BAB 17 : Amirah Najwa

2.1K 203 2
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 17 : Amirah Najwa

Aku asyik memandang Syafiq daripada tadi. Makanan langsung tidak luak akibat sibuk perhati si Iman yang duduk di meja berlainan dengan kami. Aku memetik jari di hadapan mata Syafiq agar dia berhenti merenung jejaka itu.

"Kau tak pelik ke kenapa dia boleh jadi macam tu tiba-tiba?" soal Syafiq kehairanan.

Aku angkat bahu.

"Lebih tak munasabah. Dia tak nak kawan dengan budak setan?" Syafiq mendengus kasar. Kali ini dia menyumbat makanan ke dalam mulut sehingga penuh lalu dikunyah-kunyah penuh gelojoh.

Geram barangkali dengan sikap Iman yang tiba-tiba berubah. Tiada angin, tiada ribut, semuanya berubah sekelip mata. Aku menunduk sedikit melihat Syafiq sebegitu.

"Biarlah weh. Lupa kawan macam tulah," ujarku perlahan.

Syafiq berdecit. "Budak setan? Dia bidadara ke? Bodohnya lahai," soal Syafiq jelas mempamerkan kemarahannya.

Aku hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya aku kehilangan semangat untuk berbicara. Mendengarkan bebelan Syafiq sahaja sudah cukup untuk memadamkan api kemarahan di dalam hati.

"Kau tahu pasal sepupu Iman tak?" soalku setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Tahu. Ikhwan, Harith, Thariq, Amirah, Zafrel. Tak silap aku Iman benci sepupu-sepupu dia," terang Syafiq.

Syafiq sudah mengenali Iman sejak hari pertama mereka bersekolah di Golden Teen lagi. Sudah tentu segala rahsia Iman diceritakan kepada lelaki itu.

Aku mengerutkan dahi. "Sebab?"

"Entahlah. Yang aku tahu dia memang benci sepupu dia terutamanya Ikhwan. Jantan tu perangai macam siot," kata Syafiq dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"No wonder." Aku terbayang kejadian sewaktu pagi tadi. Ikhwan memang siut.

Aku menyumbat suapan terakhir ke dalam mulut. Mee goreng itu dikunyah-kunyah perlahan-lahan. Aku tak mahu mati di usia muda. Huhu.

"By the way Farish.. Aku ada terdengar berita pelik pasal kau. Mengarut betul orang yang sebarkan berita ni. Tahulah nak attention tapi tak perlu kot buat macam ni." Syafiq memandang aku sambil tertawa kecil.

"Berita apa?" soalku seraya meneguk minuman yang tadinya langsung tidak disentuh.

"Berita pasal perkahwinan kau denga---"

Minuman yang masih berbaki di mulut terhambur terus pada Syafiq. Syafiq terkedu. Wajah kuning langsatnya itu sudah kotor terkena hamburan milo ais bercampur air liur aku.

"Kau jangan cakap berita tu betul?" soal Syafiq dengan riak pasrah.

"Err mana ada. Aku sengaja hambur minuman kat kau sebab kau cakap benda merepek," ujarku seraya bangun dari situ.

Aku melangkah terus menuju besen tempat meletak pinggan kotor. Di benak fikiran timbul beribu persoalan tentang bagaimana berita perkahwinan aku tersebar sedangkan ianya perkahwinan yang dilakukan secara diam-diam.

Tanpa berfikir panjang, aku terus ke tempat membasuh tangan. Walaupun tanganku tidak kotor, aku masih mahu membasuhnya. Mengamuk Syafiq nanti bila nampak muka aku. Dahlah free of charge aku hambur minuman dekat muka dia.

Tengah aku membasuh, tiba-tiba seorang perempuan menyentuh bahuku dengan jarinya dari arah belakang. Aku agak terkejut memandangkan tiada seorang perempuan pun yang berani menyentuh aku sebelum ini.

Aku berpaling. 'Oh dia,' bisik hatiku apabila ternampak Faiqa.

"Kau nak apa?" soalku dingin.

"Saja nak ingatkan awak. Balik nanti jumpa kat belakang sekolah," ujar Faiqa sambil tersenyum manis.

Aku hanya dengan riak wajah yang sama ; angkuh. Tanpa mempedulikannya aku terus beredar pergi dari situ.

******

Faiqa hanya memerhati jejaka itu beredar. Walaupun lelaki itu langsung tidak pernah menunjukkan senyumannya, dia tetap suka melihat wajah lelaki itu. Masih kacak tanpa senyuman.

Baru sahaja dia mahu beredar, lengannya ditarik seseorang. Hampir terjatuh Faiqa dibuatnya. Niat di hati mahu sahaja dia marah kerana ditarik-tarik sebegitu, namun setelah dia melihat gadis yang menarik lengannya itu, hatinya tidak tega untuk menghamburkan marah.

"Kenapa?" soalnya lembut.

"Akak rapat ke dengan lelaki tu?" soal gadis itu pula. Faiqa menggaru kepala.

"Lelaki mana?" soal Faiqa bingung.

"Alaa yang cakap dengan akak tadi tu," ujar gadis itu lagi.

"Ohhh.. well.."

'Dia suami akak, tapi akak langsung tak mampu bercakap dengan dia. Poor me,' ujarnya sekadar di dalam hati.

"Tak rapat mana pun," jelas Faiqa jujur. Faiqa memerhati tag nama gadis itu.

'Cantik nama. Amirah Najwa' bisik hatinya.

"Orang kata dia budak setan. Akak tak takut? Kalau dia apa-apakan akak macam mana?" soal Amirah dengan nada mendatarnya.

Faiqa berkerut dahi. 'Apa yang sebenarnya budak ni nak? Perlu ke dia beritahu aku semua benda ni?' Hatinya merungut kecil.

"Jangan melihat orang hanya dari luaran. Kita tak tahu dalamnya macam mana. Akak kena pergi dulu. Bye," kata Faiqa pula. Sepantas kilat dia cuba menjauhkan diri dari gadis itu. Entah mengapa dia berasa aneh ketika bersama gadis itu. Entah apa yang aneh, dia sendiri pun tidak tahu.

Amirah hanya melihat Faiqa pergi meninggalkan dirinya. Riak wajahnya berubah apabila mendengar kata-kata terakhir gadis itu sebelum dia beredar. Perlahan-lahan, dia mengenggam penumbuk. Geram. Itu yang dirasakan.

"Adik! Buat apa kat sini sorang-sorang? Waktu rehat dah nak habis kan? Jom pergi sama-sama." Harith menyapa dirinya.

Segala riak wajah geramnya tadi berubah sekelip mata. "Okey," ujarnya berpura-pura gembira.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now