FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 14 : Someone's Phone
Skrin telefon ditatap lama. Gambar mereka bertiga kini hanya tinggal kenangan. Sudah agak lama dia meninggalkan Golden Teen semata-mata untuk memenuhi kehendak ayah kandungnya itu.
Ting!
Matanya membulat apabila melihat satu mesej muncul di ruangan notifikasi. Ianya mesej daripada Syafiq. Iman membuka aplikasi WhatsApp lalu membaca mesej yang dihantar jejaka itu.
Syafiq
Kau ok k? Btw, bila kau pindah sekolah baru?Lama Iman berfikir. "Nak reply ke tak?"
'next week' Pendek sahaja balasannya setelah membuat keputusan untuk menjawab. Dia menatap skrin telefon yang jelas memaparkan 'Syafiq is typing'.
Syafiq
Kenapa kau tak bagitahu Farish? Dia macam tak tahu menahu pun pasal benda ni.Iman terdiam apabila teringatkan Farish. Jejaka itulah yang menjadi sahabatnya sejak setahun lebih yang lalu. Walaupun keadaan bertukar keruh, semuanya tampak jernih dengan adanya Farish. Syafiq, umpama perencah Adabi. Pelengkap ikatan persahabatannya bersama Farish.
Iman
Kau jela bagi tau dia. Aku malas nak mesej ramai-ramai.Syafiq
Bro, kawan kau dua kerat je. Apa yang ramainya?Iman
Aku malas.Iman menutup aplikasi WhatsApp selepas menjawab pertanyaan Syafiq. Sungguh, dia langsung tiada semangat untuk berpindah ke sekolah baru.
******
Kepalaku terasa pusing. Denyutan di kepala kian bertambah saat mataku mencelik. Cahaya lampu terasa seakan-akan menerobos kornea mata. Sungguh, aku terasa seperti mengalami migrain tahap dewa.
Sebaik sahaja aku bangun, aku terlihat seorang perempuan sedang duduk bersandar di dinding bersebelahan denganku. Aku tidak mampu mengecam figura itu kerana wajahnya menunduk seolah-olah tidur.
Mata aku melilau di sekeliling ruangan bilik itu. Aku terpandang sebuah cermin di atas meja yang bersebelahan dengan sebuah bingkai gambar. Baru aku sedar kepala aku berbalut dengan kain kasa. Kesan darah tampak membasahi kain kasa.
Tumpuanku beralih pada bingkai gambar sebuah keluarga bahagia di atas meja itu. Mataku terpaku pada sebuah figura di dalam gambar itu. Aku terpanar sebentar.
"Awak dah bangun? Kepala dah okey?" soal seorang perempuan bertudung hitam.
Mataku membulat apabila bertentangan dengan matanya. Faiqa melihat aku pelik. Pada masa yang sama timbul rasa bimbang di dalam hatinya apabila melihat kepalaku yang berbalut.
"Kau— takkanlah, kau—" belum sempat aku mengungkap kata, dia terlebih dahulu memotong bicaraku.
"Saya Faiqa," ujarnya lemah-lembut.
Wajahku automatik berubah bengis. "Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Soalku dingin.
Faiqa berkerut tatkala mendengar pertanyaan aku. "Awak memang tak ingat ke?"
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Teen Fiction[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...