BAB 29 : Perjanjian

2.1K 205 14
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 29 : Perjanjian

Tubuh genit gadis itu berbaring di katil hospital. Sudah beberapa jam dia tidak sedarkan diri sejak diberi rawatan pada bahagian kepala yang mengalami kecederaan teruk. Selain daripada kepala, bahagian tubuhnya yang lain juga didapati mengalami kecederaan namun tidak seserius kepala.

Iman memerhati temannya itu. Timbul rasa bersalah dalam diri apabila mengenangkan kejadian buruk yang disebabkan oleh sepupu-sepupunya.  "Aku minta maaf, Farish."

Aku merenung kosong ke lantai. Fikiran aku melayang. Suara Iman kedengaran samar-samar di pendengaran. Lamunan aku terhenti tatkala Aryan menghulurkan minuman kepada aku.

"Tak nak?" soalnya. Riak angkuh masih terpampang di wajah namun tidak terlalu menyerlah. Aryan mengambil tempat di sebelah kiri aku.

"Kau betul. Kawan-kawan aku yang salah, i'm sorry for that."

Aku tidak membalas. Mulut aku seakan terkunci. Terasa aneh apabila lelaki yang selama ini bersungguh membenci diri aku duduk bersebelahan. Malah, dia juga meminta maaf kepada aku.

"Tapi Farish, aku sukakan dia."

Entah mengapa jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Kata-kata Aryan membuatkan aku memalingkan wajah ke arahnya.

Aryan memandang tepat pada mata aku. "Aku sukakan.. bukan, aku cintakan Faiqa. Aku tahu kau tak cinta dia, jadi cera.." belum sempat Aryan menghabiskan kata, Iman mencelah.

"Kau gila ke? Faiqa tu isteri Farish. Kau siapa untuk suruh diorang bercerai?"

Aku buntu. Hari demi hari, hati aku semakin terbuka untuk menerima gadis itu meskipun aku sering bersikap dingin dengannya. Aku tak pernah mengaku cinta, tapi aku tahu apa yang aku rasa.

Aryan tersenyum sinis. "Bukan ke kau tak sukakan dia? Dia berhak dapat seseorang yang cintakan dia, bukan budak setan macam kau. Sementara angin aku masih elok, lebih baik kau lepaskan dia."

Iman hilang sabar. Jejaka itu berdiri menghadap Aryan. "Tak cukup ke kau mendajal kita orang dekat sekolah, sampai perlu rampas hak milik orang lain? Kau tak pernah puas tengok kitorang sengsara."

"Kau buatkan semua orang dekat sekolah gelar Farish as budak setan. Tak cukup ke? Walaupun aku bukannya para ulama untuk cakap pasal ugama, aku cukup tahu memfitnah itu berdosa besar."

Aryan menepuk tangan sambil mengukir senyum sinis. "Wow, such a nice speech. Honestly i'm not impressed at all so thank you. Budak lain pandang aku sebaik-baik manusia, dan kau berdua sejahat-jahat syaitan. Kenapa aku perlu kisah dengan kata-kata loser macam kau?"

"Eii kau ni. Nak mati awal ke?" Penumbuk digenggam. Iman benar-benar cuba menahan amarah.

"Kalau penumbuk kau tu selembik perempuan, tak perlu kot hinggap kat pipi aku. Buang tenaga je," ujar Aryan, cuba untuk menambah minyak ke dalam api.

Iman menyinga apabila kekuatannya diremeh-temeh oleh manusia bergelar Aryan. Penumbuk yang sudah lama digenggam nampaknya sedia diacu pada pipi putih milik Aryan.

Aku yang melihat kejadian itu terus menegah Iman dari memulakan pergaduhan fizikal. Malangnya aku yang terkena penumbuk padu si Iman. Tumbukan Iman tidaklah selemah yang disangka Aryan kerana aku bisa kehilangan keseimbangan tubuh selepas ditumbuknya.

"Pfft--"

Aryan menghambur ketawa. "Try to do a drama here? I don't get it."

"Oh yes? So sad." Aku membalas.

Iman yang berasa bersalah kerana menumbuk aku menarik rambut. Frust sungguh sebab penumbuknya tidak mengenai Aryan.

"Buat pengetahuan kau, aku tak akan tinggalkan isteri aku. Terima kasih atas kebodohan kawan-kawan kau, aku jadi suami dia, buat selama-lamanya. Get lost, real loser."

"Aku akan pastikan hubungan kau tak bertahan lama biarpun dia mati di tangan aku. Kalau aku tak boleh dapat dia, tiada siapa boleh dapat dia," ujar Aryan lalu tersenyum sinis. Bahunya sengaja melanggar bahu aku ketika mahu beredar pergi.

Iman mengeluh perlahan. "Apa tak kena dengan manusia zaman sekarang? Semuanya psiko," gumamnya geram.

"By the way Farish, aku minta maaf. Sebab kegilaan sepupu-sepupu aku, dia masuk hospital. Aku takut kawan-kawan aku disakiti, jadi aku---"

"Aku faham. Welcome back, bro." Bahu Iman ditepuk perlahan.

Iman senyum. Senyuman yang sudah lama lesap di pandangan aku akhirnya muncul semula hari ini. Kedukaan berganti kegembiraan.

"Pasal Ikhwan tu kau jangan risau. Aku dah call polis."

Aku hanya mengangguk perlahan.

Meskipun Faiqa tercedera parah, aku amat bersyukur dia masih bernyawa. Tubuh yang terbaring di atas katil itu diperhati lama. 'Aku minta maaf sebab lambat mengaku yang aku... sukakan kau.'

******

Ikhwan mendengus kasar. "Apa ni encik? Saya tak bersalah!"

Pegawai polis itu ketawa sinis. "Tak bersalah kamu kata? Kamu bertiga telah disabitkan kesalahan atas cubaan menculik dan membunuh. Tak tahu malu ke apa?"

Harith dan Thariq masing-masing berpandangan. Wajah mereka ditekap pada meja kerana berdegil mahu melepaskan diri setelah apa yang dilakukan. Gari yang mengikat kedua-dua belah tangan menyukarkan mereka untuk bergerak.

"Saya tak bersalah!" kedua-dua mereka menjerit sehingga bergegar balai polis itu dibuatnya.

"Diamlah!" Marah pegawai polis itu. Mereka kembali diam.

"Saya akan hubungi ibu bapa kamu."

******

Aryan melangkah keluar dari hospital. Ketika dia mahu membuka pintu kereta, seseorang menepuk bahunya. Mata terbuka pada diameter paling luas.

"Aku tahu kau sukakan Faiqa."

"It's none of your busnisess, kiddos. Macam mana kau boleh terlepas dari ditangkap polis? Ikut aku pergi balai polis sekarang," soal Aryan kehairanan. Pergelangan tangan Amirah disambar.

"Aku ada plan untuk kau dapatkan Faiqa."

Langkahnya terhenti. Aryan melihat semula ke arah Amirah.

"Kau dapat Faiqa, and aku dapat Farish. Macam mana? Deal?"

Aryan tidak berfikir lama sebelum bersetuju. Kata-kata Farish yang bermain-main di fikirannya menjadi pendorong penjanjian itu termeterai.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now