sedang menunggu lama di atas.
"Tak apa, encik. Saya pergi dulu ya?" Yoongi angguk dan aku terus beredar. Sambil itu aku terfikirkan hal tadi. Kenapa Daelia begitu? Macam aku nak culik anak dia.
Menghairankan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)
Fanfiction"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" Park Jimin. Ego, sombong, bongkak, hati beku dan yang pal...