Dua tahun berikutnya...
PINTU diketuk seraya ditolak dari luar. Hakimi panggung kepala.
"Anything?" soalnya kepada Aryan Syah di pintu.
"Ada someone nak jumpa kau. Dia cakap dia kenalan kau. Aryan Syah memyampaikan pesanan.
"Lelaki atau..."
"Lelaki."
Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah meluru keluar dari bilik pejabatnya.
"Cakap aje lelaki, pantas aje dia... semangat! Kimi... Kimi... kenapalah kau boleh jadi macam tu?" Aryan Syah berkata sambil menggelengkan kepalanya seraya berlalu dari pintu bilik pejabat Hakimi.
Aryan Syah melabuhkan duduknya di kerusi kerja seraya memeriksa jadual Dato' Ahmad Zafreel untuk hari ini dan selepas itu dia juga akan memeriksa jadual untuk Hakimi. Oleh kerana pembantu peribadi Hakimi meletak jawatan dua minggu yang lalu, Aryan Syah terpaksa menggantikan tempat itu buat sementara waktu. Sedang dia sibuk mengerling skrin komputer di atas meja itu, dia tidak perasan Wan Hazreel sudah berdiri terpacak di hadapannya.
"Amboi khusyuknya dia buat kerja... bagus. Hehehe." Wan Hazreel berkata sambil tergelak kecil.
"Eh? Wan. Maaf tak perasan pulak. Sibuk sikit," balas Aryan Syah.
"Jom... ikut aku masuk bilik Dato' sekali." Wan Hazreel mengarah.
"Eh, aku pun kena turut sekali ke?" Aryan Syah bertanya.
"Yelah... memandangkan kau sekarang jugak merupakan pembantu peribadi sementara untuk adik angkat aku si Kimi tu, dan memandangkan dia keluar dating dengan boyfriend dia tu, terpaksalah kau gantikan dia," balas Wan Hazreel panjang lebar.
"Eh... Wan, kau tak kisah ke adik angkat kau tu gay?" soal Aryan Syah lagi.
Wan Hazreel memberikan isyarat senyap buat Aryan Syah.
"Kau ni... janganlah cakap kuat sangat... kaum bawang ramai dalam office ni. Kalau nak ikutkan hati, nak aje aku rantai kaki si Kimi tu, tak nak bagi dia keluar jumpa mana-mana jantan. Tapi... kau sendiri dah tahu, kan? Hakimi yang sekarang jauh berbeza dari Hakimi yang kita kenali dahulu. Dah, jom masuk..." balas Wan Hazreel lagi.
"Okey..."
Pintu bilik pejabat Dato' Ahmad Zafreel diketuk seraya tombol pintu itu dipulas dan daun pintu ditolak perlahan.
Dato' Ahmad Zafreel kelihatannya sedang berdiri di tepi dinding kaca sambil merenung ke luar.
"Papa, ada apa papa nak Wan jumpa papa?" Wan Hazreel bertanya.
Dato' Ahmad Zafreel mengeluh kecil seraya mengatur langkah menghampiri Wan Hazreel dan Aryan Syah yang berdiri di hadapan meja kerjanya. "Duduklah."
"Oh ya. Papa, Kimi... dia keluar, jadi Wan bawa Aryan ni sekali," sambung Wan Hazreel lagi sambil melabuhkan duduk di kerusi.
YOU ARE READING
Love You Mister SADO
Aktuelle Literatur🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018 👑 Achievement :: - MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line) "Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...