BAB 7 : Perpisahan

2.6K 250 26
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 7 : Perpisahan

Faiqa pulang ke tempat penginapan mereka setelah beberapa jam berhadapan krisis di jalan raya. Kelibat ahli keluarganya langsung tidak kelihatan ketika majlis pernikahannya berlangsung. Tiada sesiapa yang sudi hadir melainkan beberapa teman Puan Zafira yang sudah menganggap Faiqa seperti anak sendiri.

Pintu diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Entiti tembam di hadapannya itu berpeluk tubuh angkuh sambil memandang ke arahnya. "Balik pun kau. Macam mana? Puas dah berkahwin?" soal Faiwa sinis.

"Hmmm.." Faiqa hanya mempedulikan soalan Faiwa. Hilang segala kudratnya untuk melawan apabila ternampak kelibat Encik Fahmi di hadapan. Puan Zafira duduk bersebelahan dengan suaminya itu. Hanya reaksi hampa yang terpampang pada wajah.

"Faiqa Fadwa," seru Encik Fahmi.

Faiqa mengalihkan pandangan ke arah Encik Fahmi sebaik sahaja namanya diseru. Tubuhnya agak menggigil apabila melihat pandangan maut Encik Fahmi.

Pengalaman ketenteraan Encik Fahmi amat menggerunkan jiwa Faiqa tatkala itu. Seutas tali pinggang berada dalam genggaman Encik Fahmi. Wajah bengisnya seolah-olah mengekspresikan kemarahan yang meluap-luap ketika itu. Faiqa menelan liur.

"Abah.. Iqa boleh terangkan. Iqa--"

Pisshh!

Tali pinggang dilibas tepat mengenai paha Faiqa. Terus melutut gadis itu dibuatnya. Betapa peritnya libasan itu mengenai lapisan kulitnya. Faiqa memandang Puan Zafira untuk mendapatkan pertolongan namun wanita tua itu langsung tidak memberi reaksi apa-apa. Puan Zafira kekal membatukan diri.

"Abah--"

Pisshh! Buat kali kedua, Faiqa dilibas lagi. Kali ini di bahagian lengan. Encik Fahmi seakan menggila menurut perasaannya.

"Abah tak sangka kau akan kecewakan abah. Abah kerja 24 jam cari duit untuk keluarga kita tapi apa yang kau buat? Kau menggatal dengan lelaki. Abah tak ajar kau macam ni." Encik Fahmi terus-terusan melibas puteri bongsunya itu dengan tali pinggang.

"Bagus abah. Anak tak guna macam dia memang patut kena libas dengan tali pinggang," ujar Faiwa. Sengaja dia menyemarakkan lagi api di dalam hati Encik Fahmi. Teruk keadaan Faiqa dibuatnya.

Faiqa berguling-guling di atas lantai, menahan perit. Puan Zafira akhirnya menghentikan tindakan suaminya itu. "Dahlah abang. Mati anak kita nanti," katanya.

"Siapa anak aku? Aku tak anggap dia anak aku! Kau nak menggatal sangat dengan lelaki tu kan? Kau pergilah hidup sehidup semati dengan dia!" Encik Fahmi akhirnya menengking Faiqa. Amarahnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

"Abah.. Dengarlah penjelasan Iqa dulu. Iqa tak salah. Iqa dipera--"

"Aku tak nak dengar dah alasan kau. Kau keluar dari sini sekarang! Jangan pernah kembali pada keluarga ni. Aku tak ada anak nama Faiqa!" sumpah Encik Fahmi berang. Langkah diatur penuh marah ke arah bilik untuk mengemas barang-barangan milik Faiqa.

Faiqa memandang Puan Zafira untuk meminta simpati. Sayangnya, Wanita tua itu langsung tidak mempedulikannya. Faiwa pula semakin gian mentertawakan nasib adiknya itu.

Tidak lama kemudian, Encik Fahmi muncul dengan sebuah bagasi merah jambu milik Faiqa. Bagasi itu dicampak ke arah puteri bongsunya itu tanpa perasaan. Tergamam Faiqa dibuatnya.

"Abah betul-betul nak halau Iqa dari keluarga ni?" soal Faiqa tidak percaya. Tangisannya mengalir deras apabila melihat tiada siapa mempertahankan dirinya.

"Tak perlu kata. Aku memang menghalau kau," ujar Encik Fahmi dingin.

Tangisan pantas diseka. "Baik, Iqa akan pergi. Tapi ingat ni. Iqa takkan balik semula ke pangkuan keluarga ni. Abah halau Iqa tanpa tahu kebenaran. Tak de siapa pun percaya cerita Iqa. Terima kasih untuk segalanya. Iqa minta maaf kalau ada salah silap dengan umi dan abah. Iqa pergi dulu," ujar Faiqa diikuti dengan sisa tangisnya.

Langkah diatur keluar dari situ. 'Dalam satu hari, aku hilang semua kepercayaan. Ya Allah, kau kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini.'

******

Duit tak ada.

Makanan tak ada.

Tempat tinggal pun tak ada.

Faiqa mengeluh kecil apabila teringatkan segala kesempitan yang dilaluinya tika ini. Kehilangan keluarga lebih menyakitkan daripada kehilangan kemewahan hidup. 'Mana aku nak berteduh kalau bukan rumah? Mana aku nak dapat duit kalau bukan dari duit umi abah? Faiqa, kau perlu berdikari.'

"Dalam banyak-banyak tempat kenapa awak pilih untuk duduk dekat sini?" soal seorang perempuan bergaun merah pada Faiqa.

Faiqa serta-merta bangkit berdiri apabila mendengar seseorang menegurnya. Dia agak terkejut dengan kehadiran wanita itu. Senyuman plastik dihadiahkan. Sungguh, mood untuk senyum pada hari itu lenyap.

Wanita itu tersenyum sinis. "Tak perlu senyum kalau tak ikhlas. Apa-apa pun, nama aku Dahlia. Kau?" ujarnya lalu tangan dihulurkan untuk berjabat tangan dengan Faiqa.

Faiqa agak terpinga-pinga dengan tingkah laku wanita itu pada mulanya. Namun, dia cepat-cepat menyambut huluran itu sebelum memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Faiqa."

"Kau nampak macam ada masalah. Mind to share with me?" soal Dahlia.

"Memang ada masalah tapi saya tak berapa kenal awak. Jadi saya takut nak share," ujar Faiqa sebelum memandang bawah semula.

Dahlia tersenyum namun penuh elegan. "Aku faham," ujarnya pula.

"Urm, nak tanya. Awak ada tak apa-apa kerja yang boleh saya buat?" soal Faiqa takut-takut. Dasar penakut!

"Kerja? Kau hadap masalah kewangan ke?" teka Dahlia.

"Lebih kurang macam tulah," kata Faiqa pula.

"Kalau kerja kau serah je pada aku."

"Terima kasih!"

"No problem," kata Dahlia selamba.

"By the way can I ask how old are you?" soal Faiqa penuh kecurigaan.

"25. Asal?"

"Wow.. Saya ingat awak 18 or 19 macam tu. Nampak mudalah muka awak," puji Faiqa ikhlas. Wajah kelihatan amat muda. Langsung tidak kelihatan seperti orang berumur 20-an.

"Well I awet muda."

Faiqa tersenyum. 'Ceh, angkat bakul sendiri pulak dia ni,' bisik hati kecilnya.

******

TBC

Diedit semula pada 24 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now