BAB 33 : Pertemuan Adik Beradik

2K 211 20
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 33 : Pertemuan Adik Beradik

"Nampak gayanya diorang dah mula suka sama suka. Aku rasa tak perlu kut kita teruskan plan." Ujar Aryan tatkala memerhati sepasang suami isteri itu dari jauh.

Amirah mendengus kasar. Bahu jejaka di hadapannya itu ditolak kasar sehingga menimbulkan amarah dalam diri Aryan. "Kau gila ke? Kita dah rancang macam-macam untuk pisahkan diorang dan sekarang kau minta aku untuk aku batalkan plan?"

"Sebelum ni aku fikir diorang tak pernah suka sama suka, that's why aku nak bawa Faiqa jauh daripada budak setan tu. Tapi, lepas tengok diorang dah hidup bahagia, aku tak nak jadi pemusnah kebahagiaan orang. Kalau kau nak jadi orang jahat, kau jadilah sorang-sorang. Aku tak nak terikat dengan kau lagi."

Amirah ketawa besar sebaik sahaja Aryan habis berkata-kata. Sungguh dia tidak percaya akan lelaki itu. Begitu mudahnya Aryan berpaling dari perancangan awal mereka.

"Kau tak payah nak acah baik sangatlah. Kau pun sama jahat macam aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau fitnah Farish dengan harapan dia dihukum berat? Kau juga dah buat satu sekolah gelar dia 'budak setan' disebabkan hasrat dengki dalam diri kau tu."

Aryan tersentak. "Macam mana--"

"Kau kena ingat, aku ni jauh di luar jangkaan."

"Ambil peluang ni untuk rebut perempuan tu semula dan aku akan pastikan Farish jatuh dalam genggaman aku. Situasi win-win." Kening yang cantik terbentuk itu dijongketkan sebelah.

Aryan menghembuskan nafas. Entah mengapa dia terasa seperti berunding dengan raksasa. Kehadiran Amirah cukup menyesakkan dadanya. Gadis itu mungkin kelihatan sihat walafiat dari segi fizikal namun mentalnya tidak. Psiko, itu sahaja perkataan yang cukup sesuai untuk menggambarkan Amirah Najwa.

"Janji dengan aku, kau tak akan sentuh Faiqa walau apa pun yang jadi."

Amirah terdiam buat seketika sebelum mengukir senyum sinis. "Baiklah."

*******

Dahlia mematikan panggilan selepas beberapa minit berbual di talian. Sudah agak lama dia tidak berhubung dengan Faiqa memandangkan gadis itu sibuk dengan persekolahannya. Katanya terlalu banyak kerja rumah yang perlu disiapkan.

"Call siapa tu?" soal si suami.

"Faiqa. Dah lama tak call dia," ujar Dahlia jujur.

"Abang pergi order air dulu eh. Barisan panjang ni."

"Okey," ujar Dahlia sambil tersenyum.

Sedang mata melilau kebosanan, matanya tertancap pada seorang lelaki berkemeja putih di meja berdekatan. Dalam seminit entah berapa kali dia memerhati jam di tangan. Mata pula seakan melekat pada skrin komputer riba di hadapannya.

Semakin lama dia pandang, semakin keliru Dahlia dibuatnya. Wajahnya persis seseorang namun Dahlia langsung tidak mampu memikirkan sesiapa. Tiba-tiba dia teringatkan Faiqa. 'Oh iya, muka lelaki itu persis Faiqa,' bisik hati kecilnya.

Dahlia menuju meja yang didiami lelaki itu lalu memperkenalkan dirinya. Sikapnya suka main terjah itu menimbulkan rasa tidak selesa pada lelaki itu.

"Awak nak apa?" soalnya lemah-lembut.

'Serupa macam gaya Faiqa bercakap.' Hatinya mula berbisik lagi.

"Aku just nak tanya. Kau ada adik nama Faiqa ke?" soal Dahlia terus terang.

Mata Fazimi terbuntang luas apabila nama adik bongsunya itu disebut. Dia pantas berdiri dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

"Macam mana awak tahu?"

"Sangkaan aku tak pernah salah. By the way Faiqa tinggal dengan aku sebulan yang lepas. Katanya dia dibuang family."

"Dekat mana dia sekarang?" soal Fazimi tidak sabar.

Dahlia senyum.

*******

Hari ini Faiqa tidak dapat melawat Syafiq kerana terpaksa bekerja sambilan. Yang menggembirakan hatinya adalah Farish juga turut melakukan kerja sambilan di kawasan berhampiran tempat kerjanya. Katanya jadi tukang cek tiket panggung wayang pun jadilah  asalkan dia dapat pulang bersama-sama Faiqa.

A/N : mulalah keluar perangai cringy si Farish.

Sebaik sahaja dia tiba di bahagian hadapan kawasan perumahannya, langkahnya terhenti apabila ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya bersandar pada sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

"Do you miss me my apple pie?" Suara garau milik Fazimi menyapa gegendang telinganya.

Sungguh dia amat rindu akan lelaki itu. Dia mahu peluk jejaka itu sepuas hati. Dia mahu kucup tangan jejaka itu tatkala bersalaman. Namun, semua itu hilang bertebaran ditiup angin apabila teringat semula kejadian di mana panggilannya ditolak mentah-mentah tempoh hari.

Faiqa berjalan tanpa mempedulikan kehadiran Fazimi disitu. Lagi setengah jam kerja sambilannya bermula. Lagi satu, mana si Farish ni? Kata nak pergi sama-sama.

"Hey apple pie! Don't you recognise me? I'm your brother, Imi." Fazimi berteriak.

"You ignore my calls, don't ever call me as your apple pie anymore! Iqa tahu, abang pun sama macam family kita yang lain."

"Y-you did call me? Bila? Kenapa abang tak pernah terima call dari Iqa sebelum ni?"

"You should ask yourself. I have work to do right now. Leave from here."

Faiqa berjalan pergi. Namun, tidak sampai beberapa langkah, tangannya ditarik Fazimi secara kasar. Terbuntang mata Faiqa apabila diperlakukan sebegitu.

Belum sempat Faiqa berkata apa, seseorang menumbuk Fazimi sehingga jatuh. Bertambah-tambah kejutan yang diterima oleh si Faiqa apabila Farish tiba tepat pada waktunya.

Aku melihat lelaki yang sudah jatuh menyembah bumi itu. Pun begitu, lelaki itu sempat melirik ke arah aku dengan pandangan geram. Makin bertambahlah kegeraman aku dibuatnya. Berani dia sentuh isteri aku?

Aku melompat naik ke atas tubuh jejaka itu lalu menggenggam kolar bajunya. Buku lima kanan sudah mula diangkat tinggi ke udara sebagai persediaan untuk dilancarkan.

"Awak! Berhenti!"

"Berani dia sentuh kau."

"Dia abang saya.."

"Dia.. apa?" Aku kaku.

"Dia abang kandung saya. Berhenti sekarang!"

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now