BAB 32 : Aku Cintakan Kau

2.1K 205 35
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 32 : Aku Cintakan Kau

Pintu ditarik perlahan seraya kaki melangkah keluar dari bilik. Selepas mandi beberapa minit barulah tubuh terasa segar-bugar daripada segala keletihan. Rumah kelihatan seperti aneh di pandangan namun aku endahkan.

Rambut yang masih basah dilap sehingga kering dengan tuala putih. Aku mencium bau enak dari dapur rumah lalu aku bertapak ke sana. Sebaik sahaja tiba di dapur, aku tergamam buat seketika apabila melihat beberapa juadah lengkap menghiasi meja.

Pandanganku beralih pada Faiqa yang masih dengan uniform sekolah. Lain macam bila ada perempuan yang menguruskan makan malam. Tuala yang aku guna untuk mengelap rambut melingkar keliling leher.

"Duduklah." Pelawa Faiqa dengan senyuman.

Aku tak berkata apa memandangkan aku masih dalam keadaan tergamam. Faiqa menarik kerusi di hadapan aku lalu duduk. Nasi di dalam periuk dicedok beberapa senduk sebelum dibubuh ke dalam pinggan.

"Aku ingat kau masak simple simple je."

"Takde erti simple dalam kamus hidup saya. Semuanya, complicated!" Faiqa menjawab riang.

"Makanlah," ajak Faiqa dengan senyuman seorang ibu.

Lauk dibubuh tanpa diarah. Ayam masak merah, kangkung ikan masin, dan tomyam campur. Macam mana dia tahu ini semua makanan kegemaran aku?

"Saya ingat nak buat kailan ikan masin tapi memandangkan kailan takde, kangkung pun bolehlah. Macam mana? Sedap tak?" soalnya ceria. Bibir gadis itu tidak henti-henti tersenyum apabila melihat aku menyuakan makanan ke dalam mulut.

Walaupun masakannya tidak sama dengan masakan ibu namun air tangan si dia membuatkan aku terkenang akan arwah ibu. Dalam diam hati aku teresak-esak menangis apabila terkenangkan arwah ibu.

"Kenapa awak macam tak suka je? Tak sedap ke? Maaflah. Saya tak pro dalam bab-bab memasak ni," katanya serba salah. Sedari tadi mata si dia asyik memerhati aku sedangkan makanan di hadapan langsung tidak luak.

Aku menggeleng perlahan. "Sedap.. cuma.."

"Aku teringat arwah ibu."

"Ouhh.."

Suasana kembali sepi. Hilang sudah mulut becok si Faiqa selepas dia mula makan. Aku berdehem sedikit. Aku teringat akan hajat aku petang tadi.

"Faiqa.. aku nak cakap something."

"Cakaplah," laju sahaja dia membalas.

"Tapi aku nak kau janji dengan aku. Jangan gelak, jangan senyum dan jangan kata apa-apa. Janji?"

Faiqa berkerut dahi. Meskipun dilanda kebingungan yang nian, dia mengangguk perlahan seraya berkata "Janji!"

Aku menarik dan menghembuskan nafas buat beberapa kali. Tanpa diduga dada aku berdegup kencang saat mahu membicarakan hal itu. Tangan aku terasa sejuk membeku meskipun keadaan di dalam rumah hangat seperti biasa.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now