Prologue

2.2K 112 141
                                    

TELEFON bimbitnya berdering banyak kali langsung tidak dipedulikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON bimbitnya berdering banyak kali langsung tidak dipedulikan. Hatinya sakit, sedih pilu... semua ada.

"Papa tak pernah marahkan aku teruk sampai macam ni sebelum ni! Maafkan Kimi, papa. Kimi pun sebenarnya tak nak hidup Kimi diselubungi dosa. Tapi Kimi tak dapat nak elak! Mungkin ini suratan takdir untuk Kimi... Kimi tahu, ini semuanya salah! Berdosa! Tapi Kimi dah pilih hidup Kimi macam ni. Jadi, papa jangan nak halang Kimi!" monolognya sambil mengambil telefon bimbit itu seraya menekan punat power untuk dimatikan dan terus dilempar semula ke atas meja.

Duduknya dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Fikirannya bercelaru. Dia asyik memikirkan kata-kata papanya, Dato' Ahmad Zafreel semasa di pejabat sebentar tadi.

"Hakimi! Apa semua ni? Tolong explain pada papa! Papa malu dengan kamu, Hakimi! Malu! Papa malu! Mana papa nak letak muka papa lepas ni?! Zafrul Hakimi, anak  kepada Dato' Ahmad Zafreel, pemilik Nusa Teras Holdings adalah seorang lelaki songsang, gay! Dan yang lebih memalukan, video Hakimi sedang melakukan hubungan songsang tersebar di internet! Mana papa nak letak muka papa ni, Kimi!"

Kata-kata Dato' Ahmad Zafreel itu masih jelas kedengaran selepas hinggap di cuping telinga Hakimi.

Lengan baju kemeja berwarna biru muda disinsing seraya tiga butang teratas kemeja biru muda itu dibuka dan menyerlahkan bahagian dadanya yang sedikit basah dan berkilat akibat peluh itu. Dia memejamkan matanya sambil jarinya ligat megurut pelipis dahinya yang sedikit basah akibat peluh.

Tanpa Hakimi sedari, panggilan yang tidak dijawabnya sebentar tadi adalah panggilan dari pembantu pribadi papanya, Aryan Syah. Banyak kali Aryan Syah menghubungi Hakimi, tetapi semuanya tidak berjawab.

Tidak lama selepas itu, Mak Ton, pembantu rumah berlari dari arah dapur mendapatkan Hakimi sambil membawa telefon bimbitnya dan mengalirkan air matanya. "Hakimi!"

Hakimi membuka matanya perlahan sebaik sahaja mendengar Mak Ton memanggil namanya. "Apa pulak kali ni, Mak Ton? Kenapa terjerit-jerit macam orang gila ni?!"

"Kimi... Dato', dia..."

"Apa?!" pintas Hakimi dengan suara yang agak meninggi.

Mak Ton menangis teresak-esak di hadapan Hakimi. Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Hakimi. Hakimi menjulingkan matanya ke atas. Dia bosan dengan drama yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Hakimi merampas telefon bimbit itu dan segera menjawab panggilan itu.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now