SADO-8

1K 83 142
                                    

HAKIMI melabuhkan duduknya di atas sofa fabrik di dalam bilik pejabat papanya Dato' Ahmad Zafreel yang juga merupakan CEO Nusa Teras Holdings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAKIMI melabuhkan duduknya di atas sofa fabrik di dalam bilik pejabat papanya Dato' Ahmad Zafreel yang juga merupakan CEO Nusa Teras Holdings. Telefon bimbitnya yang diselit di dalam poket seluar dikeluarkan.

Dato' Ahmad Zafreel yang baru sahaja hendak memulakan tugasnya kini mengalih pandangannya memerhatikan gelagat anak manjanya yang khusyuk merenung skrin telefon bimbit sambil tersenyum seorang diri.

"Papa, tengah hari nanti Kimi tak dapat lunch bersama dengan papa, Kimi dah janji dengan kawan Kimi." Tiba-tiba sahaja Hakimi berkata sambil matanya leka mengerling skrin telefon bimbit di tangannya.

"Tak boleh!" jawab Dato' Ahmad Zafreel ringkas.

"Kenapa pulak tak boleh? Kimi dah janji la dengan kawan Kimi..." soal Hakimi seraya mengerling ke arah papanya yang sedang duduk di kerusi di hadapan meja kerjanya.

Dato' Ahmad Zafreel mengerling jam tangannya sambil mengeluh kecil. Dah pukul lapan empat puluh lima minit, mana Wan ni tak datang-datang? Dia sengaja tidak menjawab pertanyaan Hakimi. Dia juga tidak berapa suka dengan perubahan sikap Hakimi akhir-akhir ini.

"Papa... Kimi tanya papa ni."

"Papa cakap tak boleh... tak bolehlah. Hari ni Wan, abang angkat Kimi datang office untuk memulakan tugas dia sebagai Executive Manager yang baru di dalam syarikat ni," jawab Dato' Ahmad Zafreel sambil memberikan senyuman untuk Hakimi.

Dato' Ahmad Zafreel rasa bersyukur kerana anak yang selama ini dianggap sudah kembali kepada sang pencipta rupa-rupanya ada bersama dengan adik kembarnya. Dia sengaja tak nak ceritakan pada Hakimi tentang saudara kembar anaknya itu.

"Hah? Papa, apa yang papa cakapkan ni? Kenapa tak bincang dengan Kimi dulu? Kenapa papa tiba-tiba bagi dia jawatan tu? Wan tu cuma anak angkat papa aje kan? Ni dah lebih dah ni." Telefon bimbitnya diselit semula ke dalam poket seluar. Terasa sakit di cuping telinganya ditampar dengan ayat-ayat yang diungkapkan oleh papanya sebentar tadi.

Beberapa saat selepas itu pintu bilik pejabat itu diketuk oleh seseorang.

"Ye masuk..." sahut Dato' Ahmad Zafreel seraya membetulkan baju coat hitam yang disarungnya itu.

Daun pintu dikuak dari luar, Aryan Syah yang merupakan pembantu peribadi Dato' Ahmad Zafreel yang baru segera masuk sambil diiringi oleh Wan Hazreel di belakangnya.

"Ha... datang pun."

"Maaf papa, Wan lambat sebab Wan hantar ayah pergi Hospital, dia ada appointment dengan doktor pagi ni," terang Wan Hazreel.

Wan Hazreel nampak segak mengenakan baju kemeja berwarna cream dan seluar slack hitam serta tali leher hitam berbelang putih dengan wajah yang mirip jejaka arab yang begitu hampir sama dengan Hakimi.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now