SADO-15

1K 77 57
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMMUALAIKUM."

"Waalaikumsalam... Kimi lewat balik hari ni, melencong ke mana tadi?" sahut Dato' Ahmad Zafreel seraya bertanya.

Hakimi segera menapak masuk dan melabuhkan duduk di sofa bersebelahan dengan papanya. "Kimi jalan-jalan dengan Ereen."

Dato' Ahmad Zafreel perasan kelopak mata anak bujang kesayangannya itu agak merah sedikit, seperti baru sahaja selepas menangis. "Dengan Ereen? Kimi bawa Ereen jalan-jalan ke mana? Ni kenapa muka pucat aje? Anak papa menangis ya?" 

"Pavi aje... lepas tu tengok wayang..." jawab Hakimi perlahan.

"Itu aje? Habis tu kenapa Kimi menangis?" soal Dato' Ahmad Zafreel lagi.

"Err... tak ada apa-apalah papa, okeylah... Kimi nak naik ke atas, masuk bilik dan mandi," ujar Hakimi seraya bingkas bangun dari sofa dan terus mengatur langkah berjalan menuju ke arah tangga.

Sedang Hakimi memanjat tangga sambil melepaskan tiga butang teratas  baju kemejanya, langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandang figura abang angkatnya, Wan Hazreel yang baru sahaja hendak menuruni tangga itu. "Eh, abang Wan? Macam mana abang boleh..."

"Kimi baru sampai? Kimi lupa ke apa yang papa cakap tengah hari tadi?" pintas Wan Hazreel seraya bertanya pula.

"Oh, maaf, terlupa pulak," sahut Hakimi sambil meyentuh dan mengusap dada sasa Wan Hazreel. Mantap! Dia meneruskan langkahnya.

🫂🫂

"NIZAM... Kenapa kau tipu aku? Selama ni kau tak pernah pun curang dengan aku, ke aku  yang buta? Tak nampak semua penipuan kau?" Hakimi bermonolog di hadapan cermin bilik mandi.

Terbayang semula dimatanya di mana Shahrul Nizam dengan senang lenang bercumbu dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenal di dalam tandas pusat membeli belah Pavilion, petang tadi.

Buku limanya digenggam kuat. Dia teringat pula dengan mesej yang telah ditinggalkan oleh Akmal Reyza.

"Papa, Kimi janji, takkan benarkan si sotong poyo tu sentuh papa. Takkan!" monolog Hakimi seraya melilitkan kain tuala dipinggangnya seraya keluar dari bilik mandi.

Kini terbayang pula wajah abang angkatnya, Wan Hazreel yang baru sahaja berpindah duduk sama di banglo mewah Dato' Ahmad Zafreel. Abang Wan, selamat datang ke duniaku... Dia segera melabuhkan duduknya di birai katil seraya membuka beg pelastik yang berisi ubat tidur yang dibelinya petang tadi. Senyuman nakal terukir di bibir.

"HAKIMI, Zarul, papa dah nak bertolak ke Airport ni... Papa ada urusan yang nak diuruskan di London. Papa akan balik dalam masa seminggu," ujar Dato' Ahmad Zafreel kepada kedua anak kembarnya itu.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now