BAB 4 : Cuti

2.7K 275 9
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
• ~ •

BAB 4 : Cuti

Selepas beberapa jam berada di dalam kereta, mereka akhirnya tiba di destinasi yang diingini. Faiqa menghirup udara segar buat beberapa saat sebelum dicampak beg pada bahagian kepala oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Faiwa. Intan permata dalam keluarga.

Faiqa mengeluh perlahan. Sakit di kepala dipedulikan. Kalau diikutkan hati mahu saja dia tarik tudung Faiwa sampai senget. "Kau ni tak reti nak angkat beg sendiri ke? Fikir aku kuli kau?" mulut berbisa Faiqa melancarkan serangan.

Faiwa tersenyum sinis. "Tak reti. Pehal? Nak ajar aku?" soalnya pula. Sengaja dia mahu menyakiti hati adiknya itu.

"Allah bagi kau tangan, angkatlah sendiri," bebel Faiqa membidas.

Beberapa saat kemudian, Puan Zafira muncul dengan dahi berkerut. Pening kepalanya melihat pertikaman lidah diantara kedua-dua anak perempuannya itu. Susah sungguh mahu melihat mereka berbaik apabila umur menginjak dewasa ini.

"Kenapa kecoh-kecoh ni?" tanya Puan Zafira.

"Kakak ni haa.." Faiqa sudah mula menunding jari ke arah Faiwa.

"Ehh apa aku pulak? Kau laaa.. Orang minta tolong angkatkan beg je pun, " balas Faiwa, tidak mahu mengalah.

Puan Zafira menggeleng kepala.

"Pasal tu pun nak gaduh? Macam budak kecil. Dah, Iqa tolong kakak bawa beg eh? Kita sebagai adik beradik kenalah tolong-menolong. Barulah aman institusi kekeluargaan," panjang Puan Zafira bermukadimah tetapi sedikit pun langsung tidak didengari oleh Faiqa.

Sakit hati sungguh dia pada kakaknya itu. Hari-hari ibu menangkan dia. Anak dengan keputusan yang lebih cemerlang sentiasa bermaharajalela di hati umi. Dia yang selalunya pulang dengan keputusan teruk di tangan diketepikan. Ibu jenis apa yang compared anak-anak berdasarkan result exam. Menyampah. Kalaulah abah dan abang ada bersama, bisik Faiqa di dalam hati.

'Astaghfirullahalazim, tak baik mengumpat.'

"Yela orang bawakan."

******

Seorang pekerja wanita di kaunter hotel itu menghulurkan kunci bilik kepada Puan Zafira. Wanita berusia separuh abad itu tersenyum manis seraya menyambut huluran tersebut. Langkah diatur menuju ke arah ruangan menunggu yang menjadi tempat istirahat anak-anaknya buat seketika.

"Kita dah dapat bilik. Bilik tu bertentangan je. Siapa nak duduk dengan umi? " soal Puan Zafira tersenyum riang.

"Iqa nak!" Faiqa menjerit kecil persis kanak-kanak teruja.

Faiwa mendengus kasar. "Ahh, kau duduk sorang-sorang. Aku nak duduk sebilik dengan umi." Pantas dia memotong mood Faiqa.

"Haa ambik laa. Ambik. Semua kau nak," ujar Faiqa berbaur merajuk. Kunci di tangan Puan Zafira pantas disambar.

Puan Zafira terdiam seketika. "Alahh umi, budak tu merajuk kejap je. Tak yah risaulah," kata Faiwa sekadar mahu menyedapkan hati ibunya itu.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now