🎉 PEMENANG TEMPAT KEDUA (Kategori General Fiction) MetaCOOL Award 2018
👑 Achievement ::
- MetaCOOL Special Gift (UNIC Story Line)
"Hoi budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha" _Wan Hazr...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PINTUdewan kuliah dua, Fakulti Seni Bina itu ditolak. Hakimi terus meloloskan dirinya berjalan masuk seraya menoleh ke kiri dan ke kanan mencari figura gadis idaman hatinya, Ereen Natasya. Kini sudah tahun kedua Hakimi melanjutkan pelajarannya di Institut Pengajian Tinggi tempatan di Selangor.
"Amboi... aku tak sangka boleh terserempak dengan si gemuk debab ni. Kesiannya dia keseorangan... Tak ada teman ke?"
Sedang Hakimi menyibukkan dirinya mencari Ereen Natasya, dia disergah oleh seseorang yang juga merupakan manusia yang paling dia benci, Wan Hazreel yang juga turut melanjutkan pelajarannya sama satu kampus dengan Hakimi. Wan Hazreel ditemani oleh dua orang rakannya Zaiful dan Ziyad.
"Wan... tolonglah jangan ganggu dan malukan aku, please... Aku tak nak gaduh dengan kau, aku nak belajar, bukan nak bergaduh." Hakimi merayu seraya menoleh ke arah pintu dewan. Dia malas nak melayan jejaka yang perasan hotyang berdiri di hadapan matanya itu.
Pintu dewan itu dikuak dari luar. Figura gadis manis langsing dan berkulit cerah, Ereen Natasya menapak masuk diikuti oleh sahabat baiknya Alia Marlina yang sentiasa mengenakan tudung di kepalanya tersenyum. Alia adalah seorang gadis comel yang murah dengan senyuman tetapi sebaliknya pula bila dia berhadapan dengan Hakimi.
"Siapa kata aku nak gaduh dengan kau? Ni aku nak kau tolong aku siapkan assignmentyang Prof. Raizil suruh siapkan tu, aku tahu assignmentkau dah siap, kan?" Wan Hazreel berkata ambil menghulurkan fail assignmentyang perlu disiapkan itu.
Hakimi mengecilkan matanya mengerling tajam ke arah Wan Hazreel. "Kau buatlah sendiri, kenapa harus aku yang kena buatkan untuk kau?!"
"Aku tak peduli, kau kena siapkan jugak untuk aku! Kalau tak..."
"Yelah! Ini yang last! Lepas ni jangan harap aku nak tolong kau!"
"Terima kasih Kimi!" Wan Hazreel memeluk Hakimi sambil memicit bahunya yang berlemak itu. Hakimi segera menolak Wan Hazreel.
Ziyad dan Zaiful sudah mengekek ketawa melihat Wan Hazreel memeluk Hakimi. Mereka berdua tidak sangka, Wan Hazreel, jejaka hotyang digilai ramai awek itu sanggup memeluk Hakimi yang gemuk dan sering diejek oleh kebanyakkan penuntut di kampus itu.
"Hoi! Lepaslah... geli aku, gila kau!" marah Hakimi seraya berlari menjauhkan dirinya dari Wan Hazreel.
"Aku ucap terima kasih pun tak boleh ke?!" soal Wan Hazreel sambil meninggikan suaranya. Hakimi tidak membalas sebaliknya melabuhkan duduk di tempat duduk yang disediakan.
"Kau ingat aku ni gayke? Senang-senang aje nak peluk... Huh!" balas Hakimi yang baru sahaja melabuhkan duduknya itu.
Wan Hazreel mengatur langkah menghampiri Hakimi. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Hakimi. Si debab ni, walaupun agak dungu, gemuk tapi dia ni pintar! Kimi... maafkan aku, aku suka buli kau dari zaman sekolah lagi, aku tak tahu kenapa aku suka buli kau! Tapi... kalau aku rapatkan diri aku dengan kau, mana tahu masa depan aku cerah, senang nak dapatkan kerja lepas habis belajar nanti hehehe.