"SELAMAT pagi Kimi. Macam mana adik abang pagi ni?"
"Assalamualaikum abang. Kimi okey... abang jangan risau, Kimi kuat."
Hari ini masuk hari kedua Hakimi dirawat di hospital. Kecederaan yang dialaminya semakin pulih.
"Terima kasih abang, kerana datang temankan Kimi,"ucap Hakimi perlahan.
"Err... waalaikumsalam. Abang tak dapat lama ni, pukul sembilan pagi ni ada meeting dengan client." Zarul Hazreel berkata. "Ni... abang ada bawak bubur ayam yang Mak Ton masakkan untuk Kimi."
Beg plastik yang mengandungi tupperware berwarna biru itu diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil. Zarul Hazreel mengerling ke kiri dan ke kanan seperti mencari seseorang. "Ereen mana?"
Hakimi tidak menjawab pertanyaan Zarul Hazreel itu, sebaliknya dia memuncungkan bibirnya. "Huh..."
Zarul Hazreel perasan reaksi wajah yang dipamirkan oleh Hakimi itu. Apa kes pulak kali ni? Kimi... jangan-jangan mereka berdua berperang dingin lagi kot? Dia mengeluh panjang. "Kimi, jangan cakap yang Kimi suruh Ereen balik..."
"Biarlah dia balik. Kimi tak suka!" Sepantas kilat Hakimi memintas kata-kata Zarul Hazreel.
"Eh... tak baiklah cakap macam tu. Kira okey tau dia sanggup jaga Kimi. Lagi pun Ereen tu kan pembantu peribadi Kimi..."
"Kimi tak suka... Ereen terlampau caringlah abang..."
"Baguslah tu... sekurang-kurangnya dia ambil berat pasal kesihatan Kimi. kalau nak dibandingkan dengan dua ekor sotong yang..." Belum sempat Zarul Hazreel menghabiskan kata-katanya, Hakimi segera memintas.
"Kalau Kimi masih gemuk macam dulu, pasti dia takkan pandang Kimi!"
Zarul Hazreel kelu lidah untuk berkata. Ada betul jugak apa yang dikatakan tu. "Tapi Kimi kena ingat... pesanan terakhir dari arwah papa untuk Kimi..."
"Abang, pleaselah jangan mulakan... Kimi tak nak kahwin! Lebih-lebih lagi dengan Ereen..."
"Habis tu, Kimi nak kahwin dengan siapa?"
"Kimi tak suka perempuan! Abang pun tahu tu kan?!" Hakimi mencapai lengan kekar Zarul Hazreel, kemudian turun ke pergelangan tangan abang kembarnya itu. Direnungnya Zarul Hazreel dengan renungan yang penuh dengan harapan.
"Kimi... jangan cakap Kimi nak kahwin dengan abang... kita ni sama lelaki dan adik beradik! Salah di sisi agama dan undang-undang, dik. Berdosa besar! Takkan Kimi tak tahu," ujar Zarul Hazreel panjang lebar.
Hakimi terdiam. Ada genang di tubir matanya ketika ini.
Zarul Hazreel melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan katil. Dia mengerling Hakimi. "Kimi dah janji dengan abang, kan? Kimi nak berubah?"
YOU ARE READING
Love You Mister SADO
General Fiction🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018 👑 Achievement :: - MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line) "Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...