SADO- 20

641 43 20
                                    

"KIMI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KIMI... abang dah tak ada siapa-siapa lagi dah sekarang..." Zarul Hazreel membalas pelukan adik kembarnya, Hakimi.

Hakimi berusaha melepaskan pelukan Zarul, namun pelukan abangnya itu semakin kuat seolah-olah tak mahu dilepaskan. "Abang..."

"Kimi... temankan abang pergi ke Hospital." Zarul Hazreel melepaskan pelukannya perlahan sambil berkata.

Hakimi mengerling wajah pucat abangnya, lama. "Pergi ke hospital untuk apa?"

"Ayah angkat abang... dia..." kata-kata Zarul Hazreel terhenti. Dia menoleh ke arah Aryan Syah yang berdiri di sebelah kereta Nissan Rouge S milik Hakimi.

"Kenapa dengan Pak Cik Wan?" Hakimi bertanya.

"Dia dah tak ada, Kimi... abang tak sempat jumpa papa, abang jugak tak sempat jumpa ayah angkat abang di saat-saat akhir hayat mereka. Apa salah abang, Kimi... Kenapa nasib abang dibalas sebegini rupa?!"

Hakimi kelu lidah untuk berkata. Dia tidak menyangka nasib yang menimpa abang kembarnya itu sebegini berat. Jeda buat beberapa saat. Air mata yang berjuraian di pipi Zarul Hazreel disekanya lembut. "Abang..." kata-kata Hakimi terhenti sebaik sahaja bahu kirinya disentuh dari belakang oleh Aryan Syah.

"Kimi, Zarul, jom kita ke hospital uruskan jenazah arwah Encik Wan Rahman. Zarul, aku drive kereta kau, kau ikut Hakimi, tak sanggup aku biarkan kau memandu dalam keadaan macam ni." Aryan Syah berkata. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

Pelukan dilepaskan. Zarul Hazreel mengerling ke arah Aryan Syah sambil ligat mengelap air matanya dengan lengan kirinya. "Terima kasih Aryan."

"No problem bro!"

🪷~~~🪷

HAKIMI dan Zarul Hazreel lewat bangun pagi ini. Kedua-duanya tidur lewat malam tadi. Ianya disebabkan oleh Hakimi menerima panggilan dari Akmal Reyza. Tidak cukup dengan itu, lelaki jambu itu dengan beraninya datang ke rumah banglo mewah milik Zarul Hazreel itu. Seperti yang ditulis di dalam wasiat peninggalan arwah Dato' Ahmad Zafreel, kedua-dua anak kembarnya itu mendapat lima puluh peratus dari harta peninggalannya. Kini rumah banglo mewah itu sudah menjadi hak milik mutlak Zarul Hazreel, manakala Hakimi pula dikenakan syarat untuk memiliki syarikat Nusa Teras Holdings, Hakimi dikehendaki berkahwin dengan Ereen Natasya.

"Selamat pagi, abang..."

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi seraya tangannya pantas merampas cawan yang sudah pun dituang air milo panas oleh Mak Ton.

"Selamat pagi jugak Kimi," sahut Zarul Hazreel. Senyuman manis diberikan kepada adik kembarnya itu. "Macam mana? Si gila Reyza tu masih ganggu Kimi lagi tak?"

"Kimi rasa... lepas ni si mamat sotong tu dah tak berani ganggu kita lagi, kot? Semalam kan abang dah belasah dia kaw-kaw!"jawab Hakimi berseloroh. "Tapi... abang, sebenarnya Kimi ada sesuatu nak cakap dengan abang..."

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now