BAB 19 : Kahwin Tak Ajak!

2K 223 17
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 19 : Kahwin Tak Ajak!

Loceng sekolah berbunyi lantang menandakan tamatnya waktu persekolahan. Tanpa menunggu ketua kelas mengucapkan salam kepada guru, aku terus meluru keluar dari kelas.

Semua pelajar di dalam kelas tercengang melihat tingkah lakuku lebih-lebih lagi Puan Fiya. Wajahnya merah melihat kebiadaban aku yang terus melangkah keluar dari kelas tanpa sedikit pun menghiraukan dirinya.

"Farish!" berkali-kali dia memanggil namaku, namun aku hanya mempedulikan kewujudannya.

Menggeleng Puan Fiya dibuatnya. Sukar kehidupannya sebagai guru dengan wujudnya murid seperti Farish. Pusing kepala setiap harilah jawabnya.

Iman memandang Farish yang sudah beredar pergi dari kelas sebelum berpura-pura tidak kisah dengan pemergian rakannya itu. Raikal di tepi sudah mula membuka mulut apabila melihat dirinya tidak lagi bersama Farish.

"Asal tak balik sama? Korang bukan geng ke?" soal Raikal sambil sengih sinis.

"Bukan urusan kau," ujar Iman kembali dengan nada sinisnya.

Raikal kembali mendiamkan diri. Kelas bersurai setelah ketua kelas memberi salam kepada Puan Fiya. Apabila semua pelajar lain sudah mula meninggalkan kelas itu, Iman terus mencapai beg sandangnya lalu beredar.

"Hey Iman!" sapa Zafrel entah dari mana.

Iman hanya kekal dingin. Dia masih marah terhadap sepupunya itu disebabkan kejadian pagi tadi. Iman terus menuruni tangga tanpa menunggu Zafrel. Terkial-kial Zafrel membuntuti satu-satunya temannya itu.

******

Aku tiba di belakang sekolah awal seminit. Aku menanti ketibaan Faiqa. Sudah beberapa minit aku berdiri di situ namun kelibat si gadis langsung tidak kelihatan.

Aku mula mendengus kasar. "Dahlah bebal. Lembab pulak tu." Aku mengutuknya.

Aku meraup wajah kebosanan. Tiba-tiba, satu suara kecil menyapa gegendang telingaku.

"Kutuk saya eh?" soalnya.

Aku agak terkejut apabila melihat wajahnya agak rapat denganku sebaik sahaja aku mengalihkan tangan daripada muka. Tanpa fikir banyak, aku terus meluku kepalanya.

Faiqa mengaduh kesakitan.

"First, jangan dekat-dekat dengan aku. Aku anti."

"Second, jangan buat muka hodoh tu. Bukan setakat luku, aku cubit sekali pipi lembik kau tu."

Faiqa terpinga-pinga. "Macam mana awak tahu pipi saya lembik? Awak pernah sentuh ke? " soalnya.

"Aku tahulah. Tengok pun dah macam pipi bulldog," kataku lalu ketawa hebat di dalam hati.

Mencebik Faiqa dibuatnya. Ada ke patut pipinya disamakan dengan bulldog. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menarik rambut lelaki itu sehingga tercabut. Tapi dia sedar. Itu bukannya Fazimi yang hanya akan berdiam diri apabila dia menarik rambutnya.

"Woi, fikir mende tu? Tak nak masuk?" soalku sambil melihat ke arah Faiqa yang masih berada di luar bilik.

Faiqa tercengang. "Bila masa pulak wujud bilik kat sini?" soalnya bingung.

"Soalan sekarang. Kau nak masuk ke tak nak?" Wajah aku berubah dingin semula.

Tanpa menunggu sesaat, Faiqa terus masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat agar tiada sesiapa mampu masuk ke dalam selain kami. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam, sebuah almari buku yang sudah lama ditinggalkan berada di hadapan.

Aku menolak almari itu sedikit lalu sebuah pintu bilik rahsia terbuka. Faiqa langsung tidak mengerdipkan matanya tatkala pintu itu terbuka.

"Masuklah."

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, dia menghadapi serangan jantung lagi. Keadaan di dalam bilik itu tidak ubah seperti sebuah rumah kecil yang lengkap dengan peralatan.

Tiada penghawa dingin namun kewujudan kipas sudah memadai. Aku menghempaskan diri ke sofa solo yang berada di tepi tingkap. Faiqa mengambil tempat di hadapan aku.

Pantas dia membawa keluar sesuatu dari begnya. Apa lagi kalau bukan telefon milik aku. Aku juga turut membawa keluar telefon miliknya dari kocek seluar.

"Awak simpan dalam poket? Setahu saya awak pergi rehat tadi. Pengawas tak rampas ke?" soal Faiqa terkejut apabila melihat aku membawa keluar telefonnya dari poket seluar.

Aku sengih sinis. "Aku gertak sikit pengawas tu, terus dia lepaskan aku."

"Ooohh.." panjang Faiqa ber'oo'.

Dia menyerahkan telefon aku. Jelas telefon kami kelihatan sama. Kedua-duanya model redmi note 5A dengan cover berwarna hitam. Cuma hiasan pada cover itu sahaja yang berbeza.

"Kau ada bagi tahu sesiapa tak yang kita ni---"

"Tak. Saya tak bagi tahu sesiapa." Pantas Faiqa memotong kata-kataku.

Aku mengangguk perlahan. "Aku tak nak ada seorang pun kat sekolah ni tahu pasal perkahwinan ni. Kau faham tu?" Kali ini aku memandang tepat pada matanya.

Niat di hati mahu menggertak namun entah mengapa aku terpukau dengan keindahan mata hazelnya. Faiqa mengangguk laju apabila mendengar arahanku.

"Urmm.. kau boleh pergi. Tempat ni rahsia antara kita. Kau faham kan apa maksud aku?" tanyaku.

Faiqa mengangguk kecil. Belum sempat dia melangkah pergi dari situ, seseorang bangkit dari belakang sofa yang bersaiz agak besar berbanding sofa solo.

"Jadi betullah khabar angin yang kata kau dah kahwin tu!"

Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya apabila melihat Syafiq muncul dari situ. Mata Faiqa terbeliak apabila melihat Syafiq melirik ke arahnya.

Ketika itu, aku dan Faiqa saling berpandangan sebelum kami berdua memandang Syafiq semula.

"Kahwin tak ajak!" Syafiq membentak.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now