Bab 43 💦

9.3K 777 94
                                    

Aku mengeluh. Lama betul pukul 10. Sekarang baru 9.45 pagi. Lagi 15 minit. Aku duduk di tempat menunggu, bermain telefon bimbit, lepaskan dulu level game aku. Kawan aku ada juga tadi untuk sama-sama ke UK. Memang aku meminta dia datang ke sini semata-mata untuk menemani aku ke UK. Dia memang menetap di sana dan memang aku berkawan baik dengan dia. Tapi sekarang dia dekat tandas.

10 minit lagi.

5 minit lagi.

Dan itu dia... pengumuman mula kedengaran. Aku pantas bangun. Dan ketika itu juga kawan aku berlari ke arah aku.

"Haerin!" 

"Apa?"

"Aku rasa.. suami kau ada dekat sini."

Terus kepala aku berpaling. Aku pandang lelaki tinggi dan mempunyai suara husky ni. Taehyung nama dia.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku nampak kereta dia tadi. Aku rasa dia cari kau. Betul ke kau nak pergi ni, Haerin? Risau pula aku." Kata Taehyung. Aku terus menarik tangannya dan cepat-cepat pergi ke balai berlepas. Aku memang dah tak nak pandang dan ingat lagi tentang tu. Aku nak ke UK.

Ketika beratur untuk memeriksa passport, aku terlalu rasa lama. Taehyung dah berada di depan Dah pun melepasi balai berlepas. Aku tutup muka dengan rambut. Tinggal dua orang lagi sebelum aku. 

"Passport."

Aku menarik nafas panjang. Lamanya orang depan ni! Giliran aku hampir tiba, tapi tiba-tiba sahaja ada tangan menarik lengan aku sehingga kau keluar dari barisan.

"Apa benda ni?!"

"Apa benda apa? Sedar tak awak buat kerja gila sekarang?" Aku tergamam. Jimin. Dia semakin menarik aku ke satu tempat yang agak tersorok dari semua orang.

"Apa awak buat dekat sini?! Flight saya dah nak berlepas!"

"Saya dekat sini, nak bawa isteri saya balik."

"Lupakan!" Aku cuba merentap. Tapi gagal. Pegangannya sangat kuat. Mulalah aku rasa lemah dan penat. Aku menunduk. Kenapa aku lambat sangat ni?

"Jimin, tolonglah. Saya.. saya dah penatlah. Saya tak boleh. Tolonglah, saya nak ke tempat asal saya." Kata aku. Terasa mula hendak menangis lagi. Kepala aku menunduk. Langsung tak nak memandang wajahnya yang macam... haih. Aku mudah kesiankan orang. 

"Tempat asal awak dekat sini." Tangan aku terasa diletakkan pada satu tempat. Dan tempat itu rasanya bukan di dinding, atau di mana-mana. Tapi di atas dadanya yang beralaskan kemeja. Aku angkat kepala. 

"Saya tak layak dekat sini."

"Awak layak. Awak dah dekat sini dah pun."

"Cukuplah. Saya tak nak dengar lagi. Saya dah penat, Jimin. Saya nak pergi sekarang." Aku tarik tangan aku dari dadanya dan mula berpusing untuk melangkah. 

"Kalau awak pergi juga saya bunuh diri." Terus kaku kaki aku. 

"Saya akan buat kalau saya dah kata, Haerin." Aku pusingkan tubuh. Terasa nak marah.

"Sedar tak awak cuba bermain dengan perkataan mati?"

"Sedar. Untuk apa saya hidup kalau semua yang saya sayang tinggalkan saya?" Tanya Jimin. Suaranya berbaur emosi. Aku menarik nafas panjang. Jangan lemah, Haerin. Dia tak akan berani buat macam tu. Dia cuba nak ugut kau.

"Bunuhlah diri depan saya sekarang. Saya nak tengok."

"Awak cabar saya?"

Aku angguk. Dia tak akan berani, percayalah. 

"Okey." Dia terus ke hujung tangga. Hati aku macam tak sedap. Tingkat atas ni sangat tinggi. Kalau terjun dari atas ke bawah, memang mati.

"Jimin!" Dia angkat kaki, nak berdiri atas tembok. Besar mata aku.

"Okey! Okey! Okey! Saya ikut awak. Saya tak pergi ke UK." Kau tewas, Haerin.

"Tadi kata nak tengok saya mati?" Jimin pusingkan tubuhnya. Dia belum terjun lagi, Haerin. Kau sepatutnya... argh!

"Saya sayang awak." Aku mendekati Jimin. Mata kau rasa kabur lagi. Jimin masih berdiri tegak. Aku menarik nafas panjang dan berat. Tanpa amaran, tubuh aku dipeluk.

"Bodohnya saya sebab buat macam-macam dekat awak semalam." Aku dengar Jimin mengeluh usai mengucapkan ayat itu. Aku tidak membalas pelukannya. Aku cuma pejamkan mata. Mengalir air mata aku. 

"Saya minta maaf." Ucapnya lagi. Aku masih diam.

"Saya janji, saya akan buang semua pasal Yaera dalam rumah tu." Kata Jimin. Aku menolak Jimin dengan lembut.

"Tak payahlah berjanji kalau awak sendiri terseksa. Simpan jelah. Saya takkan usik."

"Memang saya nak buang. Tapi ambil masa." Aku kelu. Tak tahu nak cakap apa lagi. Aku macam dah tawar hati, tapi masih sayang. Entahlah, tak tahu. 


________

Fanfic ni happy ending. Tapi lambat, mencabar dan ambil masa. Saya nak habiskan sebelum raya. Jangan minta saya update lagi lepas ni. Sedih tauu. Macamlah saya tak update setahun.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now