SADO-1

1.6K 107 155
                                    

Sembilan tahun sebelumnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sembilan tahun sebelumnya...

"YES! Aku lulus dengan cemerlang! Dua belas A satu! Pasti papa gembira dengan keputusan SPM aku!" Zafrul Hakimi atau lebih mesra dengan panggilan Hakimi atau Kimi, berlari ke arah kereta BMW X5 berwarna hitam yang sedang menunggunya di hadapan Gate utama sekolah menengah itu.

Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya Hakimi sebaik mendapati dirinya adalah salah seorang dari lima belas orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang SPM untuk tahun ini.

Kelihatan di dalam kereta itu papanya, Dato' Ahmad Zafreel sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak tunggalnya itu. Cuma Hakimi sahaja yang dia ada setelah arwah Isterinya, Puan Ariana meninggal dunia lima belas tahun yang lalu akibat kanser payudara. Jika Puan Ariana masih hidup sehingga kini, sudah tentu dia juga mendapat gelaran Datin Ariana.

Sedang Hakimi berlari ke arah kereta BMW X5 itu, pandangan matanya tertumpu kepada dua orang gadis yang sedang berdiri di perhentian bas berhadapan dengan Sekolah itu. "Ereen!"

Hakimi berusaha untuk berlari. Sesak nafasnya akibat berlari walaupun jarak di antara dirinya dengan Ereen Natasya cuma sepuluh meter sahaja. Hakimi merupakan seorang remaja yang hampir-hampir dikategorikan ke dalam golongan obesity. Fizikalnya yang gemuk menyukarannya untuk berlari seperti remaja-remaja yang lain.

"Ereen!" Dengan keadaan termengah-mengah menarik nafasnya, Hakimi cuba memanggil Ereen Natasya. Ereen Natasya, gadis cantik manis yang digilainya semenjak dari tingkatan satu itu.

"Kimi... si budak debab! ada apa kau panggil aku?" Ereen Natasya bertanya sambil membuat muka menyampah.

"Ereen, tolonglah... jangan panggil aku dengan gelaran tu, aku..." Belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sahaja ada suara menegurnya dari belakang.

"Hoi, budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha." Wan Hazreel yang juga merupakan manusia yang paling Hakimi benci di dalam kelas itu tiba-tiba menyergahnya dari belakang sambil memicit bahu Hakimi yang agak berlemak itu.

Hakimi segera melepaskan tangan Wan Hazreel dengan kasar. "Jangan ganggu akulah, Wan!"

"Hahaha, itu pun nak marah ke budak gemuk? Eh, hoi budak hodoh, aku nak ingatkan kau, tolong jauhkan diri kau dari awek aku! Kau tu dahlah gemuk, ada hati nak ganggu awek comel aku!" Wan Hazreel semakin menjadi-jadi mengejek Hakimi menyebabkan Hakimi hilang kesabarnnya dan dengan tiba-tiba Hakimi menolak dada bidang Wan Hazreel dengan kuat.

Gedebuk!

Tolakkan Hakimi itu menyebabkan Wan Hazreel jatuh terlentang di atas lantai simen.

"Aduh! Woi!!  Tak guna kau gemuk!" Wan Hazreel bingkas bangun berdiri seraya menolak tubuh Hakimi yang masih berdiri di hadapannya.

Love You Mister SADOWhere stories live. Discover now