BAB 23 : Mangsa Kekejaman

2.1K 199 10
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 23 : Mangsa Kekejaman

Syafiq duduk di tempat Farish memandangkan jejaka itu tidak hadir ke sekolah. Mana pernah dalam seminggu kehadirannya penuh. Begitu juga dengan si Syafiq yang turut mengikut jejak Farish.

Figura di sebelah ditegur perlahan. "Iman.." panggilnya.

Iman menoleh namun hanya sebentar apabila menyedari kehadiran Syafiq di sebelah. Syafiq mendengus kasar. "Iman, dengarlah ni. Apa maksud kau dengan mesej semalam tu?" soalnya cuba mencari jawapan bagi persoalannya.

"Hati-hati dengan Ikhwan," pesan Iman pendek.

Syafiq menekup muka. 'Ya Allah, kau ampuni dosa-dosa aku. Apa salah aku sampai dapat otak sekerat macam dia ni?' Syafiq menarik kerusinya agar berada dekat dengan Iman.

Jejaka itu seakan terkejut dengan perbuatan Syafiq lalu menginjak ke belakang sedikit. "Jauhkan diri kau dari aku," arah Iman serius.

"Tapi kenapa?" soal Syafiq masih tidak mahu berputus asa.

"Ka--" Riak wajah Iman berubah seperti terpandang sesuatu. Syafiq dilanda kebingungan apabila melihat Iman tiba-tiba bereaksi begitu.

Tanpa disangka-sangka, dirinya ditolak kuat oleh Iman sehingga menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Iman memandang sekeliling. Matanya melilau di seluruh arah. Syafiq mengusap punggungnya yang terasa berbisa.

Amarah timbul di hati dengan kelakuan jejaka itu. Mana tidaknya, dia menjadi tumpuan seluruh kelas. Mata-mata sibuk memerhati sementara mulut tidak berhenti menjaja cerita.

"Eh eh, budak-budak setan ni bergaduh ke?"

"Huru-hara laa kelas dibuatnya."

"Bagus juga kalau diorang bergaduh. Nanti tak adalah geng-geng nak buli orang lagi."

Syafiq semakin geram apabila mendengar komen-komen 'suci' daripada rakan sekelas. Matanya melirik ke arah Iman yang hanya menunduk ke lantai.

"Mulai sekarang, aku dah tak kisah pasal kau. Kau ngan sepupu-sepupu bangsat kau tu boleh berambus dari sekolah ni! Buat jijik mata aku je tengok. Asal laa kau pindah balik sini," Syafiq menghambur amarah pada Iman.

Syafiq mengambil begnya dari kerusi yang diduduki. Langkah penuh marah diatur keluar kelas. Walau berpuluh-puluh kali si ketua kelas memekik namanya agar kembali semula kelas, Syafiq sudah tidak mahu ambil kisah akan hal itu.

*******

"Bodoh punya Iman."

"Sesuka hati dia je nak tolak aku."

"Farish, kenapalah kau tak datang. Kalau kau ada mesti kau support aku."

Syafiq mengeluh sendirian setelah puas meluah perasaan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memaki Iman sepuas hati tapi niat itu ditangguhkan terlebih dahulu. Dia harus memaki Iman bersama Farish. Baru seronok.

Sedang dia selesa berbaring di sofa, seseorang mengetuk pintu. Syafiq tercengang. 'Iman ke tu?' Hatinya mula tertanya-tanya. Selain daripada dia, hanya Iman dan Farish sahaja yang tahu lokasi tempat rahsia mereka. Tidak lupa juga buat tetamu baharu mereka, Faiqa.

Bunyi ketukan di pintu menganggu ketenteramannya. 'Jangan kata pengetua jumpa bilik rahsia ni?' Berderau darahnya apabila teringatkan si pengetua garang bak singa tu.

Perlahan-lahan dia membuka pintu. Wajah seseorang muncul di muka pintu. Beberapa orang lelaki mundar-mandir di belakangnya. Syafiq membuka pintu tanpa rasa curiga dan was-was. IQ Syafiq tidak setinggi teman-temannya yang lain. Harap maklum.

"Kau ni bukan Ikhwan ke?" soal Syafiq polos.

Ikhwan tertawa kecil. "Jadi, kau kenal aku. Good, then. Aku sebenarnya datang sini bersebab." Ikhwan mengusap dagunya sambil memandang Syafiq. Saiz badan Ikhwan lebih besar daripada Syafiq malah lebih besar dari tubuh Farish.

"Sebab pertama.."

Lelaki-lelaki di hadapan mengepung dirinya yang berseorangan menyebabkan Syafiq mula dihurung penyesalan. Syafiq menggenggam penumbuk.

"Aku tak takut berdepan dengan korang semua. Tahniah sebab dah pecah belahkan hubungan kawan-kawan aku." Syafiq melepaskan kemarahan dengan mengaju penumbuk ke arah Ikhwan.

Namun sayang, jejaka itu terlalu kuat untuk ditandingi. Penumbuknya sempat ditahan oleh Ikhwan walaupun ia sepantas kilat. Genggaman buku lima itu dipegang kuat oleh Ikhwan. Perlahan-lahan, dia memusingkan tangan Syafiq 180 darjah sehingga membuatkan jejaka itu mengerang kesakitan.

Harith dan Thariq tidak mampu menahan kesabaran. "Blaa, biar aku settle dia."

Ikhwan melepaskan pegangannya. Syafiq memegang pergelangan tangannya yang terasa berbisa sakitnya. Matanya terarah pada Harith dan Thariq yang sudah mahu maju. Dia cuba untuk melawan namun mereka berdua terlalu kuat. Menyesal dia tak belajar seni mempertahankan diri daripada Farish.

Selama ini dia hanya berkuasa kerana Iman dan Farish berada di sisi. Hari ini, dia sedar betapa lemahnya dia tanpa mereka berdua.

Tumbukan padu dihadiahkan ke perut Syafiq sehingga membuatkan darah tersembur keluar dari mulut jejaka itu. Ikhwan tertawa kecil. "Itu sebab panggil kami bangsat."

"Settle kan dia."

*******

Yazid tergesa-gesa keluar dari rumah dengan pemakaian serabainya. Aku hanya menggeleng melihat jejaka itu. Sibuk sungguh dia dengan kerja sehingga pandang aku pun tak sempat.

Ting!

Telefon aku berbunyi. Aku menekan aplikasi WhatsApp untuk melihat mesej yang masuk. Beberapa gambar dihantar kepadaku daripada nombor tidak dikenali.

Mata aku terbeliak melihat gambar tersebut. Darah berada di mana-mana. Aku tergamam melihat figura beruniform sekolah itu terkulai layu di lantai. Wajahnya penuh dengan lebam dan luka.

Di bawah gambar tersebut, sebuah video disertakan bersama. Tanpa menunggu sesaat, aku terus membuka video itu. Sungguh, apa kesalahan yang Syafiq buat sampai diperlakukan sebegitu? Hati aku benar-benar terusik dengan keadaan ini.

Unknown number
Jangan cuba main-main dengan aku. Jauhi Iman atau aku buat benda lebih teruk daripada ni.

'Pengecut,' ronta aku di dalam hati. Terbakar segala jiwa dan raga aku apabila melihat kawan baik aku disentuh orang.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now