SADO- 25

769 35 64
                                    

"ZAFRUL HAKIMI Bin Dato' Ahmad Zafreel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ZAFRUL HAKIMI Bin Dato' Ahmad Zafreel... aku nikahkan dikau dengan Ereen Natasya Binti Abdul Wahab dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."

Air matanya menitis laju seraya mengerling figura saudara kembarnya yang duduk di sebelah. Zarul Hazreel membalas renungan Hakimi.

"Tak... tak... tak boleh... maaf aku tak boleh!" Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah pantas keluar dari masjid. Zarul Hazreel juga turut mengejar Hakimi di belakang.

"Kimi! Kenapa Kimi lari?" Zarul Hazreel bertanya. Dicapainya bahu adik kembarnya itu.

Hakimi menoleh ke arah Zarul Hazreel dengan linangan air mata yang membasahi pipi. "Mm... maafkan Kimi... Kimi tak boleh kahwin dengan Ereen!"

Zarul Hazril segera memeluk erat tubuh Hakimi. "Kimi... janganlah macam ni. Kesian Ereen, dia..."

"Dia apa?!" pintas Hakimi. Pelukan Zarul Hazreel dilepaskan. "Apa gunanya berkahwin jika hati dan naluri Kimi bukan untuk dia?!"

Zarul Hazreel cepat-cepat menyambar tubuh sasa Hakimi seraya dipeluknya sekali lagi. "Kimi jangan kecewakan abang, mama dan papa! Kimi tak teringin ke nak ada keluarga sendiri... ada anak sendiri, ada isteri..."

"Mestilah Kimi nak!"

"Dah tu? Kenapa Kimi tak nak berkahwin? Kalau Kimi nak lari ke mana sekali pun, kalau dah jodoh Kimi tetap dengan Ereen... Kimi tak dapat nak elak..." Zarul Hazreel sudah memulakan mukaddimahnya.

Sedang Hakimi mendengar mukaddimah dari Zarul Hazreel, pandangan matanya menangkap satu figura manusia yang selalu menghantui dirinya. Dia mengerling ke arah Zarul Hazreel. "Abang, itu... itu! Perempuan berpurdah hitam yang selalu datang melawat Kimi ada di sini?! Macam mana dia tahu Kimi kahwin hari ni dan..."

"Huh?! Siapa?"

Hakimi menjuihkan bibirnya ke arah satu figura wanita yang mengenakan jubah hitam dan berpurdah yang kini sedang memerhatikan mereka berdua. "Tu..." Hakimi terus mengatur langkah menuju ke arah wanita misteri itu.

Zarul Hazreel juga turut mengekori Hakimi.

"Hoi! Kau buat apa dekat sini, hah?! Macam mana kau tahu aku ada di masjid ni sekarang?!" Hakimi bengang. Sepantas kilat tangan kekarnya mencapai seraya menarik kuat purdah hitam yang disarungkan di kepala wanita itu sehingga terlepas.

"Kimi... kenapa buat dia macam tu? Tak..." kata-kata Zarul Hazreel terhenti saat purdah hitam wanita itu terlepas dari kepalanya.

Buntang mata Zarul Hazreel dan Hakimi sebaik sahaja wajah manusia yang berselindung di sebalik purdah hitam yang selama ini selalu muncul di hadapan mereka kini sudah pun terjawab.

"Reyza?!"

Bukkk!!

Satu tumbukan dilepaskan oleh Hakimi tepat di muka lelaki sotong itu.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now