SADO-17

918 77 28
                                    

"ZARUL, sekarang Zarul dah kembali ke pangkuan papa, papa janji takkan tinggalkan anak papa ni lagi," ujar Dato' Ahmad Zafreel sambil memeluk erat tubuh Zarul Hazreel, anak kembar sulungnya yang terpisah sejak dua puluh enam tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ZARUL, sekarang Zarul dah kembali ke pangkuan papa, papa janji takkan tinggalkan anak papa ni lagi," ujar Dato' Ahmad Zafreel sambil memeluk erat tubuh Zarul Hazreel, anak kembar sulungnya yang terpisah sejak dua puluh enam tahun yang lalu.

Zarul Hazreel tidak menjawab pujukan papanya itu, sebaliknya dia memeluk papanya dengan lebih erat seperti tak dapat dipisahkan lagi. 

"Papa... sebelas tahun Zarul cari keluarga kandung Zarul, pa... Zarul tak tahu selama ini keluarga yang Zarul cari-cari selama ni berada di depan mata. Zarul sedih papa, sunyi, kecewa sangat, kenapa papa? Kenapa papa dan mama serahkan Zarul kepada orang lain?" Zarul Hazreel kembali bersuara namun esakannya masih jelas kedengaran.

"Papa tak tahu, seandainya papa tahu, papa takkan benarkan mama Zarul serahkan anak papa ni pada orang lain," jawab Dato' Ahmad Zafreel pula sambil mengucup dahi anaknya yang dianggapnya sudah meninggal dunia semasa bayi itu.

"Zarul, ma... maafkan Mak Ton, Mak Ton jugak bersalah pada Zarul dan Mak Ton dah agak yang satu hari nanti Zarul akan mengetahui akan perkara ini jugak," bicara Mak Ton setelah mendiamkan dirinya.

Zarul Hazreel masih memeluk papanya dengan erat, kepalanya disembamkan ke dada bidang papanya itu, air matanya juga masih deras berlinangan membasahi pipi dan kelopak matanya juga sudah pun membengkak.

"Zarul, Dato'... Mak Ton rasa sudah tiba masanya untuk Mak Ton ceritakan kepada Dato' dan Zarul perkara yang sebenarnya, apa yang berlaku sebenarnya," ujar Mak Ton.

~~💙~~

"Puan, sekejap lagi Encik Zafreel sampai, puan tak nak pesan  apa-apa ke?" soal Mak Ton kepada Puan Ariana.

"Tak, saya tak nak apa-apa, Mak Ton... saya hanya perlukan suami saya aje masa ni. Saya nak Abang Zafreel ada bersama saya semasa melahirkan anak saya," ujar Puan Ariana sambil mengusap perutnya yang memboyot besar itu"Mak Ton, yang sebenarnya... doktor ada cakap anak yang saya kandung ni sebenarnya kembar." 

"Ye ke puan? Wah, Encik Zafreel tahu tak pasal ni?" soal Mak Ton pula.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now