SADO-11

996 84 74
                                    

JARINYA bermain-main di meja itu serta diketuk-ketuknya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARINYA bermain-main di meja itu serta diketuk-ketuknya perlahan. Nafasnya ditarik sedalamnya. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk. Hakimi menoleh ke arah pintu pejabatnya itu. "Masuk."

Dua saat selepas itu figura gadis yang mengenakan baju kurung berwarna biru, Ereen Natasya selaku pembantu peribadi Hakimi menapak masuk.

"Hah! Kau, nak apa?" soal Hakimi seraya menyibukkan dirinya membelek-belek fail yang terdapat di atas mejanya itu.

"Err... Kimi...." kata-kata Ereen Natasya terhenti.

"Apa Kimi-Kimi?! Panggil aku Tuan Hakimi!" pintas Hakimi dengan suara yang agak meninggi.

Ereen terkejut sehingga menyebabkan kedua belah bahunya terangkat.

"Ma... maaf Tuan Hakimi, err..."

"Hah! Ada apa? Cakap pun dah tergagap-gagap! Kalau tak ada apa-apa, baik kau keluar! Sakit mata aku tengok muka kau kat dalam ni!"

"Tuan Hakimi, maafkan saya... Dato' nak jumpa Tuan Hakimi sekarang," ujar Ereen Natasya sambil menundukkan kepalanya. Kimi, kenapa kau layan aku macam ni sekali? Buruk sangat ke aku di pandangan mata kau, Kimi? 

Hakimi bingkas bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke arah pintu bilik pejabatnya dan membiarkan Ereen Natasya yang berdiri di sebelah meja kerjanya seraya berhenti dan menoleh semula ke belakang.

"Hah, kau buat apa lagi berdiri tercegat dekat situ, macam batu tunggul aje aku tengok? Keluarlah dari bilik aku! Menyemak aje."

"Ah! Maaf!" Ereen Natasya tersentap dan segera menapak keluar dari bilik itu. Hakimi hanya merenung Ereen Natasya dengan renungan yang tajam.

"Terhegeh-hegeh!"

"Maaf tuan."

🌾🌾

PUNGGUNGNYA dilabuhkan di atas sofa fabrik berwarna biru yang bercorak islamik yang terletak di dalam bilik pejabat papanya itu.

"Kimi okey ke tak ni? Papa tengok muka monyok aje?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya.

"Kimi geram... geram dengan papa. Kenapa papa suruh betina tu jadi PA Kimi?" soal Hakimi tidak puas hati.

"Kenapa? Kimi kan dah lama kenal dan berkawan dengan Ereen... Jadi, papa rasa Kimi dan Ereen sangat sesuai dan serasi bersama."

"What?!" Berkerut dahi dan membuntang mata Hakimi sebaik sahaja papanya, Dato' Ahmad Zafreel berkata.

"Kenapa?" soal Dato' Ahmad Zafreel sambil mejongketkan kening sebelah kirinya.

"Ah! Tak ada apa-apalah!" jawab Hakimi seraya menghempaskan semula punggungnya di atas sofa dan menyibukkan dirinya dengan membuka aplikasi WhatsApp.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now