BAB 30 : Orang Keempat

2K 208 11
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 30 : Orang Keempat

"Bangunlah."

"Bangkit dari lena."

Tubuh yang terbaring di atas katil buat sekian lama itu akhirnya bangkit. Mata yang terpejam erat dibuka perlahan-lahan. Pemikirannya menjadi kusut. Keliru, dia keliru dengan keberadaannya sekarang.

Urat badan terasa sengal. Bahu terasa seperti sakit yang mencucuk. Faiqa memerhati sekeliling. Kepalanya yang berbalut dengan kain kasa itu disentuh lembut.

"Kenapa kepala aku berbalut ni?" gumamnya sendiri.

Di sisi katil kelibat Farish kelihatan. Faiqa semakin bingung dengan keadaan jejaka itu. Tidak sampai sesaat fikirannya melayang, jejaka itu sedar dari lena.

Mata lelaki itu terpaku melihat dirinya. Belum sempat dia berkata apa, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Farish. Faiqa terkejut dengan perubahan sikap bengis jejaka bernama Farish itu.

Tiba-tiba dia terasa bahunya basah. 'Dia menangis ke?'

*******

"Awak kata saya koma hampir seminggu?" soal Faiqa seakan tidak percaya.

"Taklah, setahun."

"Betul-betullah. Apa jadi sampai saya koma?" soal Faiqa lagi. Memori tempoh hari benar-benar hilang dalam ingatannya.

Aku menghembus nafas. Wajah polos gadis itu ditatap buat seketika. Faiqa ternanti-nanti jawapan aku, jadi aku memutuskan untuk bercerita segala perkara yang terjadi tempoh hari.

"Ohh, macam tu cerita dia."

Sesaat selepas aku habis bercerita, seseorang mengetuk pintu bilik yang didiami kami. Kedua-dua pasang mata memandang ke arah Iman yang masuk ke dalam.

"Siapa.."

"Nama aku Iman, kawan Farish," laju Iman memperkenalkan dirinya.

Faiqa mengangguk perlahan. "Nama saya Faiqa." Dia turut memperkenalkan diri sebagai balasan.

Di belakang kerusi yang diduduki oleh temannya itu, ada sebuah sofa kulit. Iman melabuhkan punggung di sofa sebelum memandang ke arah dua pasangan suami isteri itu.

"Kau dari mana?" soal aku.

"Baru habis melawat Syafiq."

"Ohh ya, Syafiq macam mana?" soal Faiqa, bimbang.

"Budak sekerat tu sentiasa sihat walafiat. Siap ajak bergusti dengan aku, tapi kalah sebab guna tangan kiri. Tahu-tahulah tangan kanan dia macam mana," ujar Iman seraya mengeluh.

"Syafiq dalam hospital yang sama ke?"

"Haah, kenapa?" soal aku.

"Saya nak lawat dia boleh?"

"Tak boleh, kau tu belum sembuh sepenuhnya. Duduk diam-diam dalam ni," arah aku tegas.

Iman tergelak. "Caring betul kawan aku ni. Biar jela dia pergi lawat. Yang sakitnya kepala, bukan kaki." Iman melirik ke arah Faiqa. Gadis itu tersenyum lebar apabila melihat Iman menyokong dirinya.

"Hmm yela. Sebelum tu..."

Aku menanggalkan hoodie hitam yang dipakai. Aku menyarungkannya pada tubuh genit milik Faiqa. Dia terkejut aku dengan perlakuan aku. Hoodie ditarik dari belakang lalu ia menutup kepala gadis itu.

Tali ditarik sekaligus melindungi leher gadis itu dari kelihatan. Wajah cemberut yang ditayang Faiqa membuatkan aku tersengih lebar. Hati aku ketawa sehabis mungkin.

"Dah jom," ajakku.

Iman hanya tersenyum. Buat pertama kali dia melihat temannya itu tersenyum tak ubah seperti dibuai kebahagiaan. 

******

"Mochi, mana kau pergi selama ni?" soal Syafiq dengan riak wajah sedih yang sengaja dibuat-buat.

Aku dan Iman saling berpandangan. Syafiq kalau tak berdrama sehari memang tak sah. Alhamdulillah, keadaannya semakin stabil cuma pergerakan tubuh terbatas disebabkan kecederaan masih belum sembuh sepenuhnya.

Faiqa duduk di kerusi yang terletak di sisi katil. Aku dan Iman pula melabuhkan punggung di sofa yang terletak di sebelah kanan katil Syafiq. Senyuman manis dihadiahkan kepada jejaka periang itu.

"Maaflah sebab saya lama tak lawat awak."

Syafiq menggeleng perlahan. "Tak apa. Asalkan kau sihat sudahlah. Macam mana kepala kau? Farish kata ada nenek kebayan hentak kepala kau dengan kayu besbol. Tak guna betul nenek kebayan tu," ujar Syafiq dalam mood berleter.

Faiqa ketawa. "Saya tak apa-apalah. Awak patut risaukan diri awak. Cepat sembuh ya," balas Faiqa pula.

Syafiq mengukir senyum. Dia bersyukur kerana segalanya kembali seperti sedia kala walaupun pelbagai dugaan datang menimpa mereka. Persahabatan tiga sekawan itu juga sudah pulih, ditambah pula dengan kehadiran orang keempat, Faiqa Fadwa.

******

Zafrel resah. Rumah besar yang selama ini sepi bertambah sunyi apabila Iman tidak pulang selama beberapa hari. Dia curi-curi lihat wajah muram milik bapa saudaranya itu. Beberapa hari yang lalu, sebuah berita tentang cubaan menculik dan membunuh yang dilakukan oleh pelajar muncul di kaca TV.

Pada mulanya Encik Hashim tidak percaya anak buahnya akan melakukan perkara terkutuk sebegitu kerana dia amat mempercayai Ikhwan dan yang lain-lain. Namun, setelah Zafrel menceritakan tentang segala-galanya, dunianya hampir lingkup.

Selama ini dia hanya meletakkan kesalahan ke atas Iman setiap kali pergaduhan berlaku. Dia sangka Ikhwan yang tinggi pendidikannya tidak sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, jadi dia menyalahkan Iman atas segala-galanya.

Malah luka-luka yang Zafrel dapat sewaktu dibuli oleh Ikhwan dan sepupu-sepupu yang lain dahulu semuanya diletak atas bahu Iman. Disebabkan takut kebenaran sampai ke pengetahuan Encik Hashim, Ikhwan mengugut Zafrel untuk tidak membocorkan hal sebenar. Zafrel terpaksa untuk mendiamkan diri disaat Iman dituduh membuli.

"Apa pakcik nak buat ni, Zaf? Pakcik dah banyak kali berdosa pada Iman."

"Walaupun Iman tu kasar orangnya, jauh di sudut hati dia saya tahu dia orang yang baik. Pakcik jangan risau, cepat atau lambat, Iman akan terima pakcik semula."

Zafrel senyum namun tipis. Belakang lelaki tua itu diusap perlahan.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now