BAB 18 : Syafiq Di mana?

2K 192 7
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 18 : Syafiq Di mana?

Aku masuk ke dalam kelas sebaik sahaja tamat waktu rehat. Sepanjang waktu sebelum rehat kami hanya berada di makmal komputer. Waktu Sains dan Bahasa Melayu dihabiskan dengan melepak di dalam makmal memandangkan guru mata pelajaran tidak hadir.

Aku tercari-cari kelibat Syafiq namun tiada. Jangan katakan kelibat, batang hidung pun tidak nampak. Beg sekolah juga turut hilang bersama. Aku mendengus kasar. 'Nak ponteng tak ajak aku,' keluh hati kecilku.

Meja Iman yang bersebelahan denganku dipandang sekilas. Jejaka itu seolah-olah mempedulikan kehadiran aku sejak dia menengking aku di hadapan sekolah pada pagi tadi.

Aku beralih ke belakang. Pelajar perempuan bernama Alia itu dipandang sekilas. Aku mengetuk mejanya agar dia memberi perhatian kepada aku. Dia terus memandang aku dengan reaksi takutnya.

Malah, teman-teman yang tadinya rancak berborak bersamanya juga turut terdiam apabila aku tiba.

"Kau pergi depan. Aku nak duduk sini," kataku senada. Wajah dingin tetap menghiasi wajah. 

"Tapi aku duduk sini. Cikgu kata--"

Aku terus menendang kerusinya. "Aku suruh kau bla, blah laa! Tu pun bodoh sangat tak faham ke?" Sinis nada aku berbicara. Tak pasal-pasal dia dijerkah aku.

Alia bergenang air mata. Akibatnya seluruh kelas melihat ke arah aku. Aku hanya buat bodoh. Sebaik sahaja Alia beredar dari situ, aku terus duduk di tempatnya. Aku tak mahu bersemuka dengan Iman. Tambahan pula, dia sudah buang aku dari hidup dia buat apa aku perlu hadap muka dia.

"Eee setan betullah dia ni."

"Tergamak dia buat Alia menangis."

"Tak tahu malu betul."

Telinga aku berdesing apabila terdengar segala komen buruk daripada perempuan-perempuan di kelas itu. Aku melemparjelingan tajam yang jelas mampu membuatkan seisi kelas terdiam.

Sebaik sahaja guru kelas masuk, semuanya kembali normal. Tanpa aku sedari, Iman melihat ke arah aku namun cepat-cepat dia melihat ke hadapan semula.

'Manalah kau Syaf.'

******

Nana tersenyum melihat Faiqa sedang asyik mendengar pengajaran guru. Sudah agak lama dia bersendirian di dalam kelas sejak Faiqa tiba-tiba tidak hadir ke sekolah beberapa minggu lalu.

"Weh balik dengan aku nanti." Pinta Nana sambil mengerdip-ngerdipkan mata bulatnya.

Faiqa tersenyum namun hampa. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menemani Nana pulang namun janji di antara dirinya dan Farish harus ditepati. Kalau tidak, matilah dia dikerjakan 'budak setan'.

"Maaf Nana. Aku ada hal lepas balik ni. Sorry tak dapat teman kau," ujar Faiqa terlebih dahulu memohon maaf.

Nana mengangguk perlahan. Terbit sedikit rasa kecewa di hati namun perasaan itu cepat-cepat dibuang jauh dari sudut hatinya agar Faiqa tidak perasan perubahan riak wajahnya.

"Tak apa. Aku faham. Lain kali jela kita balik sama-sama," kata Nana pula. Dia tergelak sendiri apabila melihat ekspresi bersalah yang dipamerkan Faiqa.

"Tak apalah. Kau ni. Janganlah risau. Aku faham kau ada hal. Lainlah kau ada hal, 'hal' dengan boyfriend." Nana tersenyum sambil ketawa kecil. Sekali sekala dia menutup mulut ketika ketawa. Cover ayulah konon!

Faiqa terbatuk-batuk apabila mendengar kata-kata teman baiknya itu. 'Boyfriend? Ini bukan boyfriend Nana sayang. Ini husband!' desis hatinya.

"By the way, kau tak cerita pun lagi macam mana cuti kau kat Pahang tu. Macam mana? Best?" soal Nana teruja.

Faiqa senyum kekok. "Best," sepatah dia menjawab.

"Untunglah kau. Dapat pergi melancong. Aku duduk rumah, terperap macam ayam golek." Nana mendengus kasar apabila teringatkan masa berharga yang diluangkan hanya dengan kerja-kerja di rumah. Apa-apa pun, dia bersyukur kerana mampu mengurangkan beban ibunya di rumah daripada duduk goyang kaki tanpa melakukan sebarang pekerjaaan.

"Heh.. untunglah sangat," gumam Faiqa namun sempat ditangkap telinga lintah Nana.

"Apa?"

Pantas Faiqa menggelengkan kepala menandakan tiada apa. Melihatkan gadis itu fokus akan pengajaran guru, Faiqa melepaskan keluhan berat.

'Perlu ke aku rahsiakan semua ni dari kawan baik aku sendiri?' hatinya tertanya-tanya. Sesekali dia memandang Nana yang selalu tersenyum. Rasa serba salah timbul di hati.

******

TBC

#251018

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now