FARISH ADHAM
Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°BAB 51 : Berhenti Kerja
Aktiviti Perkhemahan
Bilangan peserta : 100 orang sahajaPelajar yang terlibat : Tingkatan 3, 4 dan 5
Bayaran penyertaan : RM 180
Notes ; tiga orang terawal daripada setiap kelas akan diberi ganjaran bayaran secara percuma.
******
"Jom kita pergi daftar nama dekat cikgu nak? Walaupun saya ni anak orang berada, tapi saya sukakan benda percuma." Faiqa tersengih mempamer dua baris giginya yang putih berseri.
Aku ketawa kecil. "Lupa ke kita kerja minggu depan?"
Riak wajah Faiqa yang tadinya ceria itu berubah dalam sekelip mata. Aku sudah dapat mengagak reaksinya ketika membawa topik pekerjaan yang menyekat kemahuan dia untuk pergi berkhemah.
"Oi Faiqa! Puas kitorang cari kau tadi. Mana kau pergi?" Tiga orang bergelar sahabat datang menyapa kami berdua. Aku sekadar tersenyum melihat Iman, Syafiq dan Nana.
"Maaflah kalau korang cari aku tak jumpa. Aku cari husband aku je. HAHAHAHA!"
Entah kenapa bibir aku laju benar mengukir senyum apabila terdengar Faiqa membalas persoalan rakannya itu. Mungkin kerana dia mendahulukan aku berbanding teman baiknya sendiri.
Tanpa sedar pipi aku ditarik Iman secara kasar. Aku pantas mengaduh kesakitan lalu menampar tangannya agar menjauhi pipi aku.
"Kau dah kenapa? Senyum-senyum sorang macam orang gila," kata Iman lalu duduk di hadapan aku.
"Haih, senyum pun salah?" Aku ketawa kecil.
Dulu serius sangat pun dikecam. Sekarang bila senyum pun kena kecam. Katanya lagak aku bak orang gila. Aku nampak Syafiq dan Iman menggeleng kepala serentak.
"Tak salah. Cuma nanti orang kata kau gila je. By the way kau pergi tak berkhemah minggu depan?" Kedua-dua mereka menanti jawapan aku.
Seraya itu Faiqa berhenti berbual dengan Nana lalu beralih pandangan ke arah aku. Tanpa teragak-agak aku menjawab, "kerja."
"Ouhh.." serentak mereka berdua menjawab. Hampa Faiqa dibuatnya.
"why not kau berhenti je kerja? Tahun ni kau dah nak SPM dah weh," cadang Iman.
Tangan Faiqa memukul lemah meja. "Itulah!"
"Kita berhenti jelaa kerja sekarang ni. Awak nak kerja, awak nak belajar. Boleh ke awak balance dua benda tu? Awak tak perlu risau pasal duit. Umi kata, selagi kita tak habis belajar, selagi tulaa umi dan abah akan tanggung kita."
Aku terdiam.
"Haa apa susah? Ada orang nak tanggung pelajaran kau, tak payahlah kerja lagi dah. Kau fokus study je sekarang. SPM lagi berapa bulan je. Tambah-tambah lagi kau banyak tak datang sekolah, banyak benda yang kau dah terlepas.
YOU ARE READING
Budak Setan : Farish Adham ✓
Dla nastolatków[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terg...