SADO-14

901 88 47
                                    

DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil, perasaan sedih dan geram kini menguasai dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil, perasaan sedih dan geram kini menguasai dirinya.

"Kimi, kenapa? Aku cintakan kau, Kimi... kenapa kau tak nampak? Aku bodoh sebab tolak cinta kau dulu." Ereen Natasya bermonolog sambil mennyeka air matanya yang kini berjuraian membasahi pipi.

Terbayang semula di matanya di mana Hakimi tiba-tiba berubah tingkah sebaik sahaja bertemu dengan Shahrul Nizam. Hakimi terus mengabaikan dirinya dan lebih memberikan perhatian kepada Shahrul Nizam.

~~~~~~~~~~~~~~

"Nizam."

Hakimi segera memeluk Shahrul Nizam tepat di hadapan mata Ereen Natasya. Malah Shahrul Nizam juga tanpa segan silu mencuit manja hidung Hakimi.

"Sayang, awak buat apa dekat sini?" soal Shahrul Nizam ingin tahu seraya menoleh ke arah Ereen Natasya yang berdiri tercegat di hadapan mereka berdua sambil melopong.

Shahrul Nizam mengerling Ereen Natasya dengan renungan yang tajam.

Mamat ni dah kenapa renung aku macam tu? Aku ni cinta pertama Kimi, kau tu lelaki, Kimi jugak lelaki. Bodoh betul, gerutu hati Ereen Natasya.

"Err... Ereen, kenalkan ini..."

Belum habis Hakimi berkata untuk memperkenalkan Shahrul Nizam kepada Ereen, Shahrul Nizam cepat-cepat memintas.

"Awak, jom temankan saya... saya teringin sangat nak tengok cerita 'Aquaman'," pintas Shahrul Nizam seraya menarik tangan Hakimi menjauhkan diri dari Ereen Natasya.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now