🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018
👑 Achievement ::
- MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line)
"Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"MANAperginya jantan gila tu?!" soal Hakimi kepada Ereen Natasya sebaik sahaja dia menapak di lobi.
Ereen Natasya yang kebetulan turut berada di lobi itu sedang berbual dengan Aryan Syah sebaik sahaja balik dari keluar lunch terkejut kerana bahunya di sentuh oleh Hakimi dengan tiba-tiba. "Err... maksud tuan?" Dia sengaja hendak menduga Hakimi.
"Alah... jantan poyo yang tadi tu..." jawab Hakimi bengang.
"Oh! Maksud tuan, Akmal Reyza? Dia dah balik tapi sebelum dia balik, dia berkeras untuk masuk ke dalam bilik pejabat tuan," ujar Ereen Natasya sambil mengerling Hakimi. Kimi, kenapa kau berubah sampai ke tahap mencintai sesama jenis? Bukan ke dulu kau cintakan... Ereen, apa kau dah buat? Kalau kau tak kecewakan Kimi dulu pasti dia takkan jadi macam ni.
Hakimi terlopong. "Hah?! Habis tu kau bagi dia masuk?!"
"Saya tak bagi dia masuk pun. Tapi dia berkeras dan terus masuk. Ma... maafkan say..." kata-kata Ereen Natasya terhenti.
"Dah! Tolong jangan mentionpasal ini lagi. Andbytheway, aku nak kau batalkan semua temujanji aku petang ni, dan kalau ada sesiapa yang nak jumpa aku, kau cakap aku sibuk dan tak nak diganggu, faham!" pintas Hakimi seraya mengatur langkah pergi meninggalkan Ereen Natasya dan Aryan Syah di belakangnya.
Ereen Natasya hanya memerhati jejaka yang kini menjadi kegilaan ramai gadis malah bukan hanya setakat gadis sahaja, golongan songsang juga turut berlumba-lumba untuk merebut Hakimi.
"Dahlah tu Ereen, Aryan... jom masuk office."Wan Hazreel yang berdiri di belakang mereka berdua itu berkata. "Kimi ada masalah dengan bekas kawan dia yang datang tadi tu..."
Ereen Natasya mengerling Wan Hazreel dengan seribu pertanyaan yang terpapar di wajahnya. Wan Hazreel perasan dan faham dengan renungan Ereen Natasya itu seraya tersenyum. "Aku faham adik angkat aku tu... aku jugak dah lama tahu dia macam tu. Cuma aku risau dengan Dato', kalau dia tahu anak kesayangan dia berorientasi sebegitu, macam mana agaknya perasaan dia?"
"Tapi Wan... kau tak rasa pelik ke? Kau dan Kimi sebaya, kalau tak silap aku tarikh lahir korang berdua jugak sama, kan? Dengan rupa paras juga tak jauh beza..." Aryan Syah memulakan sesi pertanyaannya.
Sedang Wan Hazreel dan Aryan Syah bersembang pasal Hakimi, Ereen Natasya pula hanya mendiamkan dirinya. Masih terbayang di ingatannya apa yang telah diperkatakan oleh Akmal Reyza, lelaki poyo yang datang untuk berjumpa dengan Hakimi tengah hari tadi.