FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 28 : Suami Tak Guna
Kerlingan tajam difokuskan pada jejaka tinggi lampai yang turut memerhatikan dia. Tubuh Ikhwan yang agak sasa itu langsung tidak menggentarkan jiwanya. Dia tidak takut untuk melawan balik namun apakan daya, dia cumalah seorang perempuan yang lemah.
Segala ilmu taekwondo yang dipelajari seakan tidak berguna apabila kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat pada sebuah kerusi yang didudukinya. Selepas beberapa kali ditumbuk dan ditendang oleh ketiga-tiga lelaki itu, tubuhnya terasa lemah.
Perut yang menjadi mangsa tumbukan Ikhwan itu menimbulkan rasa senak. Faiqa menanggung derita hampir setengah jam lamanya. Bunyi pintu dikuak kedengaran. Pandangannya yang samar-samar beralih pada figura kecil di muka pintu.
Dia kenal siapa gadis itu. "Kenapa korang buat aku macam ni huh? Aku akan laporkan pada polis tentang perbuatan korang semua. Siap sedialah," ujar Faiqa menahan amarah. Kakinya yang terikat dengan tali dihentak-hentak ke permukaan lantai tanda protes.
"Tinggalkan kami berdua. I want to talk to her, privately." Amirah berkata. Mimik mukanya kelihatan serius.
Ikhwan menepuk bahu adiknya itu lembut. "Anything, just call me okay?"
"I know. You can leave us alone now."
Ikhwan, Harith dan Thariq beredar pergi dari situ. Amirah mendekati Faiqa selepas berjalan beberapa langkah. Sengaja dia merapatkan wajahnya dengan Faiqa.
"Akak tahu kenapa akak jadi macam ni?" soalnya dengan ekpresi wajah comel.
"Sebab aku nampak abang-abang kau buat kerja kotor. Sebab tu abang-abang kau tangkap aku kan? Pengecut!" Faiqa naik berang.
Benci pula dia melihat wajah Amirah yang sengaja dibuat-buat comel. Suara dikecilkan agar kedengaran comel. Segala persepsi baiknya terhadap gadis itu hilang bertebaran begitu sahaja.
Amirah tersenyum namun nipis. Keadaan bising sebentar tadi menghilang bersama senyuman di wajah. Ekspresi marah dipamer kepada Faiqa. "Semua benda ni takkan terjadi kalau kau tak rampas hak aku."
Hilang sudah panggilan hormat ke atas dirinya. Faiqa berkerut dahi. 'Hak?'
"Apa yang aku dah rampas dari kau? Aku tak pernah rampas hak orang lain."
"Ada. Kau rampas abang Farish dari aku. Sejak aku masuk sekolah ni lagi aku dah suka dia. Bila aku tahu kau ni isteri dia, aku rasa marah. Kau tak patut hidup dekat dunia ni."
Faiqa ketawa sinis. Walaupun pandangannya samar-samar, dia tahu gadis itu sedang marah. "Dia suami aku, dia kepunyaan aku. Don't you learn that in school? Kau yang cuba merampas hak milik orang," semberono sahaja Faiqa menjawab.
Amirah bengang. Beberapa batang kayu besbol yang tersandar elok pada dinding menjadi tatapannya. Amirah mengambil sebatang kayu besbol lalu dihalakan ke arah Faiqa seolah-olah dialah manusia paling berkuasa disitu.
'Mungkin ini pengakhirannya. Pengakhiran atas segala penderitaan aku. Umi dan abah, Iqa minta maaf atas segala-galanya.'
Faiqa mula melafazkan kalimah suci Allah. Dengan wajah yang tenang dia menanti kayu besbol itu menyentuh dirinya. Amirah merenung gadis itu dengan api kemarahan yang meluak-luak.
Semakin ditenung semakin membara kemarahannya. Gadis itu langsung tidak kelihatan akannya malah masih mampu bersikap tenang. Perkara itu membangkitkan kemarahannya.
"Siap sedia untuk mati." Amaran diberi.
Mata Faiqa dipejam. Andai ini pengakhiran riwayatnya, dia reda.
Kayu besbol diangkat tinggi ke belakang persis pemain besbol. Amirah menjerit sekuat hati sebelum hujung kayu besbol itu mengenai kepala si Faiqa. Darah meleleh keluar dari kepala gadis itu.
Amirah tersenyum puas. Belum sempat dia menghayun kayu besbol itu buat kali kedua, bunyi bising dari luar bilik stor itu mengganggunya. Pintu yang tadinya ditutup elok ditendang oleh seseorang sehingga sebuah lubang yang besar wujud.
Kelihatan Ikhwan,Thariq dan Harith tewas berlawan dengan Iman dan Aryan memandangkan mereka berlawan dengan tangan kosong. Mujur Aryan menyimpan kayu besbol di dalam bonet kereta.
"Faiqa!" Aryan masuk ke dalam. Kayu besbol dilempar ke tepi.
Tubuh Faiqa yang terkulai layu di kerusi itu mengundang kesedihan di hati. Aryan terus mendapatkan Faiqa. Ikatan tali di tubuh gadis itu dibuka dengan perasaan yang bercampur baur. Iman tergamam melihat gadis itu berdarah di kepala. Pandangannya beralih pada sepupunya itu.
"Kau buat apa haa perempuan?" Tanpa berfikir panjang dia terus memarahi gadis itu.
Kayu besbol di tangan Amirah dirampas kasar. Amirah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Iman, terus melarikan diri dari situ.
******
Aku baru sahaja tiba di kawasan itu. Motorsikal milik arwah abang aku diletakkan ke tepi. Aku masuk ke dalam bangunan yang kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan. Di hadapan stor sukan itu, beberapa orang lelaki mengaduh kesakitan.
Seorang gadis melanggar aku lalu wajahnya didongak memandang aku. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus masuk ke dalam stor sukan. Kelibat Aryan kelihatan bersama Faiqa yang sudah pengsan. Kepalanya berdarah.
"Berambus kau Aryan," ujarku kasar lalu menolak Aryan pergi.
Aryan yang terkejut dengan kehadiran aku itu berundur ke belakang. "Apa yang kau buat sebagai suami dia ha? Kalau bukan disebabkan dia dapat suami macam kau, dia takkan jadi macam nilah. Kau manusia paling tak guna dalam dunia ni. Kau tu budak setan."
"Kalau tak disebabkan kawan tak guna kau tu, dia takkan dapat suami macam aku. Bodohnya kau sebab letakkan segala kesalahan atas aku."
Pandanganku beralih pada Faiqa. Mata gadis itu terbuka sedikit. Aku menariknya ke dalam dakapan. "Aku minta maaf sebab lambat. Kau bertahan jap," pinta aku dihuni kekesalan.
"Iman, bantu aku jap."
Iman segera membantu mengangkat Faiqa. "Farish, aku rasa better kita bawa Faiqa naik kereta Aryan je."
"Tak--"
"Jangan degil boleh tak? Kau nak tengok dia mati ke?" soal Iman.
Aku mendiamkan diri. Selepas beberapa saat, aku akhirnya bersetuju. Tubuh Faiqa dicempung masuk ke dalam kereta Aryan.
"Kau tak ikut sekali?" soal Iman.
"Aku naik motor."
"Okay."
"Aryan, bawa elok-elok," pesan aku. Aryan hanya mendiamkan diri.
******
TBC
Diedit semula pada 25 Mac 2019
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Teen Fiction[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...