BAB 50 : New Family

2K 211 23
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 50 : New Family


Alhamdulillah, segalanya telah kembali seperti sediakala. Hubungan Faiqa dengan ahli keluarganya sudah sembuh dirawat kejujuran Farhan. Malah, mereka juga menyambut meriah kehadiran aku seperti salah seorang saudara akrab yang sudah lama tidak bertemu. Sikap Puan Zafira yang pada mulanya hanya memandang rendah terhadap diri aku bertukar seratus peratus apabila mengetahui kebenaran. Dia melayan aku seperti anak kandungnya sendiri. Encik Fahmi yang merangkap bapa mertua aku pula masih tidak lepas dengan ucapan terima kasihnya kerana menjaga puteri bongsunya sepanjang tempoh berpisah jauh.

Lelaki tua itu mengakui kesilapannya yang cepat menjatuhkan hukuman ke atas Faiqa selepas terdengar khabar angin negatif mengenai gadis itu. Rasa serba salah menjentik tangkai hatinya.

"Tak apalah pakcik. Nak buat macam mana kan? Benda dah jadi, tak boleh buat apa pun. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kita mulakan kehidupan baru." Aku tersenyum. Entah mengapa semua wajah disini menyenangkan aku. Riak gembira jelas terpancar di wajah mereka. Aku senang melihat mereka begitu.

Cuma, hanya Faiwa sahaja yang masih memendam dendam di hati. Susah sangat aku nak tawan hati kakak ipar aku ni. Aku ketawa kecil. Kelakar pula aku rasa bila teringatkan status Faiwa.

"Kenapa awak gelak?" soal Faiqa yang duduk di tepi. Ketika itu tumpuannya sedikit terganggu apabila terdengar jejaka itu ketawa secara tiba-tiba. Nasi di dalam mangkuk besar itu dicedok lalu dibubuh ke dalam pinggan Farish.

Aku hanya menggeleng. Pandangan aku beralih pada Faiwa. Jeling-jeling pula dia ni.

"Eh dik, suami kau ni memang jenis tak betul eh? Gelak tiba-tiba macam orang gila." Faiwa membantutkan pergerakan Faiqa. Seraya itu kedua-dua orang ibu bapa mereka terus memandang Faiwa yang celupar mulutnya.

"Apa?" Faiwa mendengus kasar.

Faiqa tersengih. "Kalau dia gila pun apa salahnya? Orang gila ni bahagia tau. Kau apa tahu? Asyik nak dengki je kerja." Akhirnya dia duduk di tempatnya semula. Puas dia menjeling Faiwa yang turut menjelingnya semula. Bagaikan mahu tersembul keluar biji mata mereka dibuatnya.

Encik Fahmi berdehem. "Depan rezeki pun nak gaduh ke? Tak baik tau."

"Adik ni haa."

"Eh apa aku pulak?"

"Iyaa kau tu yang mula dulu."

Aku ketawa lagi. Gila aku dibuatnya kalau biar kedua-dua mereka terus bergaduh. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kenapalah Fazimi tiada bersama hari ini? Kalau dia ada bersama, bolehlah dia menghentikan pergaduhan adik beradik ni daripada terus berlarutan.

"By the way, kamu berdua tak nak pindah masuk sini ke? Tinggal sekali dengan abah dan umi," umi yang daripada tadi hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara.

"Whatt? Umi, no!"

Sudah pasti, ada yang tidak bersetuju.

Masing-masing memandang ke arah Faiwa yang tegas berkata 'no' sebentar tadi. Renungan tajam Encik Fahmi membuatkan Faiwa menunduk pasrah.

"Tak pe laa umi. Kitorang dah ada tempat tinggal tetap. Umi janganlah risau," aku yang sudah mula menyesuaikan diri dengan memanggil Puan Zafira sebagai 'umi' hanya tersenyum lebar.

Kedua-dua pasangan tua itu saling berpandangan. Lama kelamaan mereka hanya mengangguk mengalah walaupun hakikatnya mereka tidak mahu berjauhan dengan anak sendiri. Wajah Encik Fahmi yang tiba-tiba masam mencuka menimbulkan tanda tanya dalam diri aku. Serba salah aku dibuatnya. Adakah lelaki itu merajuk kerana kami tidak mahu tinggal bersama dengannya?

"Kenapa muka abang macam tu?" soal Puan Zafira yang turut perasan akan perubahan air muka suaminya itu.

Encik Fahmi mendiamkan diri. Tidak lama kemudian barulah dia berkata, "Abang cemburu."

Berkerut dahi kami semua dibuatnya. "Kenapa abah cemburu?" Kali ini Faiqa pula bertanya. Tidak pernah dia melihat ayahnya itu begitu kerana Encik Fahmi bukanlah seorang yang mudah cemburu.

"Abah cemburu sebab Farish panggil mak kau umi, sedangkan abah hanyalah pakcik."

Lahhh..

Berderai ketawa kami dibuatnya. "Apa punya menantu la kau ni. Berat sebelah." Seraya itu Faiwa turut ketawa. Lengan aku dipukul kasar. Aku mengaduh. Lengan aku yang dipukul itu dipegang lalu dijauhkan daripada Faiwa.

Aku tergelak kecil. Belakang leher aku diusap beberapa kali menahan malu.

"Oh ya Farish. Ibu bapa kamu dekat mana sekarang?" soal Puan Zafira dengan senyuman.

Senyuman aku pula yang mati tatkala soalan itu diutarakan. Bayangan kedua-dua ibu bapa aku serta-merta menjengah minda. Aku rindu arwah ibu dan aku benci ayah.


"Ibu saya dah meninggal tahun lepas. Ayah saya..."

Aku terdiam. Suara di kerongkong tersekat. Kalau boleh aku tidak mahu bercakap mengenai lelaki yang menimbulkan huru-hara dalam keluarga aku. Aku tidak pernah menganggapnya sebagai seorang ayah semenjak tangannya naik ke muka arwah ibu. Dayus, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap ayah.

Belum sempat aku mahu bercakap apa, tangan aku diraih Faiqa lalu digenggamnya lembut. "Tak perlu cerita kalau awak tak nak. Setiap orang ada kisah tersendiri kan?" Senyuman yang terukir di bibir gadis itu membuatkan hati aku lega.

"Betul tu Farish. Kamu tak perlu ceritakan pada kami kalau kamu tak nak. Kami tak akan paksa." Giliran Encik Fahmi pula untuk menyakinkan aku. Aku hanya mengangguk perlahan. Biarlah kisah ayah terkubur begitu sahaja. Entah masih bernyawa atau tidak, tuhan sahaja yang tahu.

"Umi, abah.. kalau saya nak minta sesuatu boleh?" Aku menyoal cemas.

"Apa dia?" Terangkat kening Puan Zafira dibuatnya tika itu.

"Arwah ibu saya selalu panggil saya dengan gelaran Ad sebab saya tak ngam dengan nama Farish masa kecil. Jadi, boleh tak umi dan abah.."

Puan Zafira terlebih dahulu memotong kata aku. "Boleh sayanggg.. apa salahnya."

Aku tersenyum. Keluarga baharu, suasana baru. Sejujurnya, aku bahagia.

"Terima kasih."

Suasana bahagia itu dipotong Faiwa yang kelaparan. "Tak, masalahnya bila kita boleh makan ni?"

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now