"KIMI, abang rasa lebih baik Kimi ceritakan sekarang aje, taknaklah abang pergi jumpa Prof. Raizil tu, nanti bermacam-macam pulak yang disoalnya, penat nak menjawab." Wan Hazreel yang masih duduk di sisi katil Hakimi itu berkata. Hakimi pula terus memuncungkan bibirnya.
"Tak nak! Kan Kimi dah cakap yang Kimi tak nak sebut dan tak nak ingat apa-apa yang berkaitan dengan perempuan tu!" tegas Hakimi seraya bingkas bangun dari katil dan melabuhkan duduknya di atas kerusi.
"Kimi, please... sebagai abang Kimi yang baru, abang wajib tahu apa dah terjadi pada adik abang sehingga dipanggil Prof. Raizil tadi... Please Kimi, untuk sekali ni aje, lepas ni kalau Kimi nak lupakan terus apa-apa yang berkaitan dengan Ereen pun takpe, abang tak kisah dah..." pinta Wan Hazreel lagi. Dia berharap sangat Hakimi menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
"Okey... Kimi akan ceritakan tapi abang kena janji, esok abang kena bawa Kimi pergi gym! Kimi dah tak nak jadi macam ni lagi... Kimi nak jadi macam abang, nak ada body macam abang," balas Hakimi serius.
"EREEN, ada apa Prof. Raizil nak jumpa kita berdua ni?" Hakimi bertanya kepada Ereen Natasya yang berjalan di sebelahnya.
Ereen Natasya hanya mendiamkan dirinya. Pertanyaan Hakimi langsung tidak dipedulikan. Malah dia semakin memparcepatkan langkah kakinya mengejar Prof. Raizil yang berjalan di hadapan.
Sebaik sahaja tiba di bawah pokok rendang yang menjadi tempat Hakimi menghabiskan masa petangnya, Prof. Raizil berhenti di bawah pokok itu seraya melabuhkan duduknya di kerusi simen yang sedia ada di bawah pokok itu. Dia mempelawa Hakimi dan Ereen Natasya duduk di kerusi yang menghadap dirinya. Mereka berdua menuruti arahan.
"Okey... Hakimi, Ereen. Mesti korang berdua tertanya-tanya kenapa saya nak jumpa korang berdua, kan?" Prof. Raizil bertanya sebaik sahaja Hakimi dan Ereen Natasya melabuhkan duduk di kerusi.
YOU ARE READING
Love You Mister SADO
Fiksi Umum🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018 👑 Achievement :: - MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line) "Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...