DAUN pintu bilik itu dihempas kuat. Kemudian tubuhnya disandarkan pada daun pintu itu. Air matanya yang membasahi pipnya sebentar tadi kini sudah mulai kering. Kata-kata yang diungkapkan oleh Ereen Natasya di khalayak ramai tadi masih menjerit-jerit dengan jelas di cuping telinganya.
"Cinta? Hahaha! Maaf, aku tak boleh terima cinta kau, sebenarnya... aku rapat dengan kau ni pun, sebab aku sengaja nak kenakan kau... Wan Hazreel pun sama. Aku hanya cintakan Wan Hazreel. Kau lupakanlah aku dan pergi jauh-jauh dari aku! Kita tak layak untuk bersama!"
"Wan, kenapa kau sanggup tipu aku? Ye! Aku bodoh! Betul kata perempuan tu, aku memang bodoh! Gemuk! Aku bodoh sebab percayakan kau, Wan." Hakimi bermonolog sambil menggenggam kuat tangannya.
Beberapa saat selepas itu pintu bilik itu diketuk oleh seseorang. Cepat-cepat Hakimi mengesat air matanya dengan belakang tapak tangannya.
"Kimi, buka pintu, please dengar apa yang aku nak cakapkan."
Hakimi pantas berpaling dan tombol pintu dipulas serta daun pintu itu di tarik.
Bukk!!
Sebaik sahaja pintu terbuka Hakimi segera melepaskan satu tumbukan padu tepat ke arah muka Wan Hazreel sehingga menyebabkan hidung jejaka itu berdarah dan luka di bibirnya.
"Kimi, apa kau buat ni?! Apa salah aku, Kimi?" soal Wan Hazreel yang sudah jatuh terduduk sambil menekup mulut dan hidungnya yang cedera itu.
"Manusia macam kau ni memang patut dibagi penumbuk! Aku tahu aku ni gemuk, bodoh, hodoh, dan lurus bendul. Senang dibuli! Aku sangkakan kau dah berubah, tapi sangkaan aku meleset sama sekali! Kau tahu tak, aku ni dah anggap kau macam saudara aku! Tapi... tergamak kau tipu aku, sekarang baru aku sedar, kau berbaik dengan aku selama ni hanya untuk ambil kesempatan ke atas aku! Aku bodoh, Wan... aku bodoh percayakan kau! Mulai dari saat ni, kau bukan lagi kawan aku, bukan lagi saudara aku!" ujar Hakimi panjang lebar seraya melabuhkan duduknya di sisi katilnya.
"Kimi, please la jangan buat aku macam ni... aku sebenarnya dah tak ada apa-apa hubungan dengan Ereen. Kami dah putus," balas Wan Hazreel sambil melabuhkan duduk di sebelah Hakimi.
Hakimi tergamam sebaik sahaja mendengar kata-kata Wan Hazreel. Dia menoleh. Wajah Wan Hazreel direnungnya lama. Dia terkejut. "Putus?"
Wan Hazreel menganggukkan kepalanya. "Ye, aku putuskan hubungan aku dengan Ereen."
"Kenapa?"
YOU ARE READING
Love You Mister SADO
General Fiction🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018 👑 Achievement :: - MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line) "Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...