FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 42 : Majikan Homoseksual
Huru-hara. Pernafasannya tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan dia tercungap-cungap kepenatan. Berderau darahnya apabila melihat sekumpulan lelaki berpakaian hitam mengejar dirinya.
"Mana kau bersembunyi Yazid?" Suara salah seorang daripada mereka bergema di pendengaran Yazid. Lututnya menggeletar, jelas ketakutan.
"Kau boleh lari Yazid. Tapi kau tak boleh sembunyi dari kitorang. Mata-mata aku sentiasa ada memerhatikan kau. Kau ingat tu!" Suara itu semakin tinggi nadanya seakan bunyi teriakan.
"Pandai pinjam, pandailah bayar," sambung lelaki itu lagi.
Hanan, penolong ketua lintah darat yang menjadi sumber kewangan Yazid beberapa minggu lepas kelihatan tampil bersama parang. Malangnya Yazid tersempit di lorong sunyi yang tiada orang lalu.
"Kalau kau tak keluar sekarang juga, aku akan serang rumah kau. Bukan setakat rumah binasa, orang di dalam pun hancur aku kerjakan. Aku kira sampai tiga, kalau kau tak keluar juga kau memang akan hilang kawan."
Yazid bingung. Dia tidak mahu Farish diapa-apakan namun pada masa yang sama dia juga mahu menyelamatkan dirinya daripada dibunuh lintah darat ini. Kalau dia menyerah, sudah tentu dia akan dipancung hidup-hidup kerana dia langsung tiada wang untuk membayar semula hutang itu.
"Satu.."
Diam.
"Dua.."
Diam.
Lelaki itu menjongketkan keningnya. Jangkaannya meleset sama sekali apabila melihat mangsa buruan itu tidak keluar daripada tempat persembunyiannya.
"Baik, kalau ini yang kau nak aku boleh buat. Tapi jangan menyesal di kemudian hari, Yazid."
******
3:50 p.m.
Dua mesej tidak dibaca daripada 'Imi'Hampa. Beriya dia berlari dari bilik air ke kamar tidurnya semata-mata untuk memeriksa notifikasi yang masuk. Disangkakan notifikasi itu datang daripada Farish namun sangkaannya ternyata salah apabila Fazimi yang menghantar mesej kepadanya.
Dia tahu dia tidak sepatutnya berasa kecewa akan hal itu. Dia cuma terkilan dengan sikap Farish yang tiba-tiba menghilang tanpa khabar. Sekurang-kurangnya beritahulah terlebih dahulu keberadaan dia. Ini tidak, asyik buat orang risau saja.
Fazimi
Adik dekat mana ni? Rumah Farish ke?Faiqa
Tak. Dekat rumah sewa Iqa.Fazimi
Okey, jangan pergi mana-mana tau. Abang dah dapat duit tu.Mata Faiqa terbuntang apabila nampak perkataan 'duit' timbul di skrin telefonnya. Inilah Fazimi. Tidak pernah berdusta walaupun sekali. Kalau dia kata dia akan tolong, maka dia akan tolong.
Faiqa
Thank you so much!Fazimi
Anything for you.******
11:00 p.m.
Batu-batuan kecil di tepi jalan disepak perlahan. Hilang akal dibuatnya apabila memikirkan jalan untuk membayar hutang Yazid pada lintah darat. Kalau sepuluh ringgit tak apalah. Ini sepuluh ribu.
Sudahlah aku terpaksa berhenti kerja di restoran disebabkan tidak mahu diganggu majikan. Macam mana tu? Imbas kembali kejadian 10:30 malam tadi.
30 minit yang lalu..
"Kalau dah siap, semua boleh balik kecuali Adham. Adham nanti jumpa saya dekat bilik," arah Encik Mahad selaku majikan restoran itu.
Walaupun aku agak bingung dengan keadaan itu, aku hanya akur dengan arahan yang diberi. Hati aku memberontak mahu pulang namun aku tahan daripada melepaskannya.
Sebaik sahaja rakan sekerja lain pulang ke rumah, aku ke bilik Encik Mahad seperti yang diarahkan. "Ada apa encik nak jumpa saya?" soal aku sebaik sahaja kami bertentang mata.
"Ini duit gaji kamu untuk hari ini." Sebuah sampul surat berisi duit dibawa keluar dari laci meja lalu dihulurkan kepada aku. Mata aku terbeliak. Betul ke tidak bos aku ni?
"Bukan ke gaji hujung bulan baru dapat?" Aku menyoal dek kemusykilan yang bertakhta di hati.
"Saya tahu kamu perlukan duit. Walaupun tak banyak, saya harap ini dapat tolong kamu." Disebabkan aku masih tidak menyambut hulurannya, dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah aku. Tangan aku diraihnya perlahan lalu sampul surat berisi duit itu diletakkan pada tangan aku.
Spontan kening aku naik dek terkejut dengan sikap Encik Mahad itu. "Tapi kenapa encik tolong saya?" Aku bertanya lagi.
"Tak salahkan kalau kita nak menolong orang. Lagipun..." Encik Mahad mendekati aku. Wajahnya merapat dengan aku. Bahu aku diusik seakan mahu menggoda.
Aku sudah terasa sesuatu yang aneh. Bingung aku melihat jejaka 30-an yang sentiasa bersikap maskulin itu tiba-tiba berubah menjadi seseorang yang asing di pandangan aku. Aku dapat merasakan dia.. suka aku?
"Err lagipun apa?"
"Kalau awak ni kesayangan saya. Awak mintalah apa saja, saya akan tunaikan." Bibir merah delima itu digigit sedikit untuk menaikkan nafsu aku. Sumpah, aku geli-geleman sekarang.
"Er aku rasa cukup sampai sini. Terima kasih je laa untuk duit ni tapi aku tak nak. Bye!"
Menyinga muka Encik Mahad apabila aku menolak pemberiannya. Namun, dia sedaya upaya untuk tidak marah tatkala itu. "Tak elok menolak pemberian orang tau. Terimalah. Saya ikhlas," ujar Encik Mahad dengan senyuman manis.
Hati aku berbolak-balik. 'Ikhlas? Kalau aku terima, nanti entah apa yang kau suruh aku buat. Mana ada benda percuma dalam dunia ni kan?' Hati aku berkata-kata sendiri.
"Tak payah susah-susah. Aku kena balik dulu. Isteri aku dah tunggu dekat rumah." Sengaja aku menimbulkan isu perkahwinan untuk mengelak daripada terus berdua-duaan dengannya di dalam bilik ini.
Encik Mahad keliru. "Awak dah kahwin?"
Aku angguk.
Senyuman tipis diukir. "Baiklah kalau macam tu. Awak boleh balik. Datang lagi ya esok."
Tanpa menunggu lebih lama, aku terus beredar daripada bilik itu. Langkah seribu dibuka sebaik sahaja aku keluar dari bilik itu. Aku tak pernah sangka akan ada lelaki yang jatuh cinta pada aku. Datang lagi esok? Aku tak akan jejak dah restoran tu biar pun Seramnya sampai tegak bulu roma aku.
Haa begitulah kisahnya.
******
TBC
Diedit semula pada 25 Mac 2019
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Teen Fiction[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...