Aku tiba di lapangan terbang jam 1 pagi. Waktu tu, aku tak rasa pun apa-apa. Rasa segar adalah. Aku langsung tak rasa penat, mengantuk atau apa-apa. Yang pasti, jetlag!
Pagi-pagi macam ni, aku nak makan sesuatu. Mi segera, kimchi dan bulgogi. Ya Tuhan... sedapnya.
Jadi sebelum balik ke kondo, aku makan dulu puas-puas. Aku makan sendirian, walaupun ada dua tiga orang lelaki yang pandang, nak tawarkan diri untuk berteman, aku tak peduli. Makin aku makan gelojoh tu ada. Biar orang tengok tak senonoh.
Tapi tetap juga ada yang nak menempek!
"Hai, manis." Aku tak jadi hendak menyuap makanan ke dalam mulut apabila ada seorang lelaki yang datang duduk di hadapan aku. Aku senyum dan sambung makan.
"Sorang?" Soalnya. Aku geleng.
"Taklah. Berdua." Kata aku. Lelaki itu nampak terkejut. Aku buat tak tahu saja.
"Berdua? Dengan siapa?"
"Anak."
"A.. anak? Mana?"
"Ni." Aku tunjuk perut. Lelaki itu malu. Aku senyum. Aku biarkan dan makan lagi. Ingatkan dah putus asa, tapi tetap juga tak nak berganjak!
"Anak ke berapa ni?" Soalnya lagi. Aku mengeluh.
"12."
"Hah?"
"Kenapa? Tak percaya?" Aku letak sudu dan penyepit. Aku bangun. Nak beredar. Lelaki itu tetap juga ikut. Aku biarkan dan tarik bagasi.
"Awak, sekejap. Yakah anak awak 12 orang? Macam menipu je." Katanya. Aku menghembus nafas penat. Berhenti di lobi untuk ambil teksi.
"Dah memang anak saya 12 orang. 6 lelaki, 6 perempuan. Yang dalam perut ni kemungkinan lelaki." Kata aku lancar. Lelaki itu betul-betul terkejut. Lama-lama, dia berganjak dari aku. Tergelak aku dibuatnya. Kacau lagi!
Aku baru je mengandung anak pertama. Tiba-tiba aku cakap 12 orang. Ngeri pula rasa.
Aku membelek telefon bimbit. Mencari perbualan kumpulan antara kami semua.
Pin! Pin!
Aku angkat kepala. Teksi sampai! Yeah! Cepat-cepat aku masukkan bagasi dan masuk ke dalam perut kereta. Kereta bergerak menuju ke bangunan kondo aku. Sambil itu aku mula baca perbualan.
"Eh, Kak Nara dah bersalin?" Aku mengomel sendirian. Siap ada gambar lagi. Anak lelaki. Comel. Tapi tak cukup bulan kerana Kak Nara tergelincir di tandas. Ngeri pula aku. Mujur baby tak apa-apa.
Lama aku merenung skrin, aku rasa pening. Cepat-cepat aku pejam mata sebelum jadi apa-apa yang tak diingini. Terasa lama nak sampai ke kondo. Jimin tak ada dekat rumah. Dia di hospital, menemani Helena.
Jadi, ada peluang aku nak ceroboh. Ah! Tak sabar!

YOU ARE READING
[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)
Фанфик"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" Park Jimin. Ego, sombong, bongkak, hati beku dan yang pal...