BAB 52 : Secret

2K 189 13
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 52 : Secret

"Ada apa datang sini hari ni? Bukan esok ada kem ke?" Soalan itu terpacul keluar daripada mulut Puan Zafira apabila melihat anak gadisnya itu datang bersama suami pada awal pagi sebegini.

"Anak umi ni ingat nak duduk dengan umi sehari sebelum bertolak ke sana. Farish nak tidur pun tak senang pagi tadi. Lepas solat Subuh kami terua datang sini," kata aku jujur. Kau tak tahu macam mana rasanya 'urutan' si Faiqa. Sungguh berbisa sehingga sakit keseluruhan badan aku dibuatnya.

"Ada-ada sajalah kamu ni. Dah ada suami pun masih mengada-ngada macam budak-budak. Masuklah dalam. Abah dekat dalam," ujar Puan Zafira sambil mencuit hidung anak bongsunya itu.

"Abah! Iqa in daa housee-"

Buk!

Tempurung kepala terasa retak. Waduh, sakitnya! Faiqa pantas berpaling ke arah Faiwa yang berpura-pura tidak bersalah selepas mengetuk kepalanya tadi. Jelingan maut dihadiahkan.

"Orang masuk rumah bagi salam dulu, bukannya bertempik macam orang gila. Siapa ajar kau?"

Faiqa tersengih. Walaupun kata-kata Faiwa itu kedengaran sinis di pendengarannya, namun apa yang diperkatakan itu ada benarnya juga. Siapa masuk rumah menjerit-jerit?

"Assalammualaikum!"

Encik Fahmi tersenyum lebar. "Macam ni barulah anak abah." Lelaki tua itu berjalan menuju ke arah Faiqa dan Faiwa. Kepala kedua-dua anaknya itu diusap lembut.

"Jom breakfast sama-sama. Umi dah siap masak tu," celah Puan Zafira pula. Sengaja dia mahu memotong saat bahagia tiga anak beranak itu.

"Kacaulah umi ni," kata Faiqa seraya melepaskan ketawa jahat dalam hati apabila melihat perubahan reaksi wanita itu. Wah, merajuk nampaknya umi kali ni.

"Jomlah Farish. Umi nak tanya kamu banyak benda. Kita breakfast sama-sama ya," ajak Puan Zafira lalu menarik lengan aku agar mengikutinya ke dapur.

Faiqa ketawa. "Anak umi ni tak nak tanya ke?"

"Tak ingin."

Elele, umi merajuklah pula, desis hatinya. Faiqa berlari-lari anak ke arah ibu lalu pantas memeluk Puan Zafira daripada arah belakang. "Iqa minta maaf."

Puan Zafira tersenyum. Aku yang memerhati hanya tergelak kecil di dalam hati. Gelagat si ibu dan anak di pagi hari ini sudah cukup mencuit hati aku. Puan Zafira menghantar isyarat pada aku. Nampaknya wanita tua itu hanya berpura-pura merajuk.

"Tak nak kawan dengan kamu. Pergilah dekat abah tu. Kamu kan sayang abah lebih daripada umi," ujar Puan Zafira seraya menolak-nolak lembut tubuh Faiqa daripadanya.

"Haih, saya pula." Encik Fahmi ketawa. Dia menarik kerusi lalu duduk. Tanpa mempedulikan drama pagi itu, dia terus mengambil roti bakar yang sudah disapu jem lalu disua ke dalam mulut. Faiwa dan aku hanya mengikut jejak abah.

"Alaa umi, janganlah macam ni.."

Puan Zafira sudah tidak mampu menahan tawa. Dirinya mula lemah apabila nada Faiqa meleret. Kasihan pula dia melihat anaknya itu jadi monyok sampai begitu sekali. Akhirnya tawa dia meletus. Faiqa mengukir senyum.

"Hish.. umi ni," adu Faiqa sambil ketawa.

******

Keesokan harinya...

"Elok-elok yaa kat sana."

Puan Zafira dan Encik Fahmi memeluk Faiqa erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi. Selepas beberapa saat, mereka meleraikan pelukan. Puan Zafira menghadiahkan anak bongsunya itu sehelai sweater berwarna merah jambu manakala sweater biru kepada aku. Aku tersenyum apabila melihat Faiqa tersengih-sengih apabila mendapat hadiah itu.

"Jaga Faiqa baik-baik Farish." Aku hanya mengangguk.

Aku dan Faiqa berjalan menuju pagar rumah. Tak sampai beberapa langkah, Faiqa berpaling untuk melihat ibu bapanya di tangga rumah.

******

FAIQA POV

Hati aku mula berasa berat untuk meninggalkan rumah, terutamanya umi dan abah. Langkah aku terhenti. Farish memandang aku keliru.

"Kenapa? Ada apa-apa tertinggal?" soalnya.

Aku menggeleng. "Sekejap."

Beg di tangan aku hempas sahaja ke tanah. Aku berlari anak ke arah umi dan abah. Mereka juga terkejut melihat aksi aku itu. "Dah mula rindu ke?" Faiwa cuba berlawak.

"Mungkin." Aku ketawa.

"Umi, abah... Iqa.."

******

Back to Farish's POV

"Apa yang kau cakap dengan umi dan abah tadi?" soal aku ingin tahu.

"Secret." Aku dengar gadis itu ketawa. Haih, apa-apa sajalah Faiqa ni. Semakin hari semakin pelik tingkah lakunya. Suasana kembali sunyi tatkala pelajar-pelajar di dalam bas itu sudah terlena.

Tambah-tambah pula, hujan turun secara tiba-tiba. Memang sejuklah keadaan dalam bas yang sudah sedia berpenghawa dingin itu. Kini, hanya tinggal aku dan Faiqa sahaja yang masih belum jatuh lena. Perjalanan berlanjutan sehingga ke malam.

"Awak.."

"Hm?"

"Kalau saya cakap ni, awak janji tau jangan mencelah atau cut ayat saya."

"Hmm, okay." Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju. Tambahan pula, mata aku sudah mula memberat.

"Saya tahu selama ni saya banyak menyusahkan awak. Daripada awal perkenalan kita, sampailah hari ni. Saya tahu tu. Banyak sangat jasa awak pada saya. Saya nak minta maaf dan terima kasih untuk segalanya. Saya tahu awak tak akan suka ni tapi-" Faiqa menarik tangan aku lalu menyatukan kedua-dua tangan kami. "-saya teringin nak buat macam ni dengan awak, macam pasangan suami isteri."

Aku hanya mampu tersengih. "Kau ni sawan ke apa? Asal tiba-tiba je?"

Faiqa hanya menggeleng seraya memisahkan pegangan tangan antara kami. "Saja je."

"Siapa kata aku tak suka." Kali ini aku pula yang menarik tangannya lalu menggenggamnya dengan lebih erat.

"Awak.."

"Hm?"

"Saya sayang awak."

Aku terdiam sebentar. Entah kenapa aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Aku hanya tersenyum. Pipi Faiqa dicubit lembut. "Aku pun."

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now