BAB 2 : Ketua Pengawas

3.4K 315 45
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
• ~ •

BAB 2 : Ketua Pengawas

Tandas di bawah menjadi tempat tugasnya. Cermin di dinding yang kelihatan agak berkabus dan kotor itu dilap menggunakan sehelai kain buruk. Kerjaku hanyalah sambalewa. Aku langsung tidak memperuntukkan seratus peratus kebersihannya.

Usai mengelap, aku mencuci tangan menggunakan sabun. Aku bukannya pembersih, tapi aku alergik kalau tangan aku berbau busuk. Serius, aku memang anti.

Wajahku yang sedikit comot akibat terkena kotoran-kotoran yang mendiami tandas dibersihkan serta-merta. Aku tak mampu melihat diri aku selekeh. Hilang ketampanan di wajah yang tak seberapa ini nanti.

"Agaknya Iman dan Syafiq dah siap ke belum erk?" Pertanyaanku dibiar sepi.

Aku menatap wajahku di dalam cermin. Sebuah figura kecil molek berdiri di belakang dengan ekspresi terkejut. Jeritan kuat akhirnya kedengaran. Ironinya, aku ikut menjerit sama.

******

Usai mencuci tandas di tingkat satu dan dua, Iman dan Syafiq ke tandas tingkat bawah iaitu tempat Farish berada. Dalam perjalanan ke sana, mereka terserempak dengan seorang jejaka yang segak mengenakan kemeja biru muda dan berseluar hitam.

Jelingan maut dilontar ke arah mereka. Iman dan Syafiq membalas jelingan maut tersebut dengan meniru mimik muka Aryan. Sakit hati Aryan dibuatnya. Namun, pantas sahaja terlintas idea di benak fikirannya untuk menyakitkan hati mereka apabila ternampak baldi merah berisi air sabun di dalamnya bersama kain buruk yang dipegang oleh Iman.

"Cuci tandas ke bro? Sejak bila jadi pak cik cleaner sekolah?" soalnya sinis.

"None of your busnisses."

"Woah, speaking. By the way I just want to say this. I pray for your success in being cleaner. Got to go, bro" Aryan ketawa besar.

Iman mengetap gigi. Syafiq yang selalunya brutal kini tampak begitu serius dalam setiap tingkah lakunya. Sumpah, setiap kali dia bersua muka dengan Aryan, perasaan benci itu semakin bercambah dan sukar untuk dilenyapkan.

Muhammad Aryan bin Harun, ketua pengawas SMK Golden Teen. Sudah beberapa kali Syafiq dan Iman dijatuhkan hukuman kerana laporan Aryan kepada pengetua. Antaranya, merokok, ponteng sekolah, membuli pelajar lain dan yang paling teruk ialah perkara yang langsung mereka tidak lakukan, mencabul.

"Bodoh Aryan. Kalaulah aku kaya, aku dah lama saman dia. Biar dia tahu apa rasanya jadi ditindas." Syafiq memuntahkan amarahnya.

Iman hanya mendiamkan diri. Seteruk-teruk sakit di hatinya, parah lagi hati Farish yang sentiasa menanggung hukuman atas laporan Aryan.

******

"Awak buat apa dalam tandas perempuan ni?" soal Faiqa tidak tentu arah.

Aku memandang ke arah gadis bertubuh kecil molek di hadapanku. Keningku terangkat sedikit apabila dia menyatakan ini tandas perempuan. This can't be the female toilet.

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Ini tandas lelaki, jadi apa kau buat kat sini?" soalku tenang. Wajahku tetap sama, bengis. Tiada senyuman, tiada sisi ceria terserlah pada wajah. Aku bukannya kanak-kanak riang yang akan tersenyum hampir semua masa.

"Mana mungkin saya salah. Saya pasti ni tandas perempuan. Awak yang menceroboh tandas perempuan. Mengaku sekarang yang awak..." Faiqa menjeda.

Keningku terangkat sedikit. "Aku apa? Aku mengintai pelajar perempuan?"

Faiqa mengangguk perlahan. Wajah bimbangnya tetap terserlah.

