BAB 21 : Kau Ada Aku

2.1K 226 42
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 21 : Kau Ada Aku

Sebaik sahaja tamat tempoh aku bekerja, aku segera pulang ke rumah. Telefon dibawa keluar dari poket seluar. Kelihatan beberapa mesej dan panggilan masuk di ruangan notifikasi.

"Siapa FA ni?"gumamku sendiri apabila melihat semua mesej dan panggilan tidak berjawab itu datangnya daripada seorang kenalan bernama 'FA'.

"Farish?" Tiba-tiba terfikirkan lelaki itu.

"Apa dia nak?" Hati mula tertanya-tanya.

'Biarlah.' Akhirnya Faiqa hanya menghiraukan segala panggilan dan mesej daripada jejaka itu. Hatinya masih terasa sakit apabila teringat kata-katanya.

Setibanya dia di hadapan rumahnya, kelibat seorang lelaki kelihatan di hadapan pintu rumah. Jejaka itu amat mencurigakan di matanya. 'Apa dia buat depan rumah aku ni?'

"Maafkan saya. Awak buat apa dekat depan rumah saya ni?" soalku senada.

Jejaka itu kaku apabila mendengar suara Faiqa. Dia terus berdiri lalu memalingkan wajahnya ke arah Faiqa.

******

Faiqa mendengus kasar. Tangannya pantas mencari kunci di dalam beg sandang lalu pagar rumah dibuka. Dia terus masuk ke dalam rumah sebaik sahaja tombol pintu dibuka.

Sebelum sempat Faiqa menutup kembali pintu rumahnya, aku menahan pintu itu dengan tangan. Terbeliak mata gadis itu dibuatnya apabila melihat tingkah lakuku.

"Awak ni memang nak hilang tangan ke?" soalnya geram. Wajah Faiqa benar-benar merah padam tatkala itu. Hatinya mula menyumpah jejaka di hadapannya itu.

"Bukan awak tak nak tengok muka perempuan murahan macam saya ke?" soal Faiqa sinis.

Aku terkedu. Ianya terlalu lambat untuk menyesali kesilapan lalu. Segala makian dan cacian yang aku lemparkan kepadanya ternyata meninggalkan bekas di hati gadis itu.

"Ke tepi tangan awak tu. Saya nak tutup pintu," kata Faiqa, masih berbaki amarahnya.

Aku melepaskan keluhan. Sesekali aku patut rendahkan ego diri. Aku memandang wajah merah padam milik Faiqa. Orang putih senang sahaja merah mukanya.

"Aku minta maaf," segala ego di dalam diri dibuang ke tepi.

Faiqa kelihatan tersentak apabila terdengar luahan maaf dari mulut aku. Reaksinya seolah-olah tidak menyangka bahawa aku akan memohon kemaafan daripada dirinya.

"Untuk apa?" soalnya.

Dahi aku berkerut apabila mendengar dia mula bertanya. "Yelaa, sebab kata kau perempuan murahan. Aku tahu aku salah. Aku tak mampu terima takdir yang kau tu.. er.. isteri aku."

Faiqa mengangguk perlahan. "Kalau awak betul-betul rasa bersalah dekat saya, boleh awak buat sesuatu untuk saya?" soalnya. Mata gadis itu kelihatan bersinar-sinar tatkala merenung aku.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now