SADO- 22

600 47 34
                                    

"NIZAM! Lepaskan dia!" Hakimi yang bergegas menghampiri Ereen Natasya yang ditarik lengannya oleh Shahrul Nizam segera merentap dengan kuat pergelangan tangan lelaki di sebelah kirinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NIZAM! Lepaskan dia!" Hakimi yang bergegas menghampiri Ereen Natasya yang ditarik lengannya oleh Shahrul Nizam segera merentap dengan kuat pergelangan tangan lelaki di sebelah kirinya itu.

"Kimi?!" Ereen Natasya mengerling Hakimi yang muncul dengan tiba-tiba di sebelahnya.

Sebaik sahaja mendengar suara garau Hakimi, secara spontan pegangan tangannya melemah dan terus terlepas. Shahrul Nizam mencerlung ke arah Hakimi. "Awak?! Ke mana awak pergi dua minggu ni, hah?!"

"Ke mana aku pergi, itu bukan urusan kau! Sekarang aku nak kau jangan muncul dalam hidup aku dan jangan ganggu orang-orang yang rapat dengan aku, faham!" Hakimi membalas renungan Shahrul Nizam ke arah dirinya dengan cerlungan maut.

Zarul Hazreel yang juga baru sahaja mendekati mereka bertiga di situ terpinga-pinga. "Ada apa semua ni, Kimi? Ereen?"

Buku limanya dikepal kuat. Seketika Shahrul Nizam mengerling ke arah Zarul Hazreel yang berdiri di sebelah Hakimi dan Ereen Natasya. Sepantas kilat tangan kirinya menolak bahu kiri Hakimi yang tercedera dengan kuat. Hakimi jatuh terduduk di lantai simen yang Agak licin dan dipenuhi lumut hijau di lorong belakang pasar basah itu.

"Kau memang lelaki tak berguna, Zafrul Hakimi! Lepas kau rosakkan hidup aku, sekarang kau nak buang aku begitu aje dari hidup kau?! Aku takkan benarkan ianya berlaku!" ujar Shahrul Nizam duduk mencangkung di hadapan Hakimi. Buku limanya dikepal kuat seraya diarahkan ke arah muka hakimi.

Bukkk!

Satu tumbukan keras dilepaskan tepat ke arah muka dan Hidung mancung Hakimi. Dengan serta-merta darah merah pekat mengalir keluar dari hidungnya.

"Woi! Kau ni dah kenapa?! Apa yang adik aku dah buat sehingga kau membenci dia?!" jerkah Zarul Hazreel yang kebetulan baru saja menapak di tempat itu. "Aku terdengar tadi kau cakap Kimi dah rosakkan hidup kau... tapi aku rasa, kau sendiri yang rosakkan hidup kau, manusia-manusia sotong macam kau ni la yang menjebakkan dia ke dunia songsang tu! Sekarang kau nak salahkan dia pulak, hah?!" Dengan spontan lengan kekarnya menolak tubuh Shahrul Nizam.

Dengan keadaan lantai simen yang lembap, dengan mudahnya tubuh Shahrul Nizam jatuh terjelepuk. Dia bingkas bangun seraya bersedia untuk membalas perbuatan Zarul Hazreel yang menolaknya sebentar tadi.

"Ereen, awak okey?" Zarul Hazreel bertanya seraya mengerling ke arah adik kembarnya, Hakimi yang berusaha bangun sambil mencerlung ke arah Shahrul Nizam yang sudah berdiri di belakangnya.

"Kau jangan sibuk dengan urusan kami la bangang!" tengking Shahrul Nizam dari arah belakang.

Ereen Natasya perasan dengan sebilah pisau yang berada di dalam genggaman Shahrul Nizam dan kini sedang menghampiri Zarul Hazreel.

Hakimi juga perasan dengan Shahrul Nizam yang seolah-olah hendak menyerang abang kembarnya dari arah belakang. Dia cepat-cepat bangun dan dengan pantas lengan kekarnya menolak tubuh Zarul Hazreel dan Ereen Natasya ke tepi.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now