BAB 25 : Nak Dukung

2.2K 221 30
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 25 : Nak Dukung

Jam 5:50 pagi, aku bangun dari lena. Bahu aku terasa sengal seperti ada beban yang menghempap. Dalam kegelapan itu, aku masih boleh nampak dengan jelas gerangan yang melentokkan kepalanya pada bahu aku.

Wajah kami amat rapat ketika itu. Entah apa yang menghasut diri, jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Mata aku tertumpu pada bibir mungil merah delima milik Faiqa. Aku tak pernah bernafsu pada seorang perempuan sebelum ini. Mengapa sahaja tiba-tiba?

"Ehemm.. sorry lah ganggu tapi aku tak mampu tengok drama macam ni pagi-pagi buta."

Mata aku berpaling ke arah suara itu. Syafiq tersengih melihat aku. Wajahnya pucat itu kelihatan ceria meskipun menanggung seribu satu derita kesakitan.

Aku pantas menolak kepala Faiqa jauh dari bahu aku sehingga membuatkan gadis itu tersedar dari lena. Erangan kecil melintas di bibirnya apabila kepala terhantuk pada lengan sofa.

"Awak dah kenapa?" soalnya dalam kebingungan. Suara kecilnya membebel marah.

"Eee lenguh bahu aku. Kepala batu ke apa?" Aku pantas menyerangnya.

Syafiq mengukir senyum kecil tatkala menyaksikan adegan gaduh kedua-dua suami isteri itu. Tercuit sedikit hatinya apabila melihat Farish, si hati batu itu bermanja-manja dengan isteri walaupun ianya sekasar-kasar manusia.

"Farishh.."

"Hm?" Aku melirik ke arah Syafiq. Pergaduhan antara aku dan Faiqa automatik terhenti. Gadis itu seperti mahu menyambung kembali tidur.

"Iman ada lawat aku tak?" soalnya mengharap.

Aku mendengus kasar. "Tak payahlah kau tanya pasal jantan tak guna tu. Dia tak kisah kalau kau mati sekalipun," ujarku kasar.

"Hmmm.."

"Farishh.."

"Apa?" soalku kasar.

"Aku dah lama tak solat. Boleh tak kalau kau tolong aku solat?" soalnya dengan pandangan sayu. Air matanya hampir bergelinang namun seakan ditahan agar tidak tumpah.

Aku teragak-agak. Bagaimana aku mahu membantu orang sedangkan aku sendiri sudah lama meninggalkan ibadah suci itu. Aku memerhati Syafiq.

"Kau kan sakit, macam mana kau nak solat?" soalku.

Syafiq ketawa kecil. "Itulah kau. Rajin sangat ponteng sekolah. Kan ada solat ketika sakit. Gunalah cara tu." Ujarnya pula. Aku menggaru kepala. Tiba-tiba, aku menyesal pula tidak hadir ke sekolah selalu.

"Okey," kataku, sekadar bersetuju.

"Tapi tunggu jap. Aku nak solat dulu."

Syafiq hanya mengangguk perlahan. Faiqa yang kembali dibuai mimpi itu aku tepuk pipinya perlahan. "Nak apa?" Suara mamainya menyapa gegendang telingaku.

"Jom solat."

"Nak dukung," pintanya, masih mamai.

"Abah kau. Aku kira sampai tiga, kalau tak aku humban kau dalam kolam."

Syafiq ketawa.

Dengan malasnya Faiqa bangkit dari lena. Dia berjalan membuntuti aku dengan mata yang tertutup. Disebabkan takut dia terlanggar benda, aku pun memegang pergelangan tangannya lalu kami berdua berjalan menuju surau.

******

Keesokan harinya, aku dan Faiqa ke sekolah bersama-sama. Walaupun ramai mata yang memerhati tindak tanduk kami, aku hanya tenang mengendahkannya. Sesekali aku menghunus pandangan tajam ke arah mereka sehingga tertunduk kepala dibuatnya.

Perhimpunan pagi tamat tepat pada waktu ketibaan kami di sekolah.Faiqa melambai aku sebelum dia masuk ke dalam kelas. 'Ceria betul perempuan ni,' bisik hati kecilku. Aku tetap dengan tembok keegoan aku ; langsung tak senyum.

Aku berjalan menuju ke arah kelas. Seperti biasa, kelas sudah mula dibanjiri pelajar-pelajar lain yang bersemangat untuk belajar. Meja di sebelah aku didiami seorang perempuan Cina dan bukannya Iman.

Mata aku mencari jejaka itu. Kelibatnya kelihatan di meja bahagian belakang sekali. Dia seperti mengelak daripada memandang aku jadi aku membuat keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Sesekali aku melihat ke luar tingkap. Hati aku melonjak marah apabila ternampak Ikhwan dan sepupu-sepupunya yang lain lalu di hadapan kelas. Aku melihat perubahan reaksi Iman. Tidak pernah jejaka itu menunjukkan reaksi dalam ketakutan sebegitu sepanjang mengikat tali persahabatan dengannya.

"Mesti ada something yang jadi." Aku menggumam.

******

Faiqa berjalan menuju kantin berseorangan pada hari itu. Nana tidak dapat menemaninya kerana ada tugas di perpustakaan sebagai seorang pengawas pusat sumber. Tiba-tiba, namanya dipanggil dari arah belakang. Bagaikan terkena serangan elektrik dia menoleh.

"Mana kawan kau?" soal aku sebaik sahaja mendapatkan Faiqa yang berjalan berseorangan.

"Awak ni buat saya terkejut ajelah. Lain kali, boleh tak bagi salam dulu. Lemah jantung," kata Faiqa sambil mengurut dadanya yang masih berdegup kencang dek sergahan secara tiba-tiba itu.

Aku mengukir senyum sinis. "Macam nenek je kau ni. Lemah semangat," perli aku lalu ketawa kecil.

"Kalau saya nenek, awak atuk." Giliran Faiqa pula untuk ketawa pada kali ini. Tiba-tiba, tawa rianya mati. Matanya meliar di sekeliling.

"Saya pergi dulu," ucapnya.

Aku berkerut dahi. Belum sempat dia membuka beberapa langkah aku sudah menyambar tangannya. "Kau kenapa?" soalku kehairanan.

"Lepaslah. Orang tengok," katanya sambil bergelut untuk melepaskan diri.

"Tengok tu, budak setan buli perempuanlah."

"Ishh, dengan perempuan pun dia nak buli ke? Tak patut betul."

"Dayus punya lelaki."

Aku berdecit. "Peduli apa aku." Aku memegang pergelangan tangan Faiqa erat lalu menariknya agar mengikuti aku. Tingkah lakuku itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pelajar-pelajar lain.

"Awak lepaslah. Diorang pandanglah."

Aku hanya mengendahkannya. Entah siapa yang sibuk masuk campur urusan aku sehingga sanggup menarik Faiqa kembali. Aku mencerlung ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan Aryan, musuh sejati aku.

"Lepaskan dia," arah Aryan, tegas.

"Jaga urusan kau, Aryan."

"Urusan aku?" Aryan menyoal.

Dia menghambur ketawa sinis. Jarinya menunding ke arah Faiqa sekaligus membuatkan gadis itu tersentak. "Dia urusan aku."

Amarah di dalam diri menggelegak dek titisan berapi dari neraka. Rambutku yang terjuntai di dahi ditiup rimas.

"Kau betul-betul nak lawan aku, huh?" soalku.

"Why not?"

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now