SADO- 24

484 29 11
                                    

"SELAMAT pagi Mak Ton

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SELAMAT pagi Mak Ton."

"Ha... Kimi dah sihat? Alhamdulillah... akhirnya Kimi dah balik rumah," sahut Mak Ton.

Zarul Hazreel tersenyum. Tangannya memeluk erat bahu Hakimi di sebelahnya. "Mak Ton jangan risau... si Kimi ni kuat orangnya..."

Hakimi mengerling Zarul Hazreel. "Apalah abang ni... sakit tau!"

Zarul Hazreel tergelak. "Sakit apa pulak? Tadi kan Kimi cakap Kimi kuat. Beriya-iya sangat nak minta izin keluar dari wad."

Hakimi mendengus geram seraya menapak masuk ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa biru ruang tamu. "Kimi geram! Perempuan misteri yang berpurdah hitam tu selalu sangat datang ganggu Kimi!"

"Itulah... siapa suruh Kimi memandai-mandai update status siap letak location pulak tu?" bebel Zarul Hazreel seraya melabuhkan duduknya di sebelah Hakimi.

"Kimi bosanlah asyik duduk... baring aje. Tak ada exercise langsung!" Hakimi sudah memuncungkan bibirnya sambil berpeluk tubuh.

"Eleh... larat ke nak exercise dengan perut dah berjahit macam tu?" ejek Zarul Hazreel pula. Dia mengerling Hakimi lama. "Kimi kenal ke siapa perempuan tu? Siapa nama dia?  Abang terlupa pulak."

"Entah! Malas nak ambil tahu!"

"Eleh... poyo punya jantan!" Zarul Hazreel tergelak.

Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah menapak ke arah dapur.

Zarul Hazreel mengeluh melihat tingkah adik kembarnya itu. "Badan aje sado... tapi hati macam hati keropok!" Dia mengerling pula ke arah Mak Ton yang sudah pun menggeleng kepala. "Err... Mak Ton, minggu ni akan jadi minggu yang sibuk buat kita semua."

"Sibuk? Maksud Zarul macam mana tu?  Mak Ton tak faham," soal Mak Ton sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Tak payah nak garu kepala sangatlah Mak Ton... tu mamat sado yang dekat dapur tu... dia kan bakal jadi raja sehari," ujar Zarul Hazreel dengan senang hati.

"Maksud Zarul? Mak Ton tak faham," soal Mak Ton lagi.

Kini giliran Zarul Hazreel pula menggeleng kepala. "Hai... takkan Mak Ton dah lupa dengan wasiat papa..."

"Hah?!" Mak Ton terlopong.

Berdekah Zarul Hazreel ketawa melihat reaksi Mak Ton.

Hakimi yang mendengar Zarul Hazreel ketawa terbahak-bahak di ruang tamu itu segera menapak keluar dari arah dapur. "Ni dah kenapa abang ketawa macam hantu puntianak harum sundal malam aje ni?"

"Banyaklah kau punya sundal. Kimi ingat abang ni sundal ke?" sahut Zarul Hazreel geram.

"Dah... dah... tak payah nak banyak cakap. Sekarang ni... jom kita duduk bincangkan apa yang sepatutnya dibuat untuk majlis..." Pak Syam yang baru sahaja menapak masuk ke ruang tamu itu tiba-tiba mencelah tetapi belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Hakimi segera memintas.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now