Bab 20 💦

6K 770 22
                                    

Dah 12.00 malam. Tapi aku masih duduk di ruang tamu, menonton TV yang sedang menayangkan cerita. Aku langsung tak ada mood. Mood aku ke laut kerana kejadian tadi.

Jimin masih tak boleh melupakan Yaera.

Jimin masih tak nak berusaha untuk melupakan bekas isterinya.

Aku rasa macam dipermainkan. Sebab semua layanan dia selama ni kerana dia menganggap aku sebagai Yaera. Dia menganggap aku bekas isterinya. Ah, pedih.

Aku pula, dah tersuka dia. Aku sukakan dia kerana sifatnya, sikapnya. Jimin manja. Cuma dia tak nak tunjuk kalau aku adalah aku. Dia cuma akan tunjuk jika aku adalah Yaera. Macam mana aku nak bertahan sekiranya ini yang aku terima?

Lama aku termenung, sehinggakan aku tak sedar jam dah menayangkan angka 1 pagi. Mata mula berat. Aku matikan TV dan masuk ke dalam bilik. Jimin dah tidur. Aku alihkan mata ke tempat lain.

Entahlah, aku rasa tak boleh. Aku terkesan dengan kata-katanya tadi.

Aku baring mengiring, memandang wajah Jimin yang tenang tidur. Tetapi, aku ada terlihat sesuatu di tubir mata itu. Aku usik dengan jari.

Air mata.

"Awak menangis, Jimin?" Aku menyoal lembut, berbisik. Aku usap tubir matanya dengan hujung jari. Kiri dan kanan. Jimin bergerak sikit. Wajahnya tiba-tiba tercemik. Merah.

"Yaera.." sekali lagi, nama itu menjamah telinga aku. Ya Tuhan.. berat sungguh hati seorang suami hendak menerima pemergian isterinya. Aku tiba-tiba tersedar.

Untuk apa aku marahkan dia? Sedangkan aku sebagai isterinya adalah untuk mencintai sepenuh hati, dan menerima segala kata-katanya dengan hati terbuka? Tapi tadi, aku dah melenting.

"Yaera.. saya rindu awak..." hati aku sangat-sangat terusik dengan esakan halus itu. Makin keluar air mata Jimin. Aku tak mampu melihat, cepat-cepat aku dekatkan tubuh dan memeluknya erat.

"Shh... shh.. saya ada." Aku berbisik perlahan. Jimin diam. Kemudian aku terasa badan aku dipeluk.

"Yaera?" Payah aku menelan liur.

"Ya..." aku terpaksa memgakui diri aku sebagai bekas isterinya. Aku usap-usap belakang tubuh suami aku ini, dan mengelap hujung mata itu dengan jari. Aku menongkat kepala.

"Awak.. tak pergi mana-mana, kan?" Aku geleng.

"Tak, saya tak ke mana-mana."

"Anak kita?" Aku terpempan. Tangan Jimin merayap. Aku tahan tangan itu dan bawa ke pinggang aku. Aku pejamkan mata dan diam. Tepuk-tepuk belakang tubuh Jimin sehinggalah aku terdengar dia berdengkur kecil. Kembali tidur lena dalam pelukan aku. Tapi dalam mimpinya, dalam pelukan Yaera.

Tak apalah. Kalau ini membahagiakan dia, aku sanggup. Aku ketepikan perasaan aku. Demi dia, aku sanggup.

○ ●●●● ○

Setiap manusia mesti ada buat silap heheheh. YAERA TAU BUKAN YAERIN. SAYA PENING DENGAN NAMA HAERIN SO TERGABUNG PULAK. MINTA AMPUN. JANGAN MARAH SAYA. KALAU TERNAMPAK YAERIN BAGITAHU YAAA BYE

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now