BAB 3 : Musuh Abadi

3.1K 291 36
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
• ~ •

BAB 3 : Musuh Abadi

Seorang jejaka berambut tercacak itu membuatkan aku sesak nafas hanya dengan memandangnya. Dengan senyuman sinis dibibir, aku disapanya dengan penuh rasa bongkak. Selama setahun lebih aku menghuni sekolah Golden Teen ni, hidup aku tak pernah bermakna dengan kehadiran dia.

Sumpah, aku benci kau Aryan.

"Tengoklah siapa yang datang.. Budak setan tu," ujar Aryan sinis.

"Both of you never stop mess around. It's makes me feel dizzy but I enjoy it. Hahaha!" Sahut Lim, teman karib Aryan. Lim menggalas jawatan sebagai ketua pusat sumber sekolah. Tidak dinafikan kawan rapat Aryan semuanya menyandang jawatan tinggi dibahu.

Hakim, ketua disiplin. Hisham pula memegang jawatan penolong pengawas kedua. Tapi aku tak kisah dengan jawatan mereka. Sebab apa? Sebab aku tak batak. Golden Teen dalam perjalanan ke laut disebabkan wujudnya pemimpin-pemimpin seperti mereka.

"Weyh kau nak aku sepak muka dia tak?" pelawa Syafiq, hilang sabar.

"Atau kau nak aku tumbuk muka dia kasi pecah?" soal Iman pula.

Nampaknya kedua-dua teman karibku pula yang terasa bahang sikap poyo milik Aryan. Selalunya mereka menyerang bersebab. Aryanlah penyebabnya. Tenang, teman.

"Tak payah. Kita kasi anjing menyalak tanpa disahut. Aku penat nak gaduh." Suara lantangku mula berbicara menenangkan temanku.

Aryan yang terdengar kata perlian itu terasa tercabar. Matanya memandangku dengan penuh perasaan benci. Aku hanya memandangnya dengan ekspresi 'kau pahal?'

"Kau ingat sikit Farish. Aku ni ketua pengawas dan aku ada kuasa untuk buang kau dari sekolah," ujar Aryan, kedengaran mengugut.

Alahai, goyahnya aku.

"Go ahead. Kau nak buang aku? Buang ar. Kau fikir aku kisah ke dengan sekolah buruk ni? In your dream, idiot." Aku terus berlalu pergi. Bertekak dengan Aryan hanya membazirkan air liur aku yang berharga. Lebih berharga daripada rupa sekerat Aryan.

"What the he--"

"say boo to you, mr head prefect!" Syafiq menjelir lidah.

"Lim kau tengok tu.. Kalau dah budak jahat, macam tulah gayanya. Tak apa. Ada lori, ada bas. Ada hari, aku balas!" Aryan mengenggam penumbuk penuh geram.

"LOL, guna pantun budak-budak. Tak kreatif langsung. You better practice again at home okay?" Kali ini giliran Iman pula membidas. Bahu Aryan ditepuk kasar. Wajahnya tenang memandang Aryan sebelum bertindak meninggalkan dua teman berpengaruh besar itu sendirian.

Lim memandang Aryan. "I'm so sorry but this is fake love~"

"Can you shut up Lim?"

"...."

******

"Weyh, nanti cuti kau balik mana?" soal Nana ingin tahu.

"Entahlah. Mungkin Pahang?" ujar Faiqa dengan senyuman nipis menghiasi bibir.

Nana memerhati wajah temannya itu. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Faiqa daripadanya. Wajah Faiqa tampak sugul saat ditanya lokasi percutiannya sepanjang cuti seminggu ini.

"Wahh! Pahang? Best ar kau. Dapatlah berjalan juga. Aku ni duduk rumah je. Ayah aku busy kerja," kata Nana cemburu.

"Best mende nya? Kalau pergi sana pun mesti kena pulau. Hmm.." gumam Faiqa sendiri namun mampu didengari oleh Nana.

"Siapa pulau?"

"Mak dengan kakak akulah." Jujur Faiqa berkata.

Nana mengangguk perlahan. "Kenapa diorang pulaukan kau?" soal Nana lagi.

Sebab umi lebih sayangkan kakak. Umi tak sayang Iqa.

Faiqa tersenyum. "Entah. Dah ar, jangan cakap pasal ni. Hilang mood aku nak borak dengan kau nanti."

"Kalau aku boleh ikutkan bagus. Kita boleh karok sama-sama dalam bilik. Yahoo!" Nana mengibas-ngibas tangannya ke udara seolah-olah cowboy in version girl.

"Ya Allah, Nana.. malulah sikit dekat orang. Kau ni pun tak serupa perempuan aku tengok." Faiqa memerhati sekeliling. Kebanyakkan pelajar di dalam kelas itu lebih khusyuk memerhatikan mereka. Fuh, penangan gaya cowboy si Nana.

"Biarlah diorang tengok. Orang tadak life"

"Woi."

"I'm saying the truth okay?"

"Yela yela." Akhirnya Faiqa mengaku kalah. Susah betul mahu berdebat dengan Nana. Asyik-asyik dia saja yang menang.

******

1 tahun 6 bulan 23 hari..

Aku masih menghitung. Bingkai gambar itu diambil dan ditatap lama. Titisan air mata jatuh membasahi cermin bingkai gambar. Oh tidak, aku berjanji tidak akan menangis lagi disebabkan hal ni.

Kunci motor yang tersangkut elok di tempat menggantung kunci diambil. Jejaka bertubuh kurus dan tinggi di hadapanku menatapku sekilas pandang sebelum bertanyakan arah tuju.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Yazid, teman serumahku. Sudah beberapa bulan dia menyewa bilik dirumah ini. Aku baru sahaja berkenalan dengannya tiga bulan yang lepas. Al-maklumlah, aku sering berpindah-randah dan tidak mempunyai rumah tetap.

"Jumpa someone. Kenapa?" soalku.

"Tolong belikan aku rokok. Aku punya dah habis," pinta Yazid sementara matanya meliar mencari dompet.

"Tak yah ar. Aku pergi lama. Dalam dua tiga hari aku balik. Nah, rokok. Aku tak rasa macam nak hisap rokok sekarang," ujarku pula sambil menghulurkan sekotak rokok yang masih baru kepada Yazid.

Yazid terpinga-pinga. Syoklah tu, Farish tiba-tiba baik.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab Yazid.

Motor dihidupkan enjin dan terus membelok laju di permukaan jalan raya. Ngauman enjin kedengaran jelas di pendengaran sehinggakan setiap kenderaan di jalan raya itu memandang ke arah aku. Tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain, aku terus memecut dengan kelajuan maksima. Yeah, Farish nak mati awal.

*******

TBC

Diedit semula pada 3 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now