"Haa betullah. Haa memang aku mengintai pelajar perempuan pun. Aku teringin nak tahu apa diorang buat dalam tandas ni.." bohongku.

"Macam laa aku tak ada kerja lain nak skodeng anak dara orang," gumamku lagi.

"Eeee pervert!"

Faiqa terus melarikan diri dari situ. Setibanya dia di hadapan tandas, dia berlanggaran dengan seseorang. Hampir sahaja tubuhnya terdorong ke belakang namun sempat disambut seseorang. Aku dengan tenangnya berjalan keluar dari tandas dan ternampak seseorang.

Yeah, this is not the best day ever.

******

"Awak tak apa-apa?" soal Aryan prihatin.

Faiqa pantas bertindak apabila menyedari lengannya dipegang oleh jejaka tampan itu. Lelaki berseragam biru bersama tag nama 'Ketua pengawas' tersemat di dada.
Aryan terkedu. Ini kali pertama perempuan menolak pegangannya.

"Terima kasih, saya tak apa-apa." Faiqa berura-ura untuk pergi.

"Nanti dulu!"

Faiqa menoleh.

"Kenapa awak masuk tandas lelaki ni?" soal Aryan dalam kebingungan. Tak pernah dibuat orang, perempuan masuk tandas lelaki.

Faiqa memandang signboard di pintu tandas yang mempamerkan dua patah perkataan iaitu 'Male Toilet'.

'Astaghfirullahalazim!' aku segera beristighfar.

"Weh perempuan!"

Kedengaran satu suara garau dari arah pintu tandas lelaki. Faiqa menoleh dan menginjak ke belakang beberapa langkah apabila melihat seorang jejaka keluar dengan wajah bengang.

"Err awak.."

Aryan yang berada disitu memerhatikan keadaan. Wajahnya pantas berubah apabila melihat seseorang yang amat dibencinya.

******

Mata aku fokus pada gadis itu. Wajah Aryan langsung tidak dipandangku. Benci aku tengok dia. Muka macam sotong kena celup tepung. Putih tapi tak kacak. Alamak, terjahatlah pula mulut ni.

"Eh perempuan! Ini kau kata tandas perempuan? Kau ni kalau rabun tu pakailah cermin mata. Biar betul sikit mata kau tu!"

Tergores hati Faiqa dibuatnya.

Aryan yang menyaksikan kejadian itu pantas menggunakan pangkatnya sebagai ketua pengawas. Tubuhnya yang agak besar daripada Faiqa itu berhadapan denganku.

"Kau apahal?" soalku tidak puas hati.

"Dengan perempuan pun kau nak cari hal?" Itu dia Hero Malaya acah budiman.

"Kau tak payah nak sibuk."

"Kenapa? Kalau aku tak ada mesti kau dah naik tangan kan? Kau memang suka buli orang. Aku tak fahamlah dengan kau ni Farish. Asyik-asyik nak buat hal. Ikut aku pergi bilik guru disiplin sekarang." Aryan membebel tanpa henti. Akhirnya keputusan keluar tanpa disangka-sangka.

Aku mengeluh perlahan. Dahlah kena hukuman cuci tandas. Tak perlulah ditambah lagi hukumannya.

"Ermm awak boleh masuk kelas ya.." lembut suara Aryan bertutur di hadapan Faiqa. Muka dimaniskan dengan senyuman lebar.

"Kejap.."

Aryan meniup hujung rambutnya yang terjuntai di dahi. Geram sungguh dia dengan perangai si Farish ni.

"Apa lagi kau nak?"

"Sebelum kau menghukum aku, make sure kau tahu dosa memfitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh." Kain buruk yang tadinya digenggamku dilempar pada muka Aryan.

Naik angin jejaka itu dibuatnya. Faiqa yang menyaksikan kejadian itu tertawa kecil namun serta merta terdiam apabila aku merenungnya. 'Nahas kau kalau aku jumpa lagi,' mulutku terkumat-kamit berkata tanpa suara. Ya, tujuannya untuk menakutkan gadis itu.

Dia memang patut takut.

Kerana aku Farish Adham, budak setan.

******

TBC

Diedit semula pada 3 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now