FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 26 : Kill her
Faiqa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keliru dengan situasi yang dihadapi tika ini. Dua jejaka itu saling bertikam pandangan disebabkan dirinya. Belum sempat aksi tumbuk menumbuk berlaku, seorang lelaki Cina datang menyelamat.
"Aryan, kau buat apa ni?" soalnya risau. Tangan temannya itu ditarik perlahan.
"Kau jangan halang aku Lim. Aku dah lama bersabar dengan dia," kata Aryan penuh kegeraman. Buku lima digenggam.
Aku tersenyum sinis melihat jejaka di hadapanku itu menggenggam penumbuk. Sengaja aku cuba untuk menaikkan api kemarahannya agar dilihat orang.
"Jangan bro. Nanti jatuh reputasi kau sebagai ketua pengawas." Lim disitu hanya mampu memberi nasihat. Sedaya upaya dia cuba menegah pergaduhan daripada berlaku.
"Apa tunggu lagi? Tumbuklah aku. Kata nak lawan," kata aku sambil cuba melaga bahu dengannya. Aryan menggulingkan bebola matanya. Tatkala dia merasakan dirinya dikerumuni oleh pelajar-pelajar lain, dia cuba mengawal api kemarahan walaupun ia hampir meletus.
"Jangan jadi anjing sekolah ni Aryan. Kalau kau takutkan pengetua, lebih baik jangan cari gaduh dengan aku. Simpan baik-baik reputasi kau as ketua pengawas paling berkaliber. Tak perlu kotorkan tangan jambu kau tu dengan tumbuk muka setan macam aku."
Aku menepuk-nepuk bahunya sambil tersenyum sinis. "Faham tak?"
Aryan menggulingkan bebola matanya sebelum melirik ke arah Faiqa. Entah mengapa aku dapat rasakan ada sesuatu pada Aryan. Dia suka perempuan ni ke?
Semangat untuk makan ketika itu hilang bertebaran. Aku berlalu pergi dari situ tanpa Faiqa. Tika ini, aku mula rindu celoteh tanpa henti oleh Syafiq. Sunyinya hidup tanpa teman.
******
"Awak tak apa-apa?" soal Aryan kepada gadis itu. Matanya jelas mempamerkan keprihatinan.
Faiqa menggeleng perlahan.
"By the way awak kenal saya tak?" soal Aryan lagi. Jauh di lubuk hatinya, timbul secebis harapan buat gadis itu agar ingat akan dirinya walaupun sudah sekian lama mereka tidak bersua.
"Saya kenal. Awak yang bertembung dengan saya depan tandas tempoh hari kan?" soalnya perlahan.
Aryan mengulum senyum apabila buah hatinya itu masih mengingati dirinya. Lim pula hanya menggeleng melihat dirinya tersengih bak orang angau di siang hari. "Bro, aku pergi dulu. Kau boraklah dengan 'buah hati' kau tu." Dalam nada perlahan, dia meminta diri.
Aryan hanya mengangguk perlahan. Pandangannya langsung tidak beralih daripada gadis dengan senyuman manis itu.
"Awak ada nak cakap apa-apa lagi ke?" soal Faiqa hairan. Jejaka itu tidak berkelip memandangnya.
"Urmm.. aaa.. boleh tak kalau kita keluar tengok wayang hujung minggu ni?"
Faiqa menelan liur. 'Aku ada kerjalah,' hatinya berbisik. Sedaya upaya dia cuba memikirkan jawapan terbaik untuk menolak pelawaan jejaka itu supaya tiada hati yang terguris.
"Urm, saya pokai. Haha.. Lagipun, saya tak suka keluar berdua dengan lelaki." Faiqa tersenyum di dalam hati apabila puas dengan jawapan yang diberi. Harapannya tinggi agar jejaka itu cepat mengalah dan tiada rasa sakit yang muncul namun sangkaannya salah.
"Kalau masalah tu, jangan risau. Saya belanja awak. Bawalah kawan awak."
Faiqa senyum hambar. "Err.. okay."
"Kalau ada apa-apa, call saya." Aryan menyerahkan sekeping kad kepada Faiqa lalu disambut baik oleh gadis itu.
'Pfft, muda-muda lagi dah ada kad.'
"Call tau. Bye."
Faiqa senyum hambar.
******
Thariq menjeling tanda menyampah dengan pandangan-pandangan pelajar lain terhadap dia dan sepupu-sepupunya yang lain. Tanpa disedari ketiga-tiga orang adik beradik yang duduk semeja dengannya sedang rancak berbincang mengenai sesuatu.
Bahu Harith ditepuk perlahan sebelum reaksi bingung ditayang. "Korang bincang apa ni?" soalnya ingin tahu.
Sedari tadi sepupunya yang paling kecil ; Amirah tidak lepas pandang pada seorang perempuan bertudung agak labuh yang sedang berbual bersama seorang pengawas lelaki. Thariq menaikkan sebelah kening lebatnya tanda bingung.
"Kau nampak perempuan tu?" soal Ikhwan sambil menjuihkan bibirnya ke arah Faiqa.
Perlahan Thariq mengangguk. "Kenapa dengan dia?" soal Thariq, masih dalam keadaan bingung. Minuman yang masih berbaki itu dihirup penuh kenikmatan.
"She is Farish's wife."
Mata Thariq terbeliak. "Serius la?"
"I'm serious. Nak dijadikan cerita masa kita keluar dari tempat Farish tu, dia ternampak kita. Lagi-lagi korang berdua dengan tangan berdarah. Kalau dia petik nama kita dekat pengetua, kau rasa kita akan stay dekat sekolah ni ke?" soal Ikhwan pula. Harith memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
"So what is the plan?" Thariq menyoal lagi. Wajahnya kelihatan serius bersama yang lain.
"Kill her." Suara comel milik Amirah menjawab.
"What?"
"Are you a dumbass? In order to shut that bitch's mouth we need to kill her. You get it?" Amirah menaikkan sebelah keningnya. Ikhwan dan Harith hanya mendiamkan diri.
Perlahan Thariq mengangguk bersetuju.
******
TBC
Diedit semula pada 25 Mac 2019
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Teen Fiction[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...