SADO-18

1K 66 28
                                    

DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil. Bibirnya sudah pun dimuncungkan kerana marahkan Zarul Hazreel.

"Lama betul abang Zarul ni, dia buat apa lama sangat dekat bawah tu?!" gumam Hakimi sambil mengerling pintu bilik.

Satu detik.

Dua detik.

Tiga detik.

Daun pintu bilik itu dikuak dari luar dan figura insan yang ditunggu-tunggu, abangnya Zarul Hazreel menapak masuk.

"Abang pergi mana lama sangat tadi? Bosan Kimi menunggu lama sangat," bebel Hakimi seraya bingkas bangun dan terus menghampiri Zarul Hazreel.

"Kimi, maafkan abang, abang rasa kita kena hentikan semua ni sekarang jugak," ujar Zarul Hazreel.

Hakimi yang baru sahaja hendak memeluk tubuh abangnya itu terhenti niatnya sebaik sahaja Zarul Hazreel berkata.

"Apa?! Ken... kenapa pulak abang? Abang dah tak sayangkan Kimi lagi ke?"

"Bukan sebab itu Kimi, abang sayang Kimi, sayang sangat! Tapi abang rasa kita wajib hentikan hubungan terlarang ni... maafkan abang," ujar Zarul Hazreel.

Hakimi diam membungkam. Dia hairan dengan perubahan Zafrul Hazreel yang datang secara tiba-tiba itu. "Maksud abang?"

Zarul Hazreel tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya, dia menjarakkan dirinya dari Hakimi dan segera menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Hakimi hanya berdiri kaku melihat tingkah Zarul Hazreel. Ada genang di tubir matanya.

"Abang, kenapa abang tiba-tiba berubah? Kimi ada buat salah dengan abang ke?" soal Hakimi lagi.

"Tolong keluar dari bilik abang!"

Hakimi terpempan sebaik sahaja mendengar arahan dari Zarul Hazreel.

"Ken... kenapa? Kimi ada buat salah ke? Apa salah kim..."

"Abang kata keluar, keluarlah cepat!!"

Sekali lagi Hakimi terpempan, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Zarul Hazreel terus memintas.

Buku limanya digenggam kuat. Dengan sekelip mata perasaan marahnya menguasai diri. Abang dah tak sayang Kimi lagi...  Dia berpaling dan terus menapak ke arah pintu  seraya keluar dan menghempas kuat daun pintu bilik itu.

Zarul Hazreel yang sedang baring mengiring di atas katil itu terkejut namun dia tidak mempedulikan adiknya. "Maafkan abang, Kimi... abang terpaksa!"

🌟🌟🌟

"KIMI, nak ke mana tu? Dah lewat malam ni..."

"Nak keluar jumpa kawan. Papa, Kimi tak balik malam ni... jangan tunggu Kimi."

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now