USAI makan tengah hari itu, Dato' Ahmad Zafreel mengajak Wan Hazreel bersembang di ruang tamu dan dia meminta Wan Hazreel menceritakan tentang dirinya. Dia benar-benar ingin tahu latar belakang Wan Hazreel. "Wan, kalau Wan tak keberatan, boleh Wan cerita serba sedikit tentang diri Wan?"
Wan Hazreel menundukkan kepalanya mengerling permaidani bercorak kulit harimau di lantai ruang tamu itu. "Uncle, Wan ni anak tunggal. Ayah Wan seorang pesara tentera udara. Ibu pulak dah meninggal dunia lima bulan yang lepas..."
Dato' Ahmad Zafreel mengerling Wan Hazreel lama. Hmm... mata budak ni sebijik macam mata Hakimi dan kening dia tebal membuatkan aku teringat dengan arwah Ariana. Entah-entah budak ni... ah! Tak... tak mungkin! Zarul kan dan meninggal dunia semasa bayi lagi. Nama dia pun sama. Wan Hazreel... Zarul Hazreel. Kalau Zarul masih hidup pasti dia sekarang sama besar dengan adik kembarnya Hakimi, dan jugak sama besar dengan budak Wan ni. Dato' Ahmad Zafreel khusyuk mengerling wajah Wan Hazreel.
"Tarikh lahir Wan sama dengan tarikh lahir Kimi, lapan hari bulan Ogos. Lahir di Kuala Lumpur, tapi Wan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Semasa umur Wan lima belas tahun, ayah Wan bersara dari tentera udara dan kami berpindah semula ke Kuala Lumpur. Wan kenal Kimi semenjak Wan berpindah ke sekolah menengah yang sama dengan Kimi. Kami belajar sama-sama satu kelas," sambung Wan Hazreel lagi. Kali ini dia mengerling ke arah Dato' Ahmad Zafreel yang sedang khusyuk merenung dirinya.
"Uncle? Kenapa pandang Wan macam tu?" Soal Wan Hazreel setelah mendapati mata Dato' Ahmad Zafreel asyik merenung dirinya dan dengan tiba-tiba mengalirkan air mata. "Uncle okey tak ni?" Apakah yang dia sedang fikirkan, agaknya?
"Ah! Tak... tak ada apa-apa. Uncle okey aje ni..." balas Dato' Ahmad Zafreel sambil mengesat air matanya yang mengalir di pipi. "Err... Wan, Wan sekarang bekerja sebagai apa?"
"Uncle, Wan kerja sendiri aje... Wan membantu ayah berniaga di Pasar Basah. Wan nak tolong ayah Wan. Tak sampai hati nak biarkan dia sorang-sorang. Wan wajib balas jasa dia setelah membesar dan mendidik Wan," balas Wan Hazreel.
Jeda seketika.
"Assalammualaikum papa." Hakimi yang baru sahaja tiba di muka pintu memberi salam seraya menghampiri papanya yang sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Waalaikumsalam Kimi... Kimi, siapa kawan yang Kimi hantar tadi tu? Pelik benar papa tengok gelagat dia." Dato' Ahmad Zafreel bertanya.
Hakimi tidak menjawab pertanyaan papanya. Matanya kini sedang mengerling Wan Hazreel yang duduk di sebelah papanya dengan renungan yang tajam.
Wan Hazreel perasan dengan renungan Hakimi seraya menundukkan kepalanya.
Hakimi bangun dan terus menarik lengan Wan Hazreel. Wan Hazreel terkejut setelah lengannya di tarik dengan kuat oleh Hakimi. Hakimi memaksa Wan Hazreel supaya mengiringinya ke laman luar.
YOU ARE READING
Love You Mister SADO
قصص عامة🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018 👑 Achievement :: - MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line) "Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...