FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 38 : Tinggal Bersama?
Mata spontan menghala ke arah pintu rumah apabila bunyi ketukan kedengaran. Siapa pula yang datang masa Magrib ni? Jangan kata saka belaan mak cik Syit? Alahai, macam-macam sangkaan tahyul dalam kotak fikiran aku.
Pintu rumah akhirnya dibuka. Perhatian aku tertumpu pada sebuah figura yang berdiri di hadapan pagar rumah aku. Kening aku terjongket spontan apabila ternampak abang kandung Faiqa datang ke rumah aku.
"Assalammualaikum."
Aku teragak-agak sebelum menjawab salam tersebut. "Waalaikumsalam, ada apa datang rumah ni? Faiqa---"
"Aku tahu dia ada dekat dalam. Boleh aku masuk?" soal Fazimi dengan nada tenang.
Entah mengapa dada aku terasa dicengkam kuat meskipun hanya ekspresi tenang dipamerkan oleh Fazimi. Pelbagai persoalan menyergah aku. Antaranya, macam mana Fazimi boleh tahu aku tinggal dekat sini?
"Silakan.."
*******
Faiqa yang baru sahaja selesai memakai baju selepas mandi keluar untuk memanggil suaminya solat Magrib bersama-sama. Hampir terkena serangan jantung dibuatnya apabila figura yang amat dikenalinya kelihatan.
"Abang buat apa dekat sini?" soalnya dingin.
"Abang nak jelaskan keadaan."
"Jelaskan apa lagi? Tak cukup ke abang khianat Iqa dengan rasa sangsi abang tu? Iqa tak nak dengar apa-apa pun. Abang keluar sekarang juga!" Fazimi langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan.
Faiqa benar-benar tersinggung dengan perbuatan Fazimi tempoh hari. Dia amat mengharap bantuan jejaka itu namun tanpa belas kasihan panggilannya ditolak begitu sahaja.
Aku yang duduk di antara dua orang adik beradik itu kaku. Ligat otak aku memikirkan idea untuk menjernihkan keadaan. Aku akhirnya menarik Faiqa masuk ke dalam bilik untuk berbincang dengannya.
"Kenapa awak bagi dia masuk rumah ni?" Marah Faiqa. Bengang sungguh dia apabila melihat Fazimi sebumbung dengan dia.
"Kau boleh tak dengar penjelasan dia dulu? Mana perginya sifat penyabar kau tu Faiqa? Dia datang untuk menjelaskan keadaan tapi kau senang-senang je suruh dia pergi? Kita tak tahu keadaan sebenar, jadi dengarlah dulu cerita belah dia. Jangan buat andaian sesuka hati. Bukan tu ke yang kau selalu pesan dekat aku dulu?"
Kata-kata Farish benar-benar menyedarkan Faiqa. Walaupun kemarahan masih berbaki di hati, dia cuba untuk tidak melepaskannya pada Fazimi kelak. Faiqa keluar semula daripada bilik. Dia cuba untuk bertenang dan duduk berhadapan dengan abangnya, Fazimi.
"Cakaplah. Jelaskan daripada A sampai Z. Iqa nak dengar semua," kata Faiqa sebaik sahaja dia bertentangan mata dengan Fazimi.
Aku duduk bersebelahan dengan Faiqa. Jikalau gadis itu melenting, bolehlah aku menghalangnya. Fazimi tersenyum nipis tatkala memandang adiknya itu. Dalam hati, aku berharap agar hubungan adik beradik ini tidak putus dek masalah persefahaman yang berlaku.
Fazimi berdehem seketika. Dia mencari-cari ayat yang sesuai untuk menerangkan keadaan lepas yang menimbulkan konflik antara mereka. Setelah seminit berfikir dia akhirnya menceritakan segalanya. Daripada A hingga Z, seperti yang dipinta oleh Faiqa.
Rasa bersalah menggunung di dalam hati. Namun, sedaya upaya Faiqa tidak menunjuk. "Kenapa abang tak pernah cari Iqa sebelum ni? Susah sangat ke nak cari Iqa sedangkan Iqa bukannya duduk jauh dari abang."
"Adik fikir abang tak cari ke? Abang tetap cari adik walaupun umi dan abah halang abang. Mujur abang jumpa Dahlia," ujar Fazimi bersungguh-sungguh.
Dahlia? Faiqa tergamam. Patutlah wanita itu bertanyakan lokasi keberadaan dia beberapa hari lepas. Dengan senang hatinya dia kongsikan lokasi keberadaannya kepada Dahlia. 'Terima kasih Dahlia.' Kalau tidak disebabkan wanita itu, mungkin masalah ini akan berlanjutan sehingga ke hari tua.
"Adik.. please, baliklah ke rumah. Adik tahukan abang sayang adik sangat-sangat." Berair mata Fazimi tatkala mengungkapkan kata itu. Keikhlasan abang sulungnya itu akhirnya membuka hati Faiqa untuk menerima Fazimi ke dalam pangkuannya semula.
"Abah dan umi takkan benarkan," tiba-tiba dia dicucuk realiti.
Fazimi bingung. Dia baru sedar kedua-dua orang tuanya itu sudah anti dengan puteri mereka sendiri sehingga sanggup membuang Faiqa dari keluarga. Pandangannya beralih pada aku. Entah kenapa lemah pula semangat aku apabila diperhati sebegitu.
Tangan aku diraihnya. "Farish, please.. bagi aku tinggal dekat sini."
"Ap--apaa?"
Terbuntang mata aku tatkala itu.
*******
TBC
Diedit semula pada 25 Mac 2019
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Novela Juvenil[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...