BAB 44 : Aku Minta Maaf

1.8K 198 1
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 44 : Aku Minta Maaf

Aksi kejar mengejar berlaku di tangga. Panik kami bertiga dibuatnya tatkala melangkah menuruni anak tangga kerana jurang antara kami dengan lintah darat itu tidak jauh beza.

Setibanya kami di kawasan parking, aku tercari-cari kunci motor yang sempat aku sambar tadi di dalam poket seluar. Ketika itu, Fazimi sudah ditarik salah seorang daripada lintah darat. Lelaki itu cuba melawan namun kudratnya tidak mampu melawat kudrat lima orang lelaki lain.

Tangan aku pula mula menggelabah mencari. Apabila melihat Fazimi dibelasah teruk oleh lelaki-lelaki berkot hitam itu, Faiqa menangis kepiluan. Dia cuba untuk menyelamatkan satu-satunya abang kandungnya. Matanya laju mengimbas keadaan.

"Nak atau tak, kau kena belajar juga benda ni. Kalau apa-apa jadi, kau boleh lindung diri kau sendiri."

Faiqa tersenyum. Seperti yang diajar Farish, dia menendang bahagian sulit salah seorang daripada musuh. Kata Farish, itu bukan sahaja kelemahan orang lelaki. Ternyata lelaki itu tumbang hanya dengan satu tendangan.

Inilah sebabhnya aku mengajar Faiqa seni mempertahankan diri. Aku tersenyum bangga melihat dia mampu menumbangkan seorang lelaki bertubuh sasa.

Tendangan kedua dihayun tepat pada kepala lelaki yang mencengkam kolar baju Fazimi. Seperti mangsa yang tadi, lelaki itu turut jatuh terjelopok ke tanah.

Tepat pada masanya, Iman tiba di pekarangan rumah aku dengan sebuah motor. Entah motor siapa dia curi. Iman mengepal penumpuk. Setibanya dia di situ, dia terus melancarkan serangan ke atas tiga orang lelaki itu.

Setelah sekian lama mencari, aku akhirnya menemui kunci. Disebabkan panik punya pasal, aku lupa aku letak kunci tu di dalam jaket yang dipakai. Enjin motor dimulakan. Yeah, aku bersorak kegembiraan.

"Mana kau nak lari haa?" Tiba-tiba beberapa orang lelaki menarik pergelangan tangan aku dengan kasar.

Tak guna! Ada lagi anak buah Along ni. Buku lima kanan sudah digenggam. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus menumbuk lelaki itu sehingga jatuh. Seorang demi seorang menjadi mangsa tumbukan padu aku.

Salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau lipat daripada seluar. Mata aku membulat apabila mata pisau itu menghiris lapisan kulit pada lengan aku. Pun begitu, aku terus-terusan melancarkan serangan. Buat kali terakhir, aku menendang perut lelaki itu sehingga darah tersembur keluar daripada mulutnya.

Lelaki itu masih tidak mengalah. Pisau dihala ke arah aku. Aku pula sudah semakin lemah dek kekurangan darah. Aku memejam mata. Kepala aku terasa pusing.

Aku ingat pisau itu akan menghunus tubuh aku. Ternyata sangkaan itu silap sama sekali apabila seseorang menendang pergelangan tangan lelaki itu sehingga pisau itu terpelanting ke tepi. Aku melihat ke arahnya. Faiqa.

Gadis itu kemudiannya menendang lelaki itu di perut. Senak jejaka itu dibuatnya sehingga tumbang dalam sesaat selepas ditendang.

"Awak!" Walaupun pandangan aku sudah mula kabur, aku yakin gadis itu menangis. Kalau tadi aku yang menggenggam tangannya, kini tangan aku pula digenggam erat.

"Farish kena pergi hospital. Bro, kau pergi dengan Faiqa. Aku pergi dengan Farish," arah Iman.

Sebagai sahabat, dia lemah apabila melihat teman karibnya itu dalam keadaan sebegitu. "Pegang aku kuat-kuat Farish."

Aku hanya tersenyum tawar. Sepanjang perjalanan aku hanya meletakkan kepala di belakang Iman. Tangan kiri aku memeluk pinggang Iman sementara tangan kanan pula sudah terasa kebas. Darah asyik keluar tanpa henti.

Setibanya kami di hospital, aku terus pengsan.

******

"Macam mana keadaan Farish?" soal Yazid dilanda kerisauan. Selepas dia dapat tahu Farish cedera disebabkan lintah darat, dia terus berlari ke hospital.

Iman menggenggam penumbuk. "Kenapa kau nak tahu? Tak cukup kau buat dia macam ni? Disebabkan kau, Farish yang kena. Kau tahu tak?"

Bahu Yazid ditolak kasar berkali-kali. Jelas api kemarahan menyala di dalam mata jejaka itu. Faiqa cuba menenangkan Iman dengan kata-kata namun sia-sia. Lelaki itu terlalu mengikut perasaan. Yazid ditumbuk kuat sehingga jatuh terduduk Yazid dibuatnya.

Kolar baju Yazid digenggam kuat oleh Iman untuk memaksanya bangun. Faiqa cemas.

"Awak, sabarlah. Bergaduh tak membawa apa-apa kebaikan pun. Benda dah jadi pun," kata Faiqa. Lengan Iman ditarik.

Kalaulah Fazimi ada sekali, tentu dia akan menghalang situasi ini daripada berlarutan. Masalahnya, Fazimi turut tercedera sebentar tadi. Jadi, dia menerima rawatan kecil daripada jururawat.

"Iman, stop it.."

Ketiga-tiga mereka menoleh. "Farish!"

Wajah pucat aku menjadi tatapan mereka. Lengan aku yang berbalut menjadi tanda tanya. Yazid melihat aku. Setelah beberapa minggu, ini kali pertama aku berjumpa dengan dia semula.

"Farish, aku minta maaf."

"Kau takkan buat benda tu tanpa sebab kan?"

Yazid mengangguk.

Itu sahaja sudah cukup membuatkan aku tersenyum. "Aku tahu tu. Kau takkan buat kalau kau tak ada sebab. Kita boleh cari duit sama-sama untuk bayar balik duit tu tapi kenapa kau perlu larikan diri?" Nada aku kedengaran sedih sedikit dengan sikap Yazid.

"Aku.. aku.."

"Lupakan semua benda tu. Aku akan bayarkan hutang sepuluh ribu tu."

Kali ini semua mata memandang ke arah figura yang berplaster di dahi itu. Membulat mata Fazimi apabila semua disitu memandang ke arahnya.

"Apa?"

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now