BAB 9 : Extra Class

2.4K 243 4
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 9 : EXTRA CLASS

"Saya ambil awak bekerja bukan untuk tengok awak naik tangan dekat pelanggan. Baru kerja dah naik kepala," ujar Encik Hazlan dengan nada tinggi. Wajahnya merah menahan amarah.

Hampir dia tercekik tulang ayam yang dimakannya sebentar tadi apabila melihat gerak-geri curiga si Faiqa dalam rakaman kamera litar bertutup. Faiqa menunduk. 'Aku mempertahankan diri aku. Salah ke?' Omel Faiqa di dalam hati.

"Saya tanak kejadian ni berlaku lagi. Awak ulang lagi sekali, saya tak akan teragak-agak untuk pecat awak. Faham tu?" Encik Hazlan memberi amaran keras. Terhinjut sedikit bahu Faiqa apabila suara garau Encik Hazlan yang kedengaran agak kuat itu memberi amaran kepadanya.

Perlahan dia mengangguk sebelum meminta diri untuk menyambung tugas.

******

Seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari lapangan terbang. Bagasinya yang berwarna hitam merah itu ditarik perlahan menuju stesen bas terdekat.

"Finally, here I am. Malaysia"

Sebuah imej ditatap penuh kerinduan. Air mata bergenang sedikit apabila teringatkan insan tersayang.

"I'm coming home now. Wait for me," ujarnya sambil tersenyum lebar.

******

Aku memandang Syafiq yang baru sahaja tiba. Tidak seperti selalu, Syafiq berseorangan hari ini. Kelibat Iman langsung tidak kelihatan. Itu menimbulkan seribu satu persoalan dalam diri aku.

"Iman mana?"

"Dia kan rajin. Dia bagi tahu aku yang dia datang extra class kat sekolah harini," ujar Syafiq lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku menjongketkan kening. "Tak macam Iman Hamdi. What ever. Kau nak tengok cerita mende ni? Berkurun aku tunggu kau sampai sini," soalku pula. Paparan filem-filem yang kini hangat diperkatakan oleh orang ramai diperhati satu demi satu oleh Syafiq.

Aku memerhatinya pula. "Kau ajak aku tengok wayang tapi kau tak decided agi nak tengok cerita apa? Nice," perliku. Syafiq menjeling aku.

"Kau bukan tak kenal aku. Syafiq otaknya sekerat," balas Syafiq sambil menggaru-garu kepala.

"Kau decided dulu nak tengok cerita apa, aku nak beli popcorn." Aku mengeluarkan dompet dari poket seluar lalu mengambil sejumlah wang tanpa melihat ke hadapan.

BAMM!

Aku terjatuh ke belakang selepas berlanggaran dengan sekumpulan lelaki. Inilah padahnya jalan tak pakai mata. Aku serta-merta bangun untuk meminta maaf namun niatku terbatal sebaik sahaja melihat kumpulan lelaki yang amat dikenaliku.

Aryan.

Gempak juga pelanggaran itu tercetus. Aku yang seorang ni pun mampu menumbangkan Aryan, Lim dan Hakim. Hisham yang baru sahaja pulang dari membeli makanan tergamam melihat semua rakan-rakannya duduk di lantai sambil bertentang mata dengan aku.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now