FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 41 : Tamatkan Pelajaran?
Seperti yang dirancang, Faiqa ke rumah Farish untuk mencari jejaka itu. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu rumah, pagar kelihatan dikunci dengan manga dari luar. Mustahil Farish akan mengunci pagar rumah jikalau dia berada di dalam rumah. Itu membuatkan Faiqa yakin bahawa lelaki itu tiada di rumah.
"Cari siapa? Pakwe ke?" Pertanyaan seseorang dari arah belakang itu membuatkan bahu Faiqa terhenjut sedikit akibat terkejut.
Faiqa menoleh untuk melihat. Rupa-rupanya mak cik Masyitah yang digelar mak cik Syit oleh Farish lah yang menegur dirinya. Walaupun nada wanita tua itu lembut tatkala menegurnya tadi, namun Faiqa dapat merasakan perlian terselit di sebalik teguran itu.
"Dia tak ada dekat rumah?" soal mak cik Syit lagi.
Aku pantas menggeleng. "Mak cik tahu dia ada dekat mana?" Faiqa memandang wanita itu dengan wajah berharap.
Senyuman sinis diukir. "Manalah aku tahu. Aku bukan mak dia. Dari pagi tadi keluar, sampai sekarang tak balik. Entah apa yang pakwe kau buat dekat luar tu sampai tak ingat dah nak balik rumah. Budak-budak liar memang macam ni. Keluar pagi balik malam. Tak pun memang tak balik rumah sampai ke pagi seterusnya." Panjang lebar mak cik Syit menyatakan rasa tidak puas di hatinya.
"Kalau mak cik tak tahu apa-apa, ada baiknya mak cik diam je. Takut kalau tersalah info, bertambah pula dosa sebab mengata. Assalammualaikum!" Kaki dihayun pergi dari situ. Puas hati Faiqa apabila melihat wanita tua itu bengang tatkala mendengar balasannya. Patutlah Farish menggelar wanita itu sebagai mak cik Syit. Tahi sungguh perangai. Tidak sehaluan dengan usia.
Disebabkan Faiqa tidak mahu berpakaian uniform sekolah ke hulu dan ke hilir secara berterusan, dia akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah sewanya terlebih dahulu. Lagipun telefonnya berada di rumah. Satu-satunya perkara yang terlintas di fikiran hanyalah Farish. Dia mahu menghubungi jejaka itu sebaik sahaja dia tiba di rumah.
******
3:00 p.m.
21 panggilan terlepas, 4 mesejAku melihat ruangan notifikasi yang dibanjiri pemberitahuan. Kebanyakkan pemberitahuan yang muncul adalah daripada satu-satunya gadis kesayangan aku. Walaupun baru seharian aku tidak bertemu dengannya aku mula rindu akan bebelan tanpa henti miliknya. Aku terasa annoying tapi bebelannya itu tidak pernah gagal menceriakan suasana antara aku dan dia kerana aku kebiasaannya hanya berdiam diri.
"Rehat dah habis. Jom sambung kerja," ajak salah seorang rakan sekerja aku.
Pagi tadi aku keluar awal untuk bekerja di sebuah panggung wayang manakala pada waktu petang hingga ke malam pula aku bekerja di restoran makanan Cina. Sekurang-kurangnya bekerja di panggung wayar tidaklah sesukar pekerjaan sambilan aku di restoran. Aku hanya perlu berjaga di hadapan pintu masuk untuk memeriksa tiket. Save energy!
Aku pernah terfikir sesuatu di luar jangkaan. Patutkah aku tamatkan pelajaran semata-mata mahu menanggung Faiqa? Aku tahu Fazimi sentiasa ada di samping gadis itu untuk membantu namun aku adalah suaminya. Jadi akulah yang patut jaga dia sehingga ke akhir hayat aku. Lamunan aku terhenti apabila seseorang memanggil namaku.
"Ad.."
"Apa?" soal aku lalu beralih pandangan ke arah Daniel yang mengemas restoran bersamaku.
Daniel tersengih. Bukan biasa-biasa tapi luar biasa sengihannya. Aku pelik. "Kau ada seseorang yang kau sayang gila tak selain Allah dan ibu bapa?" Pertanyaan Daniel itu membuatkan aku terdiam sebentar.
Lantai yang dimop penuh kesungguhan tadi terhenti secara automatik. Lama aku berfikir sebelum menjawab yakin. "Ada."
"Siapa? Buah hati kau ke?" Daniel berhenti mengelap meja. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Cantik tak?"
"Di mata aku, dia sentiasa cantik." Aku tersenyum kecil tatkala mengungkapkan sebaris ayat itu.
"Jangan time couple je kau anggap dia cantik, lepas break dia nampak macam badak."
"Siapa kata aku couple?"
Berkerut dahi Daniel dibuatnya apabila aku berkata sebegitu. "Dahtu?"
Aku meneruskan kerja-kerja membersih. Lantai yang dipenuhi kesan kotor tapak kasut pelanggan itu dimop segera sementara pelanggan masih kurang.
"Fikirlah." Sengaja aku mahu menduga budak enam belas tahun itu untuk terus tertanya-tanya.
"Oh shit! Jangan kata kau dah kah.. win?"
Sengihan sinis dilempar. Pantang diseru majikan, aku pantas bertindak sekaligus meninggalkan Daniel sendirian. Kenapa dia nampak terkejut gila dengan berita tu? Aku ingat zaman sekarang dah terbiasa dengan perkahwinan di alam remaja.
"Heh, lupakan.. Daniel masih budak-budak."
******
TBC
Diedit semula pada 25 Mac 2019
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Teen Fiction[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